Saturday, 27 February 2021

...

Dah 2 hari sakit kepala menyerang. Benda biasa setiap bulan. Migrain? Entahlah sebab tak pernah check pun. Tapi sakit sebelah kiri kepala sahaja. Makan activfast pun sama saja. Kalaulah boleh hantukkan kepala ni hahaha.. Mungkin juga cuaca panas, mungkin juga perubahan hormon. Doa yang baik2 sahaja. Semoga kesakitan ini sebagai penghapus dosa2 kecik dan semestinya tanda Allah sayangkan aku.

Wednesday, 24 February 2021

Kembali mencoret...

Hari ini setelah sekian lama tidak menulis, aku kembali lagi. Sekadar mencoretkan sesuatu yang entah apa2. Tahun lepas dan tahun ini adalah tahun yang sungguh mencabar. Penat dengan cabaran COVID-19, uruskan anak2 dan segala macam assignment. Masih bersisa beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku menamatkan pengajian. Doakan yang terbaik untukku. Semoga aku terus kuat untuk diri ini semestinya dan keluarga. 

Result exam? Alhamdulillah, masih berjaya mengekalkan sepertimana yang sepatutnya cuma sedikit tergelincir sem lepas hahaha.

Sem 1: GPA: 3.938, CGPA: 3.938

Sem 2: GPA: 4.000, CGPA: 3.964

Sem 3: GPA; 4.000, CGPA: 3.975

Sem 4: 3.833, CGPA: 3.942

Doakan sem 5 ni aku berjaya baiki semula CGPA aku tu. Memang ada rakan yang berkata apalah sangat GPA/CGPA, bukan ada tulis dalam sijil master tu. Tapi bagi aku, ia hanya untuk kepuasan aku sendiri. Supaya aku dapat berikan contoh yang baik untuk anak2 aku sekurang2nya. Doakan ya. Semoga Allah berikan balasan terbaik untuk rakan2 jua.