Monday, 30 December 2013

- Bye2 2013 & welcome 2014 -

Assalamualaikum w.b.t.

Thanks ye Eycah sbb sudi baca dan drop komen kat whatsapp. Ingatkan blog yg semakin terpinggir ni dah xde yg nak baca. hehehehe..

Lg 1 hari nak sambut tahun baharu 2014. Azam apa? Hahaha. X penah kot betul2 nak cakap kat org apa azam tahun baru sbb rasanya azam tu biar dok dalam hati, jiwa dan minda utk capainya sepanjang kehidupan. Cuma, adalah jg matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

Apa lagi? Erm, keadaan kesihatan yg ada turun naik. Last 2 weeks masa kat Penang tu start batuk ngan selesema. Rasanya masa tu sbb hama dr bilik hotel tu le kot. Menginap kat Copthorne Orchid Penang. Bilik & fasiliti sume ok tp xtau le nape, bilik berbau busuk masam mcm carpert tu penah basah sblm ni. Patutnya pihak hotel kena le tukar carpet baru ke, cuci ke, sembur le febreeze ke. Aku lak malas le nak bising2 kat uru setia nak minta tukar bilik, sian lak kat diorg. Lagipun berkursus ingatkan xde le dok bilik sgt sbb jadual mgkn pack tp aku tersilap rupa2nya. Jadual sgt le x pack, so mmg byk masa dihabiskan dlm bilik, sesak nafas dibuatnya. hahaha. Selang beberapa hari selesema mmg dah hilang n batuk le jg. Pastu bila dah sembuh beberapa hari, start Jumaat last week selesema ngan batuk balik. Adeh, tahan aje le.. Xpe le, perlu redha sbb anggap aje le ni ujian dan In Shaa Allah, ia mgkn dapat jadi penghapus dosa2 kecil. Wallahu a'lam..

Cite apa lagi? Mmmm... Hujung2 tahun ni byk lak mende nak kena settle kan. Hope buka tahun 2014, segala kerja2 opis lbh tersusun dan mengikut perancangan le.. =)

Bye2 2013 & welcome 2014...

K le, nak sambung keje semula. ^_^

Sunday, 1 December 2013

- Kembali berbloging -

Tahun ni sket sgt aku berblog.. Tp lately ni rajin lak menjengah masuk. Bila difikirkan semula, aku lbh hepi dgn blog utk curahkan segala2nya compare to fb. Fb bg aku lbh kpd nak amik tau tentang kwn2, if ada apa2 news ke... 

In shaa Allah tahun 2014 nanti aku akan gigih utk kembali aktif berblog.. Blog ni seumpama diari kehidupan bg aku. Walaupun x semua perkara aku blh share kat sini, tp at least aku blh luahkan jg perasaan aku sama ada yg tersurat mahupun yg tersirat.. 

Sayang kamu semua... 😊

- Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan PKK -

Alhamdulillah, well done to all yg telah menjayakan sesi mesyuarat ini especially semasa perasmian mesyuarat & pelancaran SUARA PKK oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya.. My big boss, Pengarah PKK Malaysia walaupun dlm keadaan yg agak uzur masih gigih mghadirkan diri. Katanya demam & high blood. Tp tgk keadaannya lain mcm sgt.. Semoga bos cepat sihat.. Kata aluan oleh bos & taklimat kpd YBTM by me.. Heheh.. Belasah je le.. Pelancaran SUARA PKK lak ada ketuk ice carving tu..  So far press yg datang tu dr Sinar Harian, TV1, TV3...

Memandangkan bos x sihat, maka aku le yg jadi chairperson bg sesi mesyuarat kali ni. Yg aku perasan sgt sejak N xde dah, aku lbh yakin menjadi chairperson & control keadaan. Xtau le nape, mgkn masa N ada, dia ada pendapat & cara dia tersendiri. Lgpun dia senior aku dlm servis, so baik diam aje le. Hehehe.. Miting sampai pepagi buta sbb last day tu diorg nak gerak balik awal.

