Friday, 28 October 2011

-chicken pox-

Assalamualaikum w.b.t.

25 Oktober 2011
Sedey nyer bila mula2 dpt call drpd kanda yg hasya mgkn kena demam campak. Badan hasya ada naik merah2. Pagi tu anta ke nursery dulu sbb byk benda nak kena settle. Bila tanya nursery ada ke budak yg kena demam campak ni, mmg ada. Mmm...

Petang pas aku discharge baru kanda amik hasya trus bawa ke klinik. Confirm demam campak. Sedey nyer. Kanda cadangkan utk asingkan hasya drpd hadif sbb riso jangkit. Hasya akan dihantar kat umah kak ida sementara aku berpantang kat umah. My family dah ada kat umah masa tu. Tp sbb ada hal yg x dapat dielakkan, mak x dapat nak jaga aku berpantang. So, next day tu aku pun turut move ke umah kak ida. Rasa happy sket dapat tgk hasya depan mata. Bukan apa, dah le 3 hari gi PAC. Pastu masuk wad lak. Ni nak berpisah lak lg dgn hasya, mng rindu & sedey le kan.

Alhamdulillah... Nampaknya hasya makin ok. Masa mula2 jumpa badan hasya mmg panas & manja le kan.. Ye le, biasanya kalo hasya demam, mmg mama le yg akan jaga smpi sembuh. Cuma kali ni x dapat le nak betul2 jaga. Apa pun, bersyukur sbb family mertua yg sgt2 membantu, memahami & sgt baik hati tlg jagakan hasya & aku yg berpantang ni.. Terima kasih yg x terhingga Hani ucapkan.

-Baby Hadif-

Assalamualaikum w.b.t.

Nama: Muhammad Hadif Hulaif bin Mohd Hanapi
Tarikh Lahir: 24 Oktober 2011
Masa: 1745
Berat: 3.09kg (lbh 0.01kg je drpd Hasya...)




-My newborn baby-

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pd 24 Oktober 2011 jam 1745, Muhammad Hadif Hulaif bin Mohd Hanapi telah selamat dilahirkan secara normal. Syukur kpd Allah kerana kami berdua selamat dan semakin sihat kini.

Terima kasih yg x terhingga jg buat my specialist, Dr Wan Ahmad Hazim, Pakar Perunding Kanan O&G Hospital Putrajaya yg sgt berkaliber, berhemah, bertimbangrasa, sabar, mcm2 lg le. Kalo x kerana dia pujuk aku masa tu, mmg aku rasa nak je go 4 caeser. Isk isk isk, x pikir panjang dah masa tu sbb tgh sakit.

Sekadar ingat semula...

