Monday, 1 September 2025

Saturday, 9 August 2025

Move on…

It’s a time to realise who u’re Hani. 
Move on for ur a good sake.

Don’t waste ur time for nothing!

Tuesday, 8 July 2025

Noda hitam

Semasa sekolah rendah aku hadir kursus. Fasi berikan kertas putih dan minta buat dot hitam 1 je kat kertas. Then, fasi tanya...

Fasi: awak nampak apa?

Aku: sy nampak titik hitam.

Fasi: betul tu je?

Aku: ya

Fasi: macam tu le hidup kita. Kita buat salah, org nampak macam titik hitam tu. Walaupun, banyak mana kebaikan kita buat, macam kertas putih tu, orang dah tak nampak.


Kesilapan yang pernah berlaku dalam hidup kita merupakan noda hitam yang tak mungkin bisa kita padam. Tapi, kita bisa kawal agar tidak semakin melarat.


Dan...

Apa sahaja pandangan dan tanggapan orang kat kita, kita takkan mampu kawal.

Biarkan..

Kita hanya mampu kawal diri kita sahaja. Istiqamah!


- aku & sesuatu - 

Thursday, 3 July 2025

Masih bertatih…

Jun telah berlalu
Julai telah hadirkan diri
Aku mulai membiasakan diri dengan suasana baru
Dunia yang sepi
Ya, tiada riuh rendah seperti di tempat lama
Sini dengan ketenangan
Tapi sedikit membosankan
Ada masa seharian aku langsung tidak berbicara
Tiada sesiapa di sini.
Entahlah…

Tugasan?
Masih bertatih untuk belajar 
Tapi sedikit sebanyak sedang cuba untuk melangkah dengan lebih pantas
Mana tahu jika suatu hari nanti mampu berlari

Setiap hari kutitipkan doa
Agar dipermudahkan semua urusan 
Doakan aku ya!

Thursday, 22 May 2025

Langit dan bumi

Penempatan baharu di Seksyen Rundingan Antarabangsa Perolehan Kerajaan, Bahagian Perolehan Kerajaan. Macam langit dgn bumi…

Dulu aku jaga orang kampung, kontraktor Bumiputera, penjaja dan peniaga kecil… skrg pergi level antarabangsa… phewwww tak tahu nak cakap apa. Cuma, aku akan ambil sebagai cabaran dan belajar sesuatu yang baharu. Aku yakin ini yang terbaik untuk aku yang Allah berikan.

Hani, cuba usahakan dalam masa 3 bulan untuk master dengan bidang tugas baharu ni. Chaiyok!

Saturday, 26 April 2025

Penempatan baharu…

Outstation ke INTURA.
Terjaga jam 1pg++…
Buka email.
Eh, ada email & surat penempatan baharu.
JPA email jam 11.52 malam.
Dapat M13 hakiki di MOF.
Mixed feeling sungguh.
Tido balik.
Jam 6.17 email drpd MOF suruh lapor diri sekian date dan tempat + kena isi form + email cv.

Smlm ada majlis raya pula. 
SUB, TKSU minta aku stay.
Aku serahkan kpd mereka.
Nak aku stay, usahakan le.
If tak, cukup masa aku akan gerak ke MOF.

Ya Allah.
Aku mohon kepada MU,
Berikan aku yg terbaik untukku, masa depanku, agamaku dan penghidupanku kelak.
Aku tak tahu mana yang terbaik untukku.
Jika itu yang terbaik, Kau permudahkan aku di sana. 
Jika itu bukan yang terbaik, Kau jauhkanlah ya Allah.
Aku serahkan segala²nya kepadaMu.

Aamiin…

Friday, 4 April 2025

Kecewa!

Raya ke-2… 1 April 2025…
Entah kenapa, instict semakin kuat.
Paksa diri usahakan sesuatu.
Ya, kebenaran terbongkar jua.
Sakit…
Tapi…
Marah? Tidak.
Sedih? Tidak.
Blank…

Raya ke-3 berlagak tenang mcm takde apa terjadi.
Ptg tu baru confront. Entahlah.
Dah takdir sebegini.

Raya ke-4, cuba open dalam handle situasi ni.
Bg peluang utk dia lepas bebas ikut naluri hatinya.

Raya ke-5, aku termanggu sendirian.
Tipu kalau tak sedih, 17 thn yg sia².
Menangis sendirian.
Sedih sebenarnya.
Aku kecewa!

- aku dan sesuatu - 

Monday, 10 March 2025

Tertipu lagi…

Sakitnya
Kecewanya
Semudah itu aku tertipu…

Betahkah lagi untuk aku terus mempercayaimu?
Tegarnya kau terus menipu aku.

Siapa keutamaan kau?
Ya, aku tertipu lagi dengan sikap hipokritmu…

Friday, 10 January 2025

Tamat

Adakah ini penamatnya?
Adakah ini yg dimahukan?

Semoga penamat dan pengakhiran yang baik.
Semoga penamat dan pengakhiran dengan redha Allah.
Biarpun dipandang serong, Allah ada.
Terus kuat supaya penamatnya yang indah belaka.

Tamat!

- aku & sesuatu - 

Thursday, 9 January 2025

Selamat Tahun Baru 2025

 Selamat Tahun Baru 2025

Apa azam tahun baru korang? Aku? Sama je.. 
Tak tahu apa azam aku hahahah. 

Tapi, selepas apa yang terjadi baru2 ni, aku berazam nak slow down pace Unit aku ni. 
Kerja terlebih perform lagi susah jadinya, semua kerja kena humban kena terima...
Syok lagi jadi mereka yang underperform (pura-pura pun mungkin gak), terus segala kerja tarik dan humban kat kita ni.

Lagi tak best, pabila kita ni seakan-akan overshadow lak bos atas ni.
So, buleh le... 
Buat takat KPI yang ada. Kerja yang bukan KPI, ad-hoc buat donno je le hahaha.

Penat!!!