Oh, lupa lak. Hari 1st sampai tu kami ada  bowling tournament. Tp aku mmg x leh nak tumpu main le kann sbb nak kena jaga hasya & hadif yg main dok berlari je..

Apa2 pun majlis berjalan lancar & kami sume hepi. Aku suka baca feedback diorg kat fb. So tau le diorg suka ke x. Hehehe. Nampaknya diorg excited utk next program. Tggu 2014 je le sbb bajet 2013 dah abis..

(Masa abis miting, seseorang bersalaman dan bisik sesuatu.. "Terima kasih puan.. A great chairman." Kata2 tu buatkan aku tergamam seketika & hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah.. Sy akan cuba sebaik mgkn menjalankan tugas yg diamanahkan)

Tuesday, 26 November 2013

- Leh caya ke? -

Seorang teman pernah berpesan agar kita selalu lah bersangka baik dgn org lain.. Aku cuba utk bersikap sedemikian.. Skalipun seseorang itu pernah dikaitkan dgn pelbagai perkara, aku terima dgn hati terbuka dan anggap "zero".. Bg aku, tu perkara lampau dia, skrg patut diberi peluang.. Bersangka baiklah..

Tp, hari demi hari aku dapati kepercayaan yg aku berikan tu semakin menipis. Lama2 blh hilang kot. Hahaha.. Seribu satu alasan le pulak kannn.. Ntah le.. Susah aku nak komen sgt. So, langkah terbaik supaya org yg sedemikian tidak terus mengambil kesempatan, tindakan tegas ke atasnya perlu diambil kot. Mmmmm...

Tu satu perkara.. Perkara lain pula, aku kena lbh berhati2 dgn org sekeliling.. Mmg sentiasalah bersangka baik, cuma letaklah sedikit pertahanan dlm diri.. Hati2... Musuh dalam selimut... Gunting dalam lipatan.. Kawan tikam kawan.. Semakin mengenali org sekeliling, semakin sukar utk mempercayai.. Bukanlah kata semua x blh dipercayai, masih ada, tp blh dibilang dgn jari..

Ye, aku bukanlah baik sgt.. Tp, aku tidaklah sejahat yg kau fikirkan tu.. Plz le.. Hahaha.. Kalo kau pernah jahat, jgn nak samakan dgn org lain.. 1 more, kalo betullah berniat baik utk memperbaiki diri aku ni, bersemukalah.. Jgn cakap2 blkg, mengumpat mengata namanya tu.. Dtg jmpa aku depan2 & tegurlah, aku pasti terima sbb utk kebaikan diri jg.. Tp kalo masih nak cakap blkg2 tu, tanggunglah dosa sendiri tu k. Dosa dgn Allah, in shaa Allah lbh mudah diampunkan sbb Allah tu Maha Pengampun.. Dosa sesama manusia ni, kena jmpa orang berkenaan dulu berterus teranglah dgn kesalahan yg dilakukan (cth: mengumpat, fitnah, etc) & pohonlah kemaafan. Tp x ramai yg sebegini utk berdepan. So, jmpa kat "sana" aje le ye..

Assalamualaikum...

Monday, 25 November 2013

- Mode jiwang -

Lama jg x berbicara jiwang kannn.. Hahaha.. Apa yg difikirkan x semudah itu utk diluahkan.. Ntah siapa yg benar2 mampu memahami. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Aku perlu akui utk terus telan segala kepahitan agar suatu hari nanti aku mampu mengecapi kemanisan itu. Walaupun sakit utk kuterima, aku harus akur dan pasrah. Aku perlu terus yakin dgn segala perancangan yg Allah mahu berikan kepadaku.

Saturday, 23 November 2013

- Team building -

Alhamdulillah, selesai jg Kursus Team Building PKK, 20-22 Nov 2013 di Felda Residence Tekam, Pahang..

Mcm2 ujian, rintangan & cabaran. Akhirnya selesai jg dgn jayanya & feedback drpd semuanya hepi & enjoy. Credit to Rahman le jg sbb dia yg beriya ajak ke sana. Kalo ikutkan aku nak yg dekat2 aje. Hahah. 

Xtvt best gak.. Night treasure hunt, masuk gua, ada games kat swimming pool, persembahan kumpulan & paintball.. Gua yg kami gi tu namanya Gua Kota Gelanggi yg terdapat lbh kurang 99 gua di dalamnya yg berusia 100-130 juta thn.. Antara gua yg kami masuk ialah Gua Sanding, Gua Kepala Gajah, Gua Angin, gua apa ntah lg aku dah lupa. Hahaha.. Sgt best!

Bila join xtvt ni membuatkan aku merindui xtvt lasak.. Masuk hutan, camping, etc.. Hahaha. Ntah bila le dpt join camni lg.

Btw, thanks kpd semua yg join kursus ni & aku hepi sgt diorang enjoy & post kat fb betapa diorg enjoy.. (^_^)


Wednesday, 20 November 2013

- Fitnah -

Sesungguhnya memfitnah itu lbh teruk drpd membunuh...

Apa le yg x puas hati sgt sampai memfitnah camtu.. Mmg aku x sebaik mana, tp jgn samakan aku sejahat dia jg... Selagi mana dia x mengaku salah, perbetulkan keadaan dan minta maaf kat aku, agak payah utk aku memaafkannya... 

Mmg hilang respect aku kat dia. 

Saturday, 16 November 2013

- Masih bz lg -

Kepenatan every week ter bz je... 

15-17 Nov: Bengkel Pelan Tindakan di Cameron Highland... Thanks kabda tlg jaga anak2...

18 Nov: ke Kuantan utk deal & settle everything utk miting pengarah negeri...

20-22 Nov: Kursus Team Building di Felda Residence Tekan, Jerantut, Pahang...

25-27 Nov: ada Kursus 5S utk Fasitator 5S di Kuantan, Pahang... Tp sbb jadual sgt pack & kanda pun tgh ada kursus fi Kuantan jg, so aku assign org lain yg gi...

28-30 Nov: Mesyuarat Pengarah Negeri di Kuantan...

Memanjang je le kat Pahang kannn... Ntah le nape deme ni suka sgt je Pahang. Hahaha... Hope bln Dis lbh tenang. Aku ada cuti tanpa rekod 3 hari & baki cuti rehat ada dlm 22 harilg rasanya... So aku plan mmg nk bercuti nanti. Yeayyyyy!

- Hepi Besday -

Happy besday to my family...
Okt bln utk Hasya & Hadif...
6 Okt: Hasya, 24 Okt: Hadif...
Nov bln utk daku & kanda...
12 Nov: daku, 17 Nov: kanda...

Hepi besday Hanapi, Hani, Hasya & Hadif...
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, semoga berjaya dlm apa jua yg diceburi & sentiasa dilimpahi Rahmat Allah selalu...

- Graduation Day -

Tahniah Hasya dpt no 1... Mcm gilir2 lak hasya n hadif dpt no 1 setiap thn. Thn ni hadif xde rezeki lak... X pe my son, cuba lg... Tahun ni jg hasya buat persembahan as usual setiap thn..

Friday, 25 October 2013

- Hepi besday Hadif -

Hepi belated besday to Hadif actually... Besday Hadif smlm.. Tp x sempat lak nak bula fb ngan blog..

Plan nak le anta jg kek ngan makanan lat school hadif cam hasya hari tu. Tp smlm x sempat n penat sket.. Sbb nyer kelmarin aku ke johor & kanda lak ke perak. Smlm masa besday hadif aku kepenatan n kanda lak dah ke johor. So, lunch hour smlm beli je le dulu apa yg nak dihantar.

