Friday, 24 February 2012

- Adakala & Biarkan -

Adakala apabila kata2 sukar diucapkan, biarkan sahaja jari jemari itu menekan papan kekunci...
Biarkan jari jemari itu yg mengungkapkan madah2 pujangga...
Biarkan jari jemari itu yg meluahkan rasa...
Apabila jari jemari itu yg mula bersuara, maka mulut akan terus terkunci...
Diam membisu...

-Hati-

Hati yg terguris umpama cermin yg tercalar.
Biarpun tidak memberi apa2 kesan yg besar, tetapi ia kekal di situ.
Tetap akan diingati..
Calar itu bisa jg merebak jauh menguasai hati...
Lalu ia juga bisa menjadi retak.
Ya... Hati yg retak, terluka pastinya akan meninggalkan parut yg x bisa hilang begitu sahaja.
Tapi, adakah yg peduli?
Mmmm, pastinya hati itu dibiarkan sahaja seumpama cermin lama yg sudah tidak dipedulikan lagi.
Tanpa dia sedari hati itu adalah cermin yg tetap diperlukan suatu ketika nanti.

- Benci & Alangkah Bagusnya... -

Benci dgn sikap manusia yg pentingkan diri sendiri.
Benci dgn sikap manusia yg sentiasa rasa dirinya betul.
Benci jg dgn sikap manusia yg x pedulikan perasaan org lain.
Benci dgn sikap manusia yg x mengotakan janji.
Benci dgn sikap manusia yg merasakan dirinya hebat.

Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg akan melebihkan kepentingan org lain berbanding dirinya. Paling tidak pun, cuba berlaku adil antara kepentingan diri & org lain.
Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg bersedia menerima teguran & kritikan org lain.
Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg faham akan perasaan org lain. Jika x mampu diselami perasaan, cukuplah jika tidak menyakiti hati & perasaan org lain.
Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg berpegang pada janji.
Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg merendah diri.

Thursday, 23 February 2012

-Meniarap-

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, hadif dah meniarap... yeaayyyy...

2,3 hari ni mmg hadif dah terlungkup badannya tp masih x angkat kepala. Smlm masa dinner kat umah mimi, terperasan yg hadif dah berjaya meniarap & kepala dah tegak... Bak kata mimi, hadif nak posing depan dinding cermin umah auntie mimi. Kang kalo dah nak start catwalk kena gi umah auntie mimi gak le ekk.. hehehe..

Masa hasya meniarap dulu, aku jg yg 1st discover & masa hadif pun sama gak... heheheh. Kanda jgn jeles. Hepi tgk perkembangan anak2 depan mata sndiri.

Wednesday, 22 February 2012

-4 bulan-

Assalamualaikum w.b.t.

24 Feb ni genap le Hadif 4 bulan.. Tp td dah gi check up utk 4 bln nyer... Timbang berat je pun, xde cucuk... Berat naik sket je. Kali ni berat 5.97kg. Xpe le, bf x semestinya naik byk. Yg penting Hadif sihat kan... Aku agak ter'emo' sket bab saiz badan baby ni. X kisah le anak aku besar ke kecik ke, janji sihat dan mengikut perkembangan yg sepatutnya. Xkan le saiz badan aku ngan kanda yg x besar mana ni anak leh besar gabak kan... Sebok je nak compare2 anak. Tgk le sket saiz kamu ngan asben kamu tu, anak pun ikut le saiz camtu gak, ala2 tilam vono gitewww... Ikut genetik le beb. Isk, ter'emo' suda...

Erm, ahad ni nak buat kenduri aqiqah Hadif ngan house warming. kengkawan yg free, jemput le dtg umah yek. If nak alamat, leh sms or pm kat fb je ekk.. =)

Thursday, 9 February 2012

-Budak masyam-

 Assalamualaikum w.b.t.

Saya rindu kat budak masyam dua orang ni... =)



Wednesday, 8 February 2012

-Berlalu sudah...-

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, berlalu sudah cuti panjang. Pasni xde dah kot. Bukan aku x suka cuti panjang, suka sgt2. Cuma part yg x best bila nak menghantar anak dara sorang tu. Sejak 2 menjak ni mula buat perangai nangis2 xmo gi skolah. Masa kat umah nak gerak kuar ok je, tp bila sampai kat skolah je, mula le berdrama. Adusss. Nape ni anak mama syg? Hasya kan penah cakap kat mama "x mau nangis... hasya dah big"... So, plz jgn buat mama riso yek syg. Bila sembang2 dgn cikgu nyer, pas kitorg gerak, hasya ok je. Xtau le nape. Cuma kdg2 bila dia bangun tido petang, misti cari mama. "nak mama..." Aku rasa mgkn sbb hasya rasa best dok bercuti lama2... leh lepak2.. kuar jalan2.. main2 kat umah... X pe le, petang ni pas amik hasya kat skolah, kita gi jalan2 kat Alamanda nak?... Tp, x mau nangis lg yek. =)