0300-0600: perut rasa memulas2... Ulang alik pi toilet... Mmg x leh tido dibuatnya. Mula2 mmg le ada yg membuang, pastu lgsg xde dah.
0715: gtau kanda yg perut rasa x sedap. Riso contraction je. Called mak tanya tentang tanda2 bersalin sbb so far lgsg xde darah or air.
0730: dah pi anta hasya ke nursery & decide trus gi spital. Asalnya nak pi keje. Mmg dah siap dress up ke opis tp bila pikir yg lif punya le lambat, aku dah le kat tgkt 23, kanda 28... Parking kat basement.. Xmo amik risiko. Lgpun mmg due 24/10/2011.
0745: check kat wad bersalin mmg contraction tp kejap2, tp laluan x buka lg. Coz of aku ada previous scar & register FPP, doc advise utk aku stay kat wad. Doc try contact Dr Hazim x dapat, so dapatkan green light drpd specialist yg lain, Dr Azmi.
0900: naik ke wad. B4 tu, dah 2x aku muntah2 kat bilik pernilaian. Mgkn perut kosong. Juz minum milo je td. Kepala dah start pening. Kat wad mula2 ok je. Leh jalan2 sbb nak buka laluan cepat.
1100: dah mula rasa makin sakit. Dah ada tanda darah. Azabnya... Sakit yg amat. Muntah dah byk kali. Nurse hanya boleh kuar masuk check BP & contraction. Lain2 perlu refer specialist. Nurse gtau Dr Hazim akan dtg dlm kul 1330.
1330: Dr Hazim x dpt dtg lg sbb dia ada case dlm OT. Sakitnya... Aku hanya harap kalo le diorg boleh bg ubat tahan sakit dah cukup baik rasanya. Tp bila under FPP, xde siapa yg berani amik apa2 action tanpa keizinan drpd specialist.
1400: Kanda mmg dah start bising kat nurse le sbb x sanggup tgk aku sakit. Sbb kesian kat aku kot, nurse dtg check laluan dah buka ke blum. Masa tu baru buka 1-2cm je.
1500: Dr Hazim baru dtg. Masa tu mmg kebetulan aku tgh muntah dan x tahan sakit sgt. Dr Hazim suh nurse bg injection tahan muntah. Aku minta ubat tahan sakit. Dr Hazim advise amik epidural sbb if amik ubat lain aku akan trus muntah dgn lbh teruk lg. Pas check, dah buka 3cm dan katanya laluan dah lembut, trus anta labor room. Kat bawah ni pakar bius dah standby & maklumkan procedure epidural ni. Risiko & kebaikannya. If still xleh normal perlu caeser, epidural xkan membantu sgt tp dose x blh ditambah. Sbb lmbt sgt dia explain, aku lak dah weak sbb muntah2, aku trus cakap "x boleh caeser je ke?"... "intan, u mmg nak caeser ke? If caeser, i x boleh proceed dgn epidural. Let me check with ur specialist"... Doc pompuan indian tu trus refer Dr Hazim & Dr Hazim masuk skali dgn kanda & pujuk aku. "intan, tgk sy... Awak jgn macam ni. Kita usaha jg utk normal ye"... "sy dah xde tenaa doc"..."mmg le sbb awak tgh sakit. Juz amik epidural, lepas tu awak dah x sakit & ada tenaga utk push baby"... "ok le"... Mmg cepat2 aku minta borang utk sign epidural tu. Tp mmg pastu amik epidural dah x rasa sakit. Bukaan dah 5cm pun masa turun tu. X lama pastu dah buka 8cm. Mmg cepat jg le. Dr Hazim kata aku muntah bukan sbb perut kosong. Sbb aku ada try jg makan tp muntah balik. Aku muntah sbb sakit sangat, mmg ada berlaku macam tu tp jarang2 berlaku.
1700: Dr Hazim check laluan lg & dia kata dia akan bg sket masa lg b4 start utk push baby. Masa tu dah rasa ada tenaga sbb dah x sakit. Dr Hazim pun dah ajar camne nak teran baby. Masa tu kalo perut dah start mengeras, rasa mcm baby nak kuar jgn tahan & biarkan ikut yg sepatutnya. Smpi masa je & sume dah ready, kanda pun dah ada kat sblh... Bermula le episod teran baby. Alhamdulillah, dlm 3-4x percubaan, baby meluncur kuar (1745)...Cam x caya lak. Mmg le x rasa sakit sbb under epidural kan..
1800: episod jahit menjahit dlm sejam jg kot. Mmg teliti...
1900: Dr Hazim minta tggu at least 1 hour kat labor room dulu sbb mcm biasa le, rest, xnak ada apa2 masalah, nak check bleeding ke x, nak cabut balik sume wayar2 / tiub2 epidural kat blkg badan, etc... So, kanda gerak dulu le pas tgk aku & baby sume ok.
2000: dinner. Baru minum air sket & 1 sudu nasi trus muntah. Nurse masukkan ubat tahan muntah dlm tiub kat tangan aku. Pas makan rest jap. Mata ngantuk.
2030: nurse anta baby. So, start bf baby. Mmg le susu x kuar lg tp kolostrum kan ada. Lg pun boleh stimulate susu tu. Pandai baby mama isap. Mgkn sbb lahir betul2 ikut due.
2100: pakar bius td dtg cabut semula sume tiub epidural. Rest lg.
2200: kanda dtg bg hp. Sbb b4 tu bateri dah kong. Nurse baru nak anta aku kat wad. Kanda naik dulu. Sib le kanda balik umah dulu mandi tukar baju. If x, mmg dgn baju opis lg le kot. Hasya balik lewat dr nursery. Terpaksa anta kat umah kak ida minta tlg jaga sbb kanda nak jaga aku kat wad.
2230: dah sampai kat wad. Pastu tukar apa yg patut kat bilik air, bila kuar je aku trus terjelepok atas lantai. Sib kanda ada kat sblh & aku sempat paut pintu toilet. Rasa nak pitam, pening... Bila dah ok, bf baby jap & tido... X larat sudah.

Gitu le kisahnya... Alhamdulillah, next day nyer dah boleh balik... Terima kasih kanda syg. Tiada kata yg mampu diucapkan. Dinda saaaayang kanda. (^_^)

Saturday, 22 October 2011

-Selesai sudah-

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah kurniaNya, aku berjaya jg menghadiri & menyelesaikan PAC M48 Siri II dr 20-22 Okt di Kalumpang Resort & Training Center, Kuala Kubu Bharu.

Sesungguhnya kita hanya mampu berdoa, berusaha ke arah apa yg kita mahukan dan tawakal. Allah lbh mengetahui mana yg terbaik buat kita. Mcm yg kanda ckp kat aku hari tu, "niat baik kan nak gi PAC tu, insya Allah xde apa2 le nanti"... Masa tu aku tanya betul ke kanda izinkan aku gi PAC & aku ckp le riso terbersalin nanti. Mmmm, Allah dah merencanakan ini sume & hanya Dia shj tahu apa yg terbaik. Alhamdulillah...

K le, nak rest le dulu. Nanti esok aku update tentang PAC yg dah pun kami lalui. Ops, sblm tu ucapan terima kasih yg x terhingga buat semua rakan2 batch & fasi yg sgt prihatin kat mak buyung mcm aku ni (nak pulak due 24hb ni) + byk bantu aku sepanjang perjalanan PAC ni. Terima kasih skali lg. Budi baik kalian hanya Allah shj dapat membalasnya.

Tuesday, 18 October 2011

-Cuti-

Assalamualaikum w.b.t.

Adakah hari ini hari terakhir aku di opis? Hmmm.. X pasti lak. Yg pastinya esok aku cuti sbb pagi esok ada check up dgn Dr Hazim. Tghari lak nak pi amik kunci umah. Yeaaay, akhirnya dapat jg kunci umah tu. Pastu petang tu leh le nak ngemas beg utk ke Kalumpang Resort & Training Center for our PAC. Siri I masih bergelut di sana. Xtau le camne nasib kami yg sesi II ni. Redah je le. Kalo aku x preggy, misti enjoy jg kan sbb byk xtvt fizikal selain drpd yg ragging mental ni. hehehe.

19hb - cuti rehat
20 - 22hb - PAC
23hb - cuti hujung minggu (Ahad)
24hb - my EDD.... nak cuti ke? My immediate boss suh je cuti, rehat2 kat umah... Ntah le. Kalo x bersalin lg, mgkn masuk opis dulu kot. Tgk le keadaan camne nanti. Lagipun kan cuti bersalin 3 bulan tu leh amik awal b4 bersalin lg. X pun, cuti rehat tahunan aku pun berlambak lg ni.
26hb - cuti Deepavali uolls... selamat le bercuti sume yek.

K le, nanti kalo berkesempatan aku update le lg yek. Sori le kalo penuh dgn words je, pic nan hado. hehehe. (^_^)

Thursday, 13 October 2011

-Surat Panggilan PAC 48-

Assalamualaikum .w.b.t.


Akhirnya, aku dah terima pun surat panggilan gi PAC 48 ni thru email dr PSM semalam. huhuhu. Nebes gituwww.... ye le, tempat katne pun xtau lg, sume tggu kat parking kete je nanti. Xtvt pun masih suprise cuma leh agak2 je le based on apa yg senior dah buat.

Td pagi dah kol JPA & maklumkan pregnant. Person incharge tu tanya dah brape bulan, sihat ke x, anak ke berapa... Dia minta aku untuk hadir jg cuma aktiviti fizikal x perlu buat. Ok le kalo mcm tu. So, cuma leh berdoa semoga baby kuar on time je le. Biar aku dah settle PAC ni kan. Lagipun, sempat le baby ni membesar dan tambah berat sket berbanding kalo kuar skrg. Ida due 15hb dan kena gi yg 23-25 nyer. Dia kata dia tetap akan gi walaupun masa pantang. Mmg gigih. Mmmm, misti dapat pengecualian jg le kan utk xtvt fizikal ni. Janji gi sbb paling tidak nama dah tersenarai utk 48 dr x pegi lgsg, nama sah2 le xde kan... Tp, faktor kesihatan perlu amik kira jg le kan. Tu yg next check up dgn Dr Hazim (19hb) ni aku nak tanya pendapat dia le...