Td lak dah pegi beli kek n anta ke achool hadif. Hopefully, hadif will enjoy with his besday cake... 

Hepi besday hadif. Semoga membesar dgn sihat & menjadi anak yg soleh, bijak, menghormati org tua... Mama syg hadif..

Friday, 18 October 2013

- bz kot -

Lately ni mcm bz sket kot.. 

- last week: 8 Okt, Konvensyen KIK KKR... Keputusan kena tggu 31 Okt nanti masa Hari Inovasi KKR... 10 okt, miting JTKP... Balik dr KKR trus rushing ke KLIA utk ke Terengganu... Aku incharge Kursus Perkhidmatan, 10 - 11 Okt...

- awal mggu: balik cuti raya... Mggu ni dgn miting dalaman aje le, cam miting aset...

- next week: bermula 21 okt, setiap isnin ngan rabu ada training netball... 22 okt ada miting kat KKR.. 23 okt lak ada lawatan ngan miting kat Johor... Jumaat - Ahad (25 - 27 Okt) lak ada bengkel kat shah alam lak. Yg ni cam nak try adjust minta tlg Pengarah PKK Selangor tlg hadir le kot. Hehehe... Skrg paper kursus team building masih kat KSU. X tau le lulus ke x.. Kalo lulus patutnya 23 - 25 Okt. Tp cam kena tukar tarikh lain je, kalo lulus le. Hehehe... Awal bln nov le gamaknya..

- mggu berikutnya: 29 - 30 okt, Mesyuarat Khas Pengarah Negeri kat PKK Selangor.. 31 Okt lak Hari Inovasi KKR.. Aku AJK Sesi Ceramah. In shaa Allah, Dato' Dr Sheikh Muzaffar yg akan bg talk... In shaa Allah jg hari berkenaan akan tau keputusan KIK.. Ptg tu aku join larian inovasi...

- mggu berikutnya lg: 8-10 nov aku kena gi bengkel pelan tindakan kat cameron.. Adeh, jumaat - ahad lg... Yg ni mmg no excuse sbb mmg gred 48 ke atas yg kena pi... 

- mggu berikutnya: ikut perancangan akan ada miting di kuantan... 13 - 15 nov.. Tarikh akan kompem semula.. 

Tu sume apa yg aku dah masukkan dlm kalendar aku... Biasanya mesti ada ad hoc apa2 lg... Pastu yg aku x masukkan lg tarikh miting JTKP yg mana mmg wajib mesyuarat 1x seminggu...

Ada org penah tanya aku, x penat ke? Penat tu penat jg. Tp biasanya x terasa sgt... Bila sesuatu program tu berakhir or mggu tu yg berakhir, barulah rasa flat. Hahaha... Camnepun, doakanlah aku sentiasa sihat k. 

- Idea oh idea -

Sepanjang perjalanan pegi or balik keje, kalo aku x sembang dgn kanda or layan anak2, mmg kompem le berangan kannn... Hahaha.. Masa ni mcm2 idea yg dtg mencurah2.. Siap blh terfikirkan ayat apa aku nak coretkam dlm blog ni... Tp, as usual le, by the time aku nak start berblog, idea pun ntah ke mana. Bercempera le idea tu menghilangkan diri..

Idea oh idea... Datanglah ko kpd ku, blh le aku teruskan coretan dlm blog yg dah suam2 kuku ni. Hahaha.. Rindu nak berbloging lg... 😊

Monday, 7 October 2013

- Hepi Besday -

Assalam...

Hepi besday 2 u
Hepi besday 2 u
Hepi besday 2 hasya & mak
Hepi besday 2 u...

Belated dah pun.. Tp nak wish gak. Bkn lupa, sentiasa ingat, cuma x terpost kat dlm ni je... Hehehe...

Besday mak 30 sept... Hani sayang mak... Semoga mak sentiasa sihat & dilimpahi rahmat Allah selalu.

Besday hasya 6 okt... Dah 4 thn pun... Mama sayang hasya. Semiga membesar dgn sihat & jadilah anak solehah... Berjaya dunia & akhirat...

Sunday, 8 September 2013

- Ucapan buat sume -

Assalam...

Nak ucap selamat hari raya pun, kelmarin dah penghujung syawal... Tp x kisah le, minta maap byk2 noo salah silap kiranya ada. Hehehe...

Hepi belated besday gak 2 my dad & sisters... Ayah & kak intan 23 ogos dan kak by lak 12 ogos... Semoga dilimpahi rahmat Allah slalu...

Semoga aku lbh rajin jengah blog... Lbh byk masa nk menghupdate k... Tunggggguuuuu... ;)

Wednesday, 17 July 2013

-17 Julai datang lagi-

Alhamdulillah... hari ni genaplah 7 tahun aku dok jadi PTD... Hepi aniversary ye kengkawan batchmate 1/2006. Best lak bile tgk balik gambo lelama, mmg mengusik jiwa. hahah. Jiwang lak. In shaa Allah jika dipanjangkan umur, masih berbaki 30 tahun untuk aku terus berkhidmat. Semoga aku dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah.

Selamat maju jaya jg buat kengkawan sume... =)

Tuesday, 2 July 2013

- Monolog -

Mmmmm... 2bln lg genap setahun... Tabah ke aku... Kuat ke aku... Aku dah usaha yg terdaya. Cuma, mgkn kurang kerjasama or mgkn ada silap di mana2 yg aku sendiri x pasti or kepenatan jg barangkali... Entahlah, sampai bila agaknya... Selama2nya ke?.....

Aku sentiasa bermonolog sendirian... Berbicara dgn hati sndiri dlm mencari kepastian.

Saturday, 22 June 2013

Penat!
Aku dah penat...
Penat dgn karenah manusia di sekeliling aku!

Arghhhh, biarkan...
Biarkan aje le. 
Mereka x kan bisa faham dan x kan pernah mahu faham!

Thursday, 20 June 2013

- Apa yg menarik ttg Singapore? -

Halluuuu...

From my observation....

1) tahap kebersihan tip top
2) disiplin n kepatuhan terhadap undang2 superb sbb adanya enforcement
3) speaking semestinya... Sembang sesama sndiri pun speaking. So, kalo tetiba dgr org melayu sembang cakap melayu "org KL ke?"... Hahaha. Tu soalan waitress Coffee Bean kat kitorg.
4) flat, apartment, kondo mmg kemas. Parking lot walaupun jauh pun xpe janji x kena saman if parking bawah blok. Ada parking bertingkat n wajib letak kupon parking sama ada yg day or night punya. Tuan umah kat situ pun xde parking lot, so better beli le kupon utk sebulan punya.
5) undang2 baru makcik aku ckp yg kete hanya blh dibeli / keutamaan kpd yg dah kawen ada org tua n anak kecik. Org bujang x dibenarkan beli kete. So, kurang le jmlah kete, x sesak n kurang air pollution.
6) sistem pengangkutan yg cekap

Apa lg ekk? Mmg puji n wajar dicontohi singapore ni tp aku tetap bangga sebagai anak Malaysia. Malaysia pun x kurang hebat jg kannnn...

Monday, 10 June 2013

- Melawat nenek di Singapore -

Halluuuuu...

Jumaat lepas pas balik keje gigih le dok kemas barang siap2 nak balik ke Johor sbb nak gi wedding cousin. Malam tu trus le gerak ke Johor n bermalam kat Hotel De Impian, Parit Raja. 

Sabtu pagi tu trus le gi makan kenduri n ayah ajak gi Singapore. Mmg awal2 mak dah gitau utk prepare bawa pasport. So petang tu kitorg gerak ke JB, parking jete kat Hotel The Zon tu le... Pastu car pool naik Alphard ayah. Lama gak le prosesnya sbb nak kena isi borang sume. Nape le borang tu x bg lbh awal mcm nak ke indon dulu borang bg lbh awal n bila sampai kat imagration singapore kan senang trus bg je. Tp lain tempat lain caranya le kot.

Then, makcik n anaknya dah tunggu kat Woodland Point utk bawa ke umah nenek tp skali kitorg salah masuk simpang, sesat daaaa. Hahaha. Gigih le makcik tu naik MRT n teksi. Kitorg dah sesat sampai Turf Club Ave n Kranji Road. At last plan nak menuju keChangi Airport aje n minta diorg tggu sana. Tiba2 nmpk singage ke Bukit Panjang n Chua Chu Kang. So trus ke sana n makcik suh tggu kat mana2 blok dulu.

Bila dah jmpa pi umah makcik rehat, solat, dinner n then baru pi umah cik eton which is nenek stay situ ngan cucu2 dia tp cik eton ada kat madinah ikut asben dia keje sana. Katanya umah nenek kat tmpt lain, x kisah le... So, bermalam le kat situ.

Next day baru le jenjalan pi orchard road, merlion n ntah mana2. Tp sbb short trip x sempat le nk pi USS or shopping ke apa. So, next time we must come again... Hehehe...

Ptg tu kami pun balik Malaysia tercinta..

Thursday, 2 May 2013

- Cuti -

Haluuu...

Esok n isnin ni aku cuti... Yeayy... sabtu ni wedding kakak aku, Kak By. So, jemputlah ye kwn2 dtg ke umah simpang pulai... Ahad lak PRU 13.. Isnin haruslah cuti kan... selamat bercuti & selamat mengundi uols...

- Banglo ke bangla? -

Masa lalu kat satu area perumahan last week rasanya.. Tetiba Hasya tanya...

"tu rumah ke BANGLA?"

Tergelak kami jap... Trus asben betulkan..

"Hasya, BANGLO le, bukan BANGLA"

hehehe...

- Nakal -

Assalamualaikum...

Lama dah tlis kat sini kannn... Kalo dlm kete banyak je idea nak tulis. Tp, bila dah ngadap pc, ilang lak.. Meh layan jap cite budak nakal kat bawah ni k...

Hasya: mama, Hasya x nakal kat school tau..
Mama: Ye ke?...
Hasya: Hasya x nakal. Kalo sape nakal, cikgu kata masuk dlm plastik hitam, plastik sampah bagi kat bangla.
Mama: (Dalam hati: hah, bangla?)..
Hasya: Nanti bangla tu buat sup tangan...
Mama: (Terkedu jap).. Sape yg cakap camtu Hasya?
Hasya: cikgu yg cakap
Mama: (Xtau nak komen apa) X pe le, Hasya kan budak baik...

Saturday, 30 March 2013

- Hadif x sihat -

Alhamdulillah... Saat aku coretkan ni, Hadif dah semakin sihat. Riso jg dibuatnya bilamana seminggu jg Hadif demam, matanya bengkak... Hadif demam since 22 Mac lg.. Disebabkan demam lbh 3 hari, semestinya perlu ke klinik utk check darah le. Riso jg kalo2 denggi ke or sakit apa2 kan... Ye le, zaman skrg ni mcm2 virus ada...

Tunggu punya tunggu, sampai le turn. Doc cakap ada bakteria dlm darah Hadif tp x serius. Alhamdulillah. Tp, tetiba doc tanya "u ada talasemia ke? Ur asben?"... Cuak sebentar. "Xde doc. Nape?"... "Oh, so far mmg xde ye.. Sbb dia kekurangan darah merah. Xpe, nanti 10hb dtg test darah lg. Mgkn jg sbb dia demam" cuma bila tgk pd suhu yg terlampau tinggi, doc suh ke bilik prosedur 22 utk masukkan ubat kat punggung, mandikan n sedut gas sbb byk kahak. Sedih bila tgk hadif nangis2... Tp, xpe le.. Alhamdulillah, keadaan Hadif beransur pulih.

