A few months ago aku terkejut dapat perkhabaran bahawa sahabat rapat sama kelas & selalu lepak sama2 di UiTM Shah Alam telah pergi selamanya semasa melahirkan cahayamata pertamanya. Sedih & syahdu.. X dpt bayangkan bagaimanalah keadaan suami & anak kecil itu. Semoga mereka tabah.
Kak Chiq mmg dikenali sebagai seorang yg sgt baik hati & suka membantu.. Allah lebih sayangkanmu sahabat.. Rahmatilah Shajarotul Aznida binti Shafie ini Ya Allah...
About a month ago dapat perkhabaran salah seorang PA di KKLW meninggal dunia akibat cancer. Arwah asalnya ada breast cancer & telah disahkan sembuh selama 3 bulan.. Tiba2 arwah sakit semula n rupa2 nya sel kanser sblm tu dah merebak ke tulang n seluruh saraf. Tulang menjadi reput n kanser semakin teruk. Allah lbh sayangkan Naraswati.. Selalu baca kat fb betapa suaminya tabah & rindunya kpd arwah. Semoga kasih sayang mereka kekal hingga ke syurga.
30 Okt pula aku dpt perkhabaran dr rakan2 UiTM Machang yg seorg sahabat kami telah pergi mengadap Ilahi. Sebelum tu mmg kami dah sedia maklum yg dia telah tenat mengidap SLE. Terasa kehilangannya sbb kami sama2 komander Kesatria.. Sama2 mengajar kawad, camping dlm hutan. Sedih dgn perkhabaran tu... Bersemadilah dgn tenang Kak Long @ Rosmawati Mohd Rasidi...
Pagi ni pulak (8 Nov 2015), aku dikejutkan sekali lg dgn perkhabaran salah seorang sahabat PTD Batch 1/2006 jg telah pergi mengadap Ilahi. Arwah pulak mmg sama2 Sidang C (Group) dgn aku. Rakan2 batch baru aje plan nak gi melawatnya esok di PPUM. Tp Allah lbh sayangkannya. Mgkn ini akan kurangkan deritanya drpd sakit breast cancer. Semoga Allah ampun segala dosanya & tempatkan Norsyimalaila binti Hashim di kalangan org2 beriman.
Sesungguhnya kematian itu sangatlah dekat.... Ampunkan jua dosa2 ku ya Allah.
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment