Thursday, 26 December 2024

Bicara 3

Teruskan memendam rasa, andai itu yang terbaik untuk semua
Teruskan kurang berbicara, andai itu tidak membuat orang terasa
Teruskan apa yang kau rasa terbaik
Terbaik bagi kau belum tentu terbaik bagi si dia
Begitu juga sebaliknya
Pasrah…

Aku tak tahu bicara bagaimanakah yang mampu menjernihkan keadaan,
Aku tak tahu bicara bagaimanakah yang mampu membuat kau tersenyum,
Kerna setiap bait bicaraku hanya menambah luka dan lara di hatimu
Entahlah…

-aku dan sesuatu-

Bicara 2

Jika sang suria bisa berbicara, pasti ia bersinar terang
Jika bayu bisa berbicara, pasti ia menghembus lembut
Jika kita bisa berbicara, adakah bait madah nan indah atau bisa menambah hati yang lara?

Lalu, pantaskah kita untuk terus berbicara?

-aku dan sesuatu-

Sakit

Pedih
Sakit
Madah bicara lebih tajam daripada mata pedang
Madah bicara juga bisa disalah ertikan
Lalu, teruskan berdiam diri
Itu yang terbaik untuk semua
Percayalah
Tanpa sedar kau menyakitinya 
Dan dia juga akan terus menyakiti kau

-aku dan sesuatu-

Wednesday, 25 December 2024

Jika…

Jika aku mampu berpuisi, pasti kulagukan untukmu…
Jika aku mampu bermadah pujangga, pasti aku berbicara denganmu…
Jika aku mampu berkasih sayang, pasti kurindukanmu…

Tapi, semuanya hanya jika…
Adakah dikau juga begitu?

-aku dan sesuatu-

Sepi

Tiada madah pujangga
Tiada gurindam rasa
Tiada bait bicara
Tiada nada dalam berlagu

Sepi…

-aku dan sesuatu-

Rindu

Duhai bayu
Bawalah rasa rindu ini jauh daripadaku
Biar tiada apa yang tersisa di situ…

Duhai hati
Usah ditangisi apa yang telah pergi
Biar mati rasa ini…

-aku dan sesuatu-

Bicara…

Berbicara…
Tetapi, hati terasa pedihnya
Ya, bukan aku seorang saja yang tersakiti
Tapi, mengapa perlu terus menyakiti…

Jika bulan bisa berbicara
Pasti ia memancarkan cahaya
Jika bintang bisa berbicara
Pasti ia bersinar terang
Jika kita terus berbicara?

-aku dan sesuatu-

Berdamailah dengan takdir

Adakah sukar untuk difahami dan memahami?
Adakah sukar untuk dimengertikan?
Adakah sukar untuk bertoleransi?
Adakah sukar untuk bersangka baik?
Adakah sukar untuk mengungkapkan madah yang sopan?
Adakah sukar untuk menjaga hati?
Adakah sukar untuk menjadi lebih baik?

Berdamailah dengan takdir.

-aku dan sesuatu-

Friday, 18 October 2024

Aku penat!

Aku penat
Penat penat penat sgt²!

Apa yang dilihat tidak menggambarkan segala²nya
Adakah yang tidak dapat dilihat tidak boleh dipercayai?
Adakah yang tidak dilihat boleh dianggap tidak wujud?
Nah, 
Kenapa udara yang tidak dilihat itu kita yakini wujud?
Begitulah kisah aku ni…

Sukar untuk menjelaskannya jika memang telah butakan mata, butakan hati dan pekakkan telinga.

Maka, berdiam dirilah jalan yang terbaik.
Aku penat!

Sunday, 6 October 2024

Terus kuat

Terlalu banyak yang aku perlu fikirkan sampai terasa sesak di fikiran. 
Terlalu banyak yang diasak drpd pelbagai sudut sampai terasa beratnya bebanan.
Tiada yang akan cuba faham kau Hani kecuali Allah.
Orang menilai drpd pandangan mereka, sisi yg mereka nampak. Ya, aku terima.
Tapi, sisi yg tersorok jauh, tak siapa yg tahu mahupun peduli. Biarkan Hani…

Kau perlu terus kuat biarpun di saat orang pergi meninggalkan kau. 

Sunday, 21 July 2024

BENCI!!!

Aku BENCI dengan sikap kau
Aku BENCI dengan kesombongan kau
Aku BENCI dan BENCI!!!

Monday, 24 June 2024

Cukuplah...

Sakitnya yang aku rasai
Pedih menikam ke hati
Terus dipermainkan diri ini
Entah sampai bila akan terus sebegini...

Aku tak bisa untuk terus bertahan
Apatah lagi mahu melawan...

Izinkan aku melangkah pergi
Aku sanggup mengundur diri...

Cukuplah...

- aku & sesuatu - 

Friday, 14 June 2024

Tanda tanya

Rasa kosong je...
Entahlah, mungkin jasad dan rohani ku sama penat...
Jiwa terasa hambar...

Tertanya-tanya apakah kesudahan kisah hidup ku ini
Terus dibelenggu persoalan demi persoalan ke?

Tanda tanya...

Thursday, 16 May 2024

Tenang

Tahun ni agak bertenang juga kehidupan Unit aku ni. Tak busy macam last year yang kejap2 perlu ke Sabah. Tahun ni langsung tak naik flight lagi hahahaha...

So far, program semuanya di Semenanjung dan masa pun tak padat. Masih bisa disusun dengan baik. Tahap penat dan stress tahun ni memang agak rendah le hahaha. Ada masa ke gym sahaja le. Perlu jaga kesihatan diri, umur makin meningkat... 

Next week, ada Program SDSI di Ipoh dan terus bersambung dengan penganjuran seminar di Melaka. Selang sehari pula ada bengkel dasar. Tu je le padat sikit tapi manageable, insya-Allah.

Semoga sentiasa tenang dan dipermudahkan semuanya.

Tuesday, 23 April 2024

Kecewa

Kecewa
Dan terus kecewa…

Hilang segala rasa percaya
Hilang segala pengharapan…

Cukup Hani!

Thursday, 18 April 2024

Hati-hati

Siapa kawan siapa lawan?
Musuh dalam selimut?
Gunting dalam lipatan?
Hati-hati...

Dunia tipu-tipu ni ramai manusia yang memakai topeng
penuh dengan kepura-puraan
sampaikan kita sendiri sukar 
untuk menebak apa di dalam hati dan mindanya
akhirnya kita tertipu...

Aku masih sama seperti ini
cumanya, mungkin perlu lebih berhati-hati
dengan persekitaran dan kawan-kawan sekeliling
sebab aku tahu
ada yang menunggu untuk aku jatuh..

Sesungguhnya manusia penuh dengan hasad dengki
tapi jangan pernah terlupa
Allah sentiasa ada
doa orang yang teraniaya ni insya-Allah makbul
sama ada Allah makbulkan pada saat ini sepertimana yang kita mohon
atau Allah tangguhkan doa kita untuk dimakbulkan pada masa yang sesuai
atau Allah makbulkan/ tangguhkan dan berikan sesuatu yang lebih baik.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Monday, 15 April 2024

Akukah yang bermasalah?

Aku penat
Penat untuk memuaskan hati semua orang
Hati sendiri tak siapa peduli…

Aku letih
Letih mengadap karenah semua orang
Karenah sendiri tak terlayan…

Tak siapa peduli
Tak siapa fahami
Akukah yang bermasalah?

-aku & sesuatu-

Aku permisi

Sakitnya rasa
Sumpama ditikam² 
Lukanya tiada kelihatan
Tapi parutnya pasti berbekas di dalamnya…

Kau tega memperlakukan aku sebegini
Tiada belas dalam hatimu
Apatah lagi rasa cinta, kasih dan sayang
Pastinya tiada berharga padamu
Siapalah aku….

Aku pasti menunggu saat yang tepat untuk melangkah pergi
Jauh daripadamu
Yang langsung tidak menghargaiku…

Cukup apa yang telah aku lalui
Jangan menambahkan bara & luka di hati…

Aku permisi…

Noktah

Aku tak kuat
Tapi aku gagahkan hati dan diri
Takkan kutunjuk diri ini lemah lagi
Yang kau bisa pijak² semahumu…

Tiada lagi rasa sedih
Marah?
Entahlah… hilang semua rasa
Aku hanya mahu teruskan hidup ini
Walaupun terlalu hambar rasa hati

Benci?
Entahlah…
Aku sekadar penat
Penat dengan sikap hipokritmu itu…

Kau dengan cara hidup kau
Aku dengan cara hidup aku

Aku takkan ambil tahu lagi apa yang akan kau lakukan
Dan jangan kau sesekali masuk campur urusan hidupku lagi.

Fullstop!!!
Noktah!!!

Monday, 18 March 2024

Alhamdulillah

7 Ramadan, seminggu dah berpuasa...
Alhamdulillah semuanya ok.

Kak Intan pun dah selesai dan selamat operation thyriod. 
Alhamdulillah...
Berkesempatanlah temankannya di wad pada malam hari.
Merasalah bersahur sorang2 di cafe hospital. Hahaha...