Next day tu (rabu) pg panas sket tp pas bg ubat suhu turun. Tp aku perasaan kat telinga dia ada lendir. Sah, infection le tu coz prolonged flu & cough... Ni kali ke-2 le. So xde le panik. Disebabkan aku dah lama cuti, khamis aku masuk opis tp pg tu mata aku lak belah kanan rasa lain mcm...

Jumaat pg tu bawa Hadif ke klinik utk cek mata & telinga dia + aku cek mata. Doc ckp mmg aku sakit mata & i got MC... Mata Hadif masa tu pun x teruk dah.. Mula2 dulu ingatkan mata dia bengkak sbb panas demam tu sbb belah kiri je bengkak. Masa jumpa doc sblm tu pun doc xde cakap apa2 pasal mata dia. Hadif dpt antibiotik sbb infection telinga n nak bg cepat recover flu, cough & fever...

Alhamdulillah, again aku panjatkan kesyukuran pd Mu ya Allah sbb Hadif dah semakin sihat. Kalo sblm ni dia x nak makan, skrg dah makan... Pastu mata dah x bengkak, telinga lak dah makin keriing, xde sgt lendir tu. Aku sanggup dijangkiti segala sakit Hadif asalkan Hadif sihat kembali. Biarpun mata aku bertambah merah, pedih... Badan lak semakin lesu, rasa seram sejuk, tp aku hepi... Bkn hepi sbb dpt cuti tp hepi bila tgk Hadif dah blh main2, makan & senyum kembali. Ye le, masa dia demam tu melepek aje kena dukung, sampaikan sepanjang aku cuti tu mmg tgk tv ke makan ke sume kena berdiri, dia nak dukung aje..

Apa2 pun, syukur alhamdulillah...

Sunday, 24 March 2013

- Demam -

Ya Allah, Kau sembuhkanlah demam anakku ini & sembuhkanlah jg kesakitan ibuku.., Dah 3 hari Hadif demam. Sayu hati ni... Mak pulak demam + masalah slip disc. It's getting worse sbb kat Kashmir tu sejuk, ada snow... Tulang bengkak jadinya...

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yg baik buat insan2 kesayanganku ini. Amin...

Wednesday, 20 March 2013

- Unprivate -

Assalamualaikum w.b.t.

Aku baru aje tukar setting jadikan blog ni open to all... Bukan per, ada yg asyik dok bertanya nape aku private kan blog ni. isk isk isk... Ingatkan xde le yg nak membacanya kannn... hahaha... Ni aku test unprivate dulu. If in the future aku perlu private kan semula, sori le ekk... Ape2 hal aku akan inform kengkawan semula. 

Enjoy read my blog guys...

- Setelah 4 bulan berlalu -

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar x sedar dah 4 bulan aku kat PKK ni. Alhamdulillah, new environment, new boss, new subordinates, new le semuanya... hahaha. Semangat pun baru. Yup, ada baiknya bila kite bertukar Jabatan, xde le ngadap mende yg sama je kan.

So far, aku suka le dok kat sini. Staf pun baik2 aje. X tau le kat depan aku aje or kat blkg lain... So, bersangka baik, mmg diorg bagus2. hahaha... Mgkn age lbh kurang aku aje, so sempoi sket le. Xtau nak bercerita panjang, tp client kat sini sama je cam kat opis lama, KONTRAKTOR... Cuma, kalo dulu diorg dtg nak bertanyakan pasal projek, la ni pasal taraf Bumiputera... Macam2 le karenahnya kannnn...

Kat opis ni setiap 2 minggu akan diaakan bacaan Yassin, which is setiap unit akan bergilir2 jadi tuan umah. PKK ni dikira Jabatan le, so setiap unit tu ramai le gak. Cam unit aku ni ada 20 org strength nyer... Dgn erti kata lain kat bawah aku ni ada 19 org yg nak kena handle, x termasuk perjawatan yg masih kosong...

