Thursday, 6 October 2011

-Happy 2nd Birthday My Lil' Hasya-

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat ulangtahun kelahiran yg ke-2 anak mama syg, Intan Haifa Hasya. Sekejap je dah 2thn. Terima kasih kerana membahagiakan mama dgn telatah hasya, kemanjaan hasya, nakal2 hasya tu... =)

Patut le pagi ni kul 5.15 dah bangun yek. Dah x sabar ke nak tggu jam 6.01 pagi. Ye le, 2th lalu, jam 5pg mama masuk OT dan 6.01 pg hasya dilahirkan. Skrg ni kita sama2 nantikan kelahiran baby baru pulak yek. Mama doakan semoga hasya membesar dgn sihat, cerdas, cergas, cerdik, bijak, sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan (sama mcm maksud nama hasya = sempurna) & menjadi anak yg solehah. Mama & papa saaaaayang hasya selalu.

Nota kaki: td gi anta kek, makanan & solivite + belon kat nursery hasya. X sempat nak packing masuk beg kecik2. X pe le, pandai2 le cikgu dia agihkan kat kawan2 hasya nanti. hehehe. Gambar kek pun x sempat nak snap.

Wednesday, 5 October 2011

-Ayah-

Assalamualaikum w.b.t.

Lewat malam tadi sekitar jam 2334, sms drpd mak masuk...
"Ayah kat hospital, sakit".
Trus reply sms dan tanya "sakit apa? Emergency masuk hospital ke? Bila masuk?"
Then, trus called mak tp dua2 no x dapat dihubungi. Trus le call my 1st sis, Kak Intan... Kak Intan kata mmg kalo kat Emergency mmg xde coverage. Katanya lg ayah buang air kecil x berhenti2. Last week mak ada beli ubat dr sensei (tabib cina) sbb biasa le ayah xnak ke spital. Katanya mgkn masalah buah pinggang. Ntah le....

Jam 2346, sms drpd mak masuk...
"Seminggu lebih kencing tak berhenti. Asal minum terus keluar, tak boleh tahan. Mak dah suruh pergi hospital, dia tak nak. Tadi dia gelap mata. Tu baru dia nak pergi. Baru ambil darah dan air kencing".
"Tak payah kelam kabut. Apa2 hal mak bagitau".
"Ok. Bukan apa, sbb hani pun tgh tunggu hari. Rasanya mcm x berani nak balik ipoh. So, apa2 hal tlg inform yek".
"Tak pe. Relax la".

So, trus menanti info drpd mak...

Jam 0058...
"Kencing manis"
Sms ni pun hanya terbaca jam 0403 sb dah tertido. Trus reply...
"Tahap yg teruk ke? Camne keadaan ayah?"
Tiada reply drpd mak.

Pagi ni cuba contact mak lg tp x dapat dihubungi. Mmmmm... Harap sgt ayah dalam keadaan stabil. Dalam family mmg xde yg kencing manis. Tp, mgkn Allah dah takdirkan camni. Cuma, mmg kena jaga betul2 makan minum ayah le. Riso jg sbb bila teringatkan hal ni sbb my MIL kan kencing manis jg.

Mak, ayah... Hani minta maaf le sbb x dapat balik ipoh buat masa ni. Harapnya mak, ayah faham keadaan hani skrg ni. Hani harap sgt ayah semakin sihat. Selama ni payah jg nak dengar mak ayah sakit. Bila skali mcm ni, riso pun ada. Nak pulak, sakit yg x bleh nak buat main2. Sakit yg mmg perlukan jagaan dan rawatan yg rapi. Cuma, mgkn masih di peringkat awal lg. So, sama2 le kita ikhtiarkan.. Doakan hanya yg terbaik buat ayah.

"Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yg baik buat ayahku. Jika ini ujian buatnya, Kau tambahkanlah pahala dan hapuskanlah dosa2nya. Amin..."

