Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah & kurniaNya, majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kelab Sukan & Kebajikan BPKU, KKR berjalan dgn lancar dan jayanya pd 14 Ogos 2015... Konsep kali ni mmg buat potluck.. Wajibkan semua cawangan negeri bawa menu yg dah ditetapkan.. So mmg pelbagai le makanan yg ada. Bak kata one of our staf, mcm kenduri kawen lak.. Kiranya majlis kami tu as penutup jamuan hari raya under KKR.
Menu smlm yg disediakan oleh HQ: mee kari, soto, kambing 5 ekor, aneka jenis dessert, cendol, pisang & cempedak goreng, rendang... (Ada lg tp aku lupa lak)...
Perlis: dodol & aneka jenis mangga...
Kedah: bahulu, kuih karas, apam balik... Penang: pelbagai jenis jeruk...
Perak: pulut durian & aneka jenis jambu...
Selangor: sate 3,000 cucuk...
Wilayah: roti jala & kuah kari...
Melaka: lemang...
N.9: rendang...
Johor: nasi beriyani gam, abc, Otak2...
Pahang: puding raja, murtabak makasar...
Terengganu: durian, rambutan, manggis...
Kelantan: ketupat palas, serunding, keropok lekor...
Sarawak: kek lapis...
Sabah: popia...
Setiap jenis menu disediakan utk anggaran 100-300 org... Jemputan kami sekitar 500 aje le sb kami jemputan opis jiran2 n jabatan2 lain.. Yg best nyer TKPPA pun ada dtg gak..
Apa2 pun aku tgk my boss senyum lebar sampai telinga.. Dia hepi sgt.. Makanan mmg byk, siap blh tapau lg... Dia x nak jadi mcm ada beberapa jamuan hari raya tempat lain yg x cukup makanan, sbb tu kami cuba buat yg terbaik. Persembahan lak "dondang syg" yg dibawa khas dr Melaka. Slps jam 5 baru le start karaoke.. Oh ye, selain jamuan raya sebenarnya ada jg sambutan hari jadi, hadiah perpisahan, hadiah hiasan pejabat tercantik (tema raya)...
Mmmm, yg pasti mmg hepi... As Pengerusi Kelab rasa hepi atas komitmen yg diberikan oleh semua AJK. Mmg penat & rungsing pd mulanya tp bila majlis berjaya, hepi sgt.. Thanks uols semua... Tp kan, next year jgn pilih sy jadi pengerusi kelab lg ye... Penat... Hahaha...