Semasa sekolah rendah aku hadir kursus. Fasi berikan kertas putih dan minta buat dot hitam 1 je kat kertas. Then, fasi tanya...
Fasi: awak nampak apa?
Aku: sy nampak titik hitam.
Fasi: betul tu je?
Aku: ya
Fasi: macam tu le hidup kita. Kita buat salah, org nampak macam titik hitam tu. Walaupun, banyak mana kebaikan kita buat, macam kertas putih tu, orang dah tak nampak.
Kesilapan yang pernah berlaku dalam hidup kita merupakan noda hitam yang tak mungkin bisa kita padam. Tapi, kita bisa kawal agar tidak semakin melarat.
Dan...
Apa sahaja pandangan dan tanggapan orang kat kita, kita takkan mampu kawal.
Biarkan..
Kita hanya mampu kawal diri kita sahaja. Istiqamah!
- aku & sesuatu -