Update: dapat called mak tadi... katanya malam td dah balik umah. Kandungan gula tinggi, dah inject insulin. Dapat surat utk refer hospital semula utk pemeriksaan lanjut tp ayah lak x mo gi. isk isk isk... Camne ni.. Erm, ada x kemungkinan time check tu je gula tinggi tp sebenarnya xde sakit kencing manis? Sekadar bertanya, mana le tau kan... Nanti kena pujuk / slow talk jg dgn ayah suh gi spital.

Update lagi: sembang2 dgn ayah. Ayah kata doc cakap blum lg kencing manis... Masih di peringkat awal. So, perlu dikawal supaya x melarat. Ayah pun ok je nak gi spital utk pemeriksaan lanjut. Ok le tu. Alhamdulillah...

-PAC 48-

Assalamualaikum w.b.t.

Last friday pas miting kat KeTTHA, bertegur sapa le dgn member batch (miting sama2 tp dok jauh2), abg din. Abg din tanya bila aku due. Pas aku ckp 24 okt, trus dia ckp camne nanti. Camne apanya? PAC 48... Oooo... Nak buat camne, xde rezeki nak gi le... Katanya lg surat akan mula diedarkan start minggu ni. Ntah le.

Actually, mmg dah tau bulan Okt akan dibuat PAC. Cuma, biasa le senyap sunyi je smpi dah terlupa... So, saja le post pasal mende ni kat FB. Ramai jg yg membalas. Rupa2 nyer ramai jg senasib ngan aku, mak buyung or masih dlm tempoh cuti bersalin. Xpe le, ada gak geng gi lambat kan. hahah. Yg bz dgn mcm2 event pun ada. Ada jg yg mcm x puas hati sbb last minute notice. Bg aku, biasa le tu. Batch dulu2 pun last minute notice maaa. Kan kata PTD ni "Selangkah Kehadapan". So, kena ready le sentiasa walaupun mmg x ready kan. hahaha.

Tipu le kalo kata x terasa ketinggalan. Mmg le ralat x leh gi skali ngan kawan2. X dapat naik 48 sama2 ngan my batch 1/2006. Tp, apakan daya.... Mgkn blum rezeki nak naik lg, tp Allah tu Maha Kaya. Allah berikan aku rezeki cahayamata yg x ternilai harganya. Rezeki jg namanya tu. So, kena le sentiasa bersyukur kan. Aku tau rata2 member aku bukan le beriya sgt nak naik pangkat, tp keterujaan tu sbb memikirkan "GAJI". hahaha. Masing2 skrg ni dah beli umah. Masing2 dah start & bakal kena potong duit umah. Masing2 dah terasa sesak napas. So, kalo dapat naik 48, leh jg menarik nafas lega. Kalo memangku pun dah kira bagus, lepas le nak buat bayar duit umah. Cuma, kalo x leh gi skrg, next nyer bila yek? Mmmmm....

Thursday, 29 September 2011

-Merepek lagi-

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni mood agak swing swing sket. Ntah le nape. Mgkn x sabar dah nak bercuti panjang kot. 3 bulan, yeaaaay... Hehehe. Seronok je buat keje cuma sampai 1 tahap tu, terasa penat. Isk isk isk... Apa le nak jadi ni. Keje xleh malas. X baik makan gaji buta. ;)

Hari ni kanda cuti sbb tlg anta my car pi servis. Sian kanda dr pagi sampai ke petang baru siap. Kira major servis gak tu... Walaupun baru 40k++ tp almost 3 years kan. Kanda kata kena charge RM501.50. Mak aih, rabak poket teman nak membayor balik kat kanda. Adui... Slalunya x sampai RM200 kena charge. Adat le kan kalo pakai kete. Maybe next week, kanda nak cuti lg utk anta kete dia lak pi servis. Mmmm, tu pun bergantung kalo2 aku x meletup lg kan. hehehe. Sat gi kanda dtg amik pas opis hour dgn my car yg dