Assalamualaikum w.b.t.
Orang selalu akan ingatkan kita "cakap siang pandang2, cakap malam dengar2" kan. Ia lbh kepada mengingatkan kita berhati2 apabila berkata2, khuatir jika kata2 kita itu akan memberi kesan negatif sama ada kpd diri sendiri mahupun orang lain. Wah, cam blaja Bahasa Melayu lak.
Sekadar ingin berkongsi cerita. Kisahnya camni...
Masa tu kanda tgh drive kete & tetiba ada kete kat depan yg buat hal. Mmg terasa hangin le jg kan. Kebetulan plat kete tu "BGK ....", so aku tetiba cakap le "elok le sgt plat BGK, mmg bongok"... Skali je le aku sebut pun. Tp...... X lama pastu Hasya lak cakap "hah, tu bongok" sambil tunjuk kete tu. Ops, baru aku tersedar yg aku dah tersilap cakap. So, cuba le betulkan keadaan & Hasya dah x cakap.
Tu kisah pada masa tu & kisah pagi td lak... Kanda tgh bawa kete gak & ada kete kat depan yg sgt le slow motion, dok lane kanan lak tu, tp kitorg xde le cakap apa2 yg x elok. Kanda cuma cakap "kalo dah bawa lambat jgn le dok lane kanan"... Tetiba, Hasya cakap "bongok tu"... Adeh, dia ingat lg word tu rupanya. So, aku terpaksa le cakap kat dia, "bukan bongok le. X elok cakap camtu. Cakap le pandai..." sambil senyum2 kat Hasya. nasib le dia x pertikaikan yg aku penah guna word tu dulu. hehehe. Mmg pastu bila kanda hangin ada kete yg buat hal lg, kanda siap cakap "nak marah2 pun dah x boleh"... =)
Mmg xde manusia yg sempurna, aku pun x terkecuali. So, kita perlu blaja drpd kesilapan kita mahupun kesilapan org lain. Insya Allah, aku akan lbh berhati2 apabila bertutur. Anak kita tu seumpama kain putih, kita as parents le yg akan mencorakkannya. Sebelum terlambat, bertindaklah dr sekarang.
Nota kaki:
Ucapkanlah kata2 yg baik kpd anak, sbb kajian telah menunjukkan bahawa kata2 yg baik akan membuatkan molekul2 air terbentuk dgn cantiknya. Bukankah 72% drpd tubuh badan kita mengandungi air? Insya Allah, anak2 akan membesar dgn baik. Lg pun, bebudak bila kita cakap baik2, dia lbh mudah ikut drpd kita marah2. Contohnya kalo aku nak minta Hasya kemas brg mainan dia, x perlu marah2 sbb dia lg akan buat sepah. Tp, bila aku cakap "Hasya kan baik, rajin, good, clever, so tlg mama kemas balik yek". Misti dia akan cakap "hasya good" dan tunjuk ibu jarinya, then terus kutip brg mainan dia. Pujilah sebanyak yg mungkin. Bkn membodek tp ia sebagai kata2 rangsangan kpd anak2. =)