Doa2 kan aku yek kawan2... Semoga peluang gi PAC ni merupakan rezeki buat baby dlm perut ni. Masa nak bersalinkan Hasya dulu, kanda naik 48, skrg my turn lak.

Tuesday, 11 October 2011

-Check up lg-

Assalamualaikum w.b.t.

Xde apa yg menarik nak diceritakan. Tp, sekadar update le sket2. Kang bersawang lak blog ni kan. hehehe. Pagi td gi check up lg ngan Dr Hazim. Alhamdulillah, sume ok.. Air ketuban banyak lg, uri kat atas, baby dlm kedudukan yg ok, mmg dah turun kat bawah sgt... Cuma, baby mmg kecik sket le. Doc kata Insya Allah boleh cuba untuk normal dan sbb baby kecik mgkn lbh mudah. Semoga selamat le hendaknya. X sabar dah nak tggu saat2 nak bersalin ni. Mgkn sbb dah x larat nak bawa badan, sakit2 badan kot. Mgkn jg sbb hasya dulu kuar awal, so excited nak baby ni pun kuar awal. Tp, baby masih syok dok kat dalam. X pe le, as long as masih ikut tempoh yg sepatutnya. So far baru 38 weeks 2 days... Tunggu je le kan. Doc kata kalo sampai 1 Nov still x bersalin, baru akan induce. Skrg ni tggu dan cek le tanda2 nak bersalin tu kan.

Bila sebut pasal induce ni tingat lak kat Sha. Td ada sms dia tanya perkembangan skrg camne sbb dia dah warded since sunday lg. Rupa2 nyer dia dah 2x induce tp still poor progress. So, td dia mmg dah start posa. Mgkn petang ni katanya akan caeser. Kali ke-2 le dia caeser. Apa2 pun, sama2 le kita doakan Sha & her baby selamat dan sihat.

Ok le, stop dulu. Bebila kite continue k.

Thursday, 6 October 2011

-Happy 2nd Birthday My Lil' Hasya-

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat ulangtahun kelahiran yg ke-2 anak mama syg, Intan Haifa Hasya. Sekejap je dah 2thn. Terima kasih kerana membahagiakan mama dgn telatah hasya, kemanjaan hasya, nakal2 hasya tu... =)

Patut le pagi ni kul 5.15 dah bangun yek. Dah x sabar ke nak tggu jam 6.01 pagi. Ye le, 2th lalu, jam 5pg mama masuk OT dan 6.01 pg hasya dilahirkan. Skrg ni kita sama2 nantikan kelahiran baby baru pulak yek. Mama doakan semoga hasya membesar dgn sihat, cerdas, cergas, cerdik, bijak, sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan (sama mcm maksud nama hasya = sempurna) & menjadi anak yg solehah. Mama & papa saaaaayang hasya selalu.

Nota kaki: td gi anta kek, makanan & solivite + belon kat nursery hasya. X sempat nak packing masuk beg kecik2. X pe le, pandai2 le cikgu dia agihkan kat kawan2 hasya nanti. hehehe. Gambar kek pun x sempat nak snap.

Wednesday, 5 October 2011

-Ayah-

Assalamualaikum w.b.t.

Lewat malam tadi sekitar jam 2334, sms drpd mak masuk...
"Ayah kat hospital, sakit".
Trus reply sms dan tanya "sakit apa? Emergency masuk hospital ke? Bila masuk?"
Then, trus called mak tp dua2 no x dapat dihubungi. Trus le call my 1st sis, Kak Intan... Kak Intan kata mmg kalo kat Emergency mmg xde coverage. Katanya lg ayah buang air kecil x berhenti2. Last week mak ada beli ubat dr sensei (tabib cina) sbb biasa le ayah xnak ke spital. Katanya mgkn masalah buah pinggang. Ntah le....

Jam 2346, sms drpd mak masuk...
"Seminggu lebih kencing tak berhenti. Asal minum terus keluar, tak boleh tahan. Mak dah suruh pergi hospital, dia tak nak. Tadi dia gelap mata. Tu baru dia nak pergi. Baru ambil darah dan air kencing".
"Tak payah kelam kabut. Apa2 hal mak bagitau".
"Ok. Bukan apa, sbb hani pun tgh tunggu hari. Rasanya mcm x berani nak balik ipoh. So, apa2 hal tlg inform yek".
"Tak pe. Relax la".

