Wednesday, 25 November 2015

HLP...

Mmm... Baru aje abis interview Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Planning nak further study, tp xtau le lepas ke x interview ni... X tau lak kenapa blh nervous... Blank gak jap td... Adeh... Camno ni?... Hahaha... Interview lak in english... Sah2 le 10 years in servis x speaking lgsg, parah.. So start from now, i've to practise & speak in english... Hahaha.. Btw, just wish me luck k.. Kalo ada rezeki, ada le.. If x, next year cuba lg... Sesungguhnya, Allah le perancang terbaik bg hidup kita ni...

Saturday, 21 November 2015

Our birthday...

Kalo Oct bulan special utk Hasya & Hadif, Nov pulak bulan special utk mama & papa... Hehehe. Agak terlewat utk post tp better late than never...

12 Nov is my birthday... Hepi besday to me... Hehehe...
17 Nov is kanda's birthday... Hepi besday syg...

Tahun ni kanda hadiahkan charm Pandora. So bertambah lg le charm ni, dah nak penuh pun. Aku lak bg kanda clutch Braun Buffle. Biasa le member's time2 biasa 10% disc tp bln besday dpt 20% disc. So grab aje le apa yg patut n aku pun tumpang menyoping handbag baru.. Hahaha... 

Apa2 pun, hepi besday ye kanda syg... Mmmuah!


Sunday, 8 November 2015

Al-Fatihah...

Innalillahiwainnailaihirajiun...

A few months ago aku terkejut dapat perkhabaran bahawa sahabat rapat sama kelas & selalu lepak sama2 di UiTM Shah Alam telah pergi selamanya semasa melahirkan cahayamata pertamanya. Sedih & syahdu.. X dpt bayangkan bagaimanalah keadaan suami & anak kecil itu. Semoga mereka tabah. 
Kak Chiq mmg dikenali sebagai seorang yg sgt baik hati & suka membantu.. Allah lebih sayangkanmu sahabat.. Rahmatilah Shajarotul Aznida binti Shafie ini Ya Allah...

About a  month ago dapat perkhabaran salah seorang PA di KKLW meninggal dunia akibat cancer. Arwah asalnya ada breast cancer & telah disahkan sembuh selama 3 bulan.. Tiba2 arwah sakit semula n rupa2 nya sel kanser sblm tu dah merebak ke tulang n seluruh saraf. Tulang menjadi reput n kanser semakin teruk. Allah lbh sayangkan Naraswati.. Selalu baca kat fb betapa suaminya tabah & rindunya kpd arwah. Semoga kasih sayang mereka kekal hingga ke syurga.

30 Okt pula aku dpt perkhabaran dr rakan2 UiTM Machang yg seorg sahabat kami telah pergi mengadap Ilahi. Sebelum tu mmg kami dah sedia maklum yg dia telah tenat mengidap SLE. Terasa kehilangannya sbb kami sama2 komander Kesatria.. Sama2 mengajar kawad, camping dlm hutan. Sedih dgn perkhabaran tu... Bersemadilah dgn tenang Kak Long @ Rosmawati Mohd Rasidi...

Pagi ni pulak (8 Nov 2015), aku dikejutkan sekali lg dgn perkhabaran salah seorang sahabat PTD Batch 1/2006 jg telah pergi mengadap Ilahi. Arwah pulak mmg sama2 Sidang C (Group) dgn aku. Rakan2 batch baru aje plan nak gi melawatnya esok di PPUM. Tp Allah lbh sayangkannya. Mgkn ini akan kurangkan deritanya drpd sakit breast cancer. Semoga Allah ampun segala dosanya & tempatkan Norsyimalaila binti Hashim di kalangan org2 beriman.


Sesungguhnya kematian itu sangatlah dekat.... Ampunkan jua dosa2 ku ya Allah.

Al-Fatihah...

Majlis Graduasi & Aprisiasi Generasi Educare

Hepi convocation day Hasya.... Semalam (7/11/2015) Hasya dah pun dpt sijil tamat tadika.. Alhamdulillah... 

Hadif buat 1 persembahan & Hasya buat 3 persembahan... Nervous gak memula riso Hadif buat hal mcm tahun lepas. Last year dah beli baju bagai, tp masa nak buat persembahan tu mmg masa tido dia, haruslah buat hal n menangis x nak menari. Tahun ni lega sket n dia lincah menari atas pentas... Dok kat depan lak tu. Hasya lak persembahan nasyid (Sesungguhnya), tarian (All about the bass) & koir (We are the world). Actually yg koir ni masuk bertanding pd hari Jumaat ni menang no. 1. 

Apa2 pun nampak le Hasya & Hadif hepi... Semoag membesar dgn sihat & berjaya dunia akhirat. Mama syg Hasya & Hadif.


Wednesday, 4 November 2015

Berkampung di Shah Alam...

Hai uols... 

Mggu ni aku bz dgn program Simposium Kontraktor dan Usahawan Bahan Binaan Bumiputera 2015 yg diadakan di SACC Shah Alam. Program ni anjuran my department le, BPKU... Cawangan aku lak incharge jemputan & pendaftaran... Program ni 3-4 Nov sepanjang hari include Malam Penganugerahan Kontraktor Bumiputera Berprestasi Tinggi (KBBT). 

Target asal dlm 1000 shj yg akan hadir n mmg saje jemput lbh sket dlm 1100 as back up riso ada yg x hadir.. Tp kehadiran td menjadi hampir 1500 sb ramai yg walk in.. So tgh update semula list utk final kan kehadiran... X sangka lak sambutan sgt memberangsangkan... Hahaha...

Siang td dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri KSU KKR. Dinner lak td oleh YB Timbalan Menteri KKR. Esok lak penutup & pelancaran Direktori Vendor Bumiputera (Blue Pages) oleh YBhg. Tan Sri KSN. Hope semuanya ok le...

Juz hari ni agak memenatkan jg n akan menjadi minggu yg sgt penat.. A little bit stress gak bila here n there berlaku misscommunication yg menyebabkan yg dirancang A menjadi B. Xpe le, hope utk esok will be ok... 

Esok dah blh check out hotel dr Grand Blue Wave n check in pulak kat Hotel Concorde Shah Alam gak.. Berkampuang le seminggu dr isnin sampai jumaat kat sini. Hahaha. Start esok ptg check in kat concorde utk sesi taklimat & bengkel sistem dgn CIDB + BPKU seluruh negara. So layankan aje le... 

K le, dah lepas midnite pun... Better tido utk rest kan badan nak hadapi hari esok pulak... Babai uols...