Hasya pula berpuasa di asrama, senyap je anak dara tu.
Insya-Allah semuanya ok... Tahun ke-3 dah pun di asrama.

Hadif dah naik form 1...
Sekolah harian, tak minat nak ke asrama katanya.
Terima je le yang mana terbaik untuk anak-anak.

Hafiy dah jadi abang di sekolahnya...
Naik darjah 2 kan.

Alhamdulillah, semoga tahun ni dan ke hadapan jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ni.

Monday, 26 February 2024

Aku & kau

Aku?
Siapa aku?
Siapa aku padamu?
Tiada makna, mungkin…

Kau?
Siapa kau?
Siapa kau padaku?
Arjuna beta…

-aku & sesuatu-

Friday, 23 February 2024

Duhai angin

Duhai angin
Bawakan rasa rinduku kepadanya
Khabarkan kepadanya betapa aku amat merinduinya

Duhai angin
Seandainya masih tersisa rasa di hati
Khabarkan kepadanya betapa aku ingin sekali menemuinya

Sampaikan salam rinduku duhai angin…

- aku & sesuatu-

Duhai hati…

Duhai hati
Usahlah kau mengharap kepada yang tak pasti
Kelak, kau merana diri…

Duhai hati
Jika dengan melangkah pergi adalah terbaik baginya
Buatlah atas nama rasa cinta kau kepadanya
Agar dia tidak terus terseksa 
Dengan jiwa yang semakin hilang rasa…

- aku & sesuatu-

Lelah

Jiwaku terasa kosong
Hilang semua rasa
Aku tak bisa lagi hadapi semua ini
Terasa bagaikan masa terus terhenti
Aku penat
Lelah 
Dalam mengejar sesuatu yang tak pasti
Masihkah tersisa rasa itu di hati?

- aku & sesuatu-

Pasrah

Tika ini ku bersendirian
Meratapi nasib diri
Entah mengapa 
Hati dirundung pilu
Ingin saja ku melangkah pergi
Jauh dari dunia ini
Jika itu yang terbaik
Aku pasrah ya Allah
Hanya Kau yang tahu apa yang aku lalui
Hanya Kau yang benar² tahu apa yang terjadi

- aku & sesuatu-

Maruah!

It’s not about ego.
It’s all about DIGNITY!

Biarpun maruah berulang kali dipijak², bangkitlah untuk pertahankannya. Jalan terus!

- aku & sesuatu-

Thursday, 18 January 2024

Redha

Tika ini, aku duduk sendirian merenung masa hadapan.
Entah apa yang akan terjadi, aku tak pasti.
Kedaan sekarang mungkin tidak sepertimana yang dimahukan.
Tapi, takdir Allah, siapa aku untuk menafikannya.
Aku harus terus kuat untuk menghadapai segala badai yang akan tiba.

Untuk hari-hari yang mendatang, aku panjatkan doa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusanku, agamaku dan penghidupanku kelak. 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui sesuatu yang nyata mahupun tersembunyi. 

Aku redha...

- aku & sesuatu-

Monday, 15 January 2024

Monday Blues

Hari ni, mood stagnant je... 
Takde rasa happy, excited, marah mahupun sedih.
Rasa kosong je...
Monday blues barangkali. 

Cuma aku rasa penat bila berhadapan dengan manusia yg suka play victim, yg rasa dia je paling teraniaya di muka bumi ni tanpa dia sedar dia tengah menganiaya org sekelilingnya... Penat sgt.

Bertambah penat bilamana ada yang berpihak kepadanya.
Pasal aku, aku tak kisah sgt. 
Tapi aku kasihan team aku yg penat-lelah buat bermacam2 perkara tapi dia juga yang dijulang.
Paling tidak, jika tak nak berikan penghargaan, jangan dikutuk atau diburuk2kan sudahlah...

Takpelah, Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui. 
Hari ni dia aniaya kami, esok lusa kita tak tahu pula nasibnya kan.
Tak selamanya kita hidup menongkat langit.

Selamat Tahun Baru 2024

Selamat Tahun Baru 2024...

Tahun baru, azam baru?
Atau, azam lama yang dikitar semula?

Masih banyak perkara yang belum sempat aku sempurnakan pada tahun-tahun lalu.
Tahun ni bertambah lagi perkara yang perlu dilakukan.
Biar apapun halangan dan cabaran, harapnya dapat ditempuhi dengan tabah dan jayakan semuanya.

Harapnya juga tahun ni berjaya buatkan aku lebih gigih menulis di sini...😄