So, trus menanti info drpd mak...

Jam 0058...
"Kencing manis"
Sms ni pun hanya terbaca jam 0403 sb dah tertido. Trus reply...
"Tahap yg teruk ke? Camne keadaan ayah?"
Tiada reply drpd mak.

Pagi ni cuba contact mak lg tp x dapat dihubungi. Mmmmm... Harap sgt ayah dalam keadaan stabil. Dalam family mmg xde yg kencing manis. Tp, mgkn Allah dah takdirkan camni. Cuma, mmg kena jaga betul2 makan minum ayah le. Riso jg sbb bila teringatkan hal ni sbb my MIL kan kencing manis jg.

Mak, ayah... Hani minta maaf le sbb x dapat balik ipoh buat masa ni. Harapnya mak, ayah faham keadaan hani skrg ni. Hani harap sgt ayah semakin sihat. Selama ni payah jg nak dengar mak ayah sakit. Bila skali mcm ni, riso pun ada. Nak pulak, sakit yg x bleh nak buat main2. Sakit yg mmg perlukan jagaan dan rawatan yg rapi. Cuma, mgkn masih di peringkat awal lg. So, sama2 le kita ikhtiarkan.. Doakan hanya yg terbaik buat ayah.

"Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yg baik buat ayahku. Jika ini ujian buatnya, Kau tambahkanlah pahala dan hapuskanlah dosa2nya. Amin..."

Update: dapat called mak tadi... katanya malam td dah balik umah. Kandungan gula tinggi, dah inject insulin. Dapat surat utk refer hospital semula utk pemeriksaan lanjut tp ayah lak x mo gi. isk isk isk... Camne ni.. Erm, ada x kemungkinan time check tu je gula tinggi tp sebenarnya xde sakit kencing manis? Sekadar bertanya, mana le tau kan... Nanti kena pujuk / slow talk jg dgn ayah suh gi spital.

Update lagi: sembang2 dgn ayah. Ayah kata doc cakap blum lg kencing manis... Masih di peringkat awal. So, perlu dikawal supaya x melarat. Ayah pun ok je nak gi spital utk pemeriksaan lanjut. Ok le tu. Alhamdulillah...

-PAC 48-

Assalamualaikum w.b.t.

Last friday pas miting kat KeTTHA, bertegur sapa le dgn member batch (miting sama2 tp dok jauh2), abg din. Abg din tanya bila aku due. Pas aku ckp 24 okt, trus dia ckp camne nanti. Camne apanya? PAC 48... Oooo... Nak buat camne, xde rezeki nak gi le... Katanya lg surat akan mula diedarkan start minggu ni. Ntah le.

Actually, mmg dah tau bulan Okt akan dibuat PAC. Cuma, biasa le senyap sunyi je smpi dah terlupa... So, saja le post pasal mende ni kat FB. Ramai jg yg membalas. Rupa2 nyer ramai jg senasib ngan aku, mak buyung or masih dlm tempoh cuti bersalin. Xpe le, ada gak geng gi lambat kan. hahah. Yg bz dgn mcm2 event pun ada. Ada jg yg mcm x puas hati sbb last minute notice. Bg aku, biasa le tu. Batch dulu2 pun last minute notice maaa. Kan kata PTD ni "Selangkah Kehadapan". So, kena ready le sentiasa walaupun mmg x ready kan. hahaha.

Tipu le kalo kata x terasa ketinggalan. Mmg le ralat x leh gi skali ngan kawan2. X dapat naik 48 sama2 ngan my batch 1/2006. Tp, apakan daya.... Mgkn blum rezeki nak naik lg, tp Allah tu Maha Kaya. Allah berikan aku rezeki cahayamata yg x ternilai harganya. Rezeki jg namanya tu. So, kena le sentiasa bersyukur kan. Aku tau rata2 member aku bukan le beriya sgt nak naik pangkat, tp keterujaan tu sbb memikirkan "GAJI". hahaha. Masing2 skrg ni dah beli umah. Masing2 dah start & bakal kena potong duit umah. Masing2 dah terasa sesak napas. So, kalo dapat naik 48, leh jg menarik nafas lega. Kalo memangku pun dah kira bagus, lepas le nak buat bayar duit umah. Cuma, kalo x leh gi skrg, next nyer bila yek? Mmmmm....