Dukacita dimaklumkan bahawa ibu mertua sy telah kembali ke Rahmatullah pd 18/2/2017 @1905 di Bilik 2, Wad ICu, Hospital Putrajaya. Seminggu arwah berjuang di bilik ICU, dan sesungguhnya Allah lbh menyanyanginya. Tenanglah dan damailah mak di sana.
Buat pertama kalinya, aku membantu bersama² mandikan jenazah. Sayu hati... hiba... terima kasih mak sb mengandung, melahir, membesarkan dan mendidik Ap menjadi anak, suami dan papa yg baik. Semoga kak ida, kak ita dan kanda tabah menghadapinya. Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya... alhamdulillah, semuanya lancar. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islan Desa Saujana, Sg Merab. Dekat dan segerakan urusan, semua sepakat x bawa balik ke Taiping. Alhamdulillah...
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa² ibu mertuaku, Kau tempatkanlah dia bersama para solehin... Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami yg masih diberi nafas di dunia ini ke jalan yg diredhaiMu... Aameen...