Apa lg? Dok kat sini buatkan aku lbh confident kot. Mgkn sbb dulu aku hanya PSU, mmg very depending on my KPSU. Skrg aku sendiri yg dah jadi KPP / KPSU, so decision sume kena buat sendiri. Yup, aku mmg akan ingat pesanan che Dan bahawa aku kena buat keputusan dgn yakin tetapi kena pastikan selagi ia tidak bercanggah dgn peraturan le kannn... Lg satu kat sini, KPP mmg kena chair miting, bagi taklimat n ucapan perasmian. So, nak x nak secara x langsung, dapat le biasakan diri untuk pengucapan awam... hahaha...

K le, len kali sambung cite k...

Tuesday, 12 March 2013

- aeiou -

AEI
AEI
AEIOU

A bunyi Ayam
Kok kok kok

E panggil Emak
Emak

I Ikan berenang di dalam kolam

O Otak yang bijak

U Ular membelit....

***antara lagu peberet hasya skrg ni***

Sunday, 10 March 2013

- Rama-rama -

"Dari ulat jadi kepompong
Tidur lena dlm kelongsong
Tiba masa kepompong pecah
Pom!
Jadilah rama-rama yang indah"

Mama, pom tu maksudnya me-le-tup...
So sweet le hasya ni nyanyi n explain kat mama...

Sambungan lagu...

"Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama"

Baru pas nyanyi semula dgn hasya td.. 8 Jun 2014...


Saturday, 9 March 2013

- Ayah & Emak -

Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah x coret cite kat sini. Erm, pg td ikut le anta mak ke KLIA, mak nak ke Kashmir... Mak ikut rombongan Klasik Nasional, RTM. Mak pegi sorg aje & hope mak sihat, enjoy & selamat di sana.

Lama jg aku x balik kpg rupa2 nya. So, bila jmpa mak ayah, baru le aku terperasan yg usia mereka makin bertambah. Bila aku pandang mak, pandang ayah, sayu aje hati. Byk kedut2 di muka, uban semakin banyak.. Kesihatan pun sperti dulu.

Mak sprti biasa le masalah tulang.. Aku ingatkan pasal mak x minum susu rupa2nya slip disc kesan accident dulu2, byk kali jg terlibat accident. Sket sebanyak pasal x minum susu pun beri kesan. Skrg mak amik supplement kalsium + perlu pegi fisio. Umur mak tahun ni 57... Mak masih nampak sihat tp hanya Allah yg tahu keadaan mak sebenarnya. Mak mmg x suka tunjuk yg mak sakit.

Ayah pula dulu kan suspek diabetes. Erm, paras gula mmg dah agak tinggi skrg. Ayah kena control makan & minum yg manis. Badan ayah pun aku tgk dah susut, x sekuat dulu. Ayah tahun ni umur 60thn... Sedih bila aku kenangkan. Saat aku coretkan ni pun, tetiba je leh lak air mata aku mengalir.

Mak ayah, hani minta maaf sbb tanpa sedar mgkn hani telah abaikan mak & ayah. Hani sayang mak ayah. Siapalah hani ni tanpa mak & ayah, org yg paling kuat sokong apa jua yg hani lakukan dr dulu sampai skrg... Mak ayah le insan yg paling faham diri hani. Maafkan hani mak, maafkan hani ayah...

*****sedih tetiba*****

Monday, 18 February 2013

- Lamanyaaaaa -

Assalam...

Lame bebenor ropenyer teman x berblog... Udah bersawang sana sini. Kalo dulu le, semedang aje nak ngadap blog. Dok kat opis baru ni idok le bz mane tp sbb internet slow, maleh le jadik nyer... Uiks, rindu le nak berblog balik. Hehehe.

Tp, teman idok le ader follower cam org lain tu. Teman nyer blog biase2 aje... Nanti teman carikan idea camne nak bg menarik tertarik ko mmg debom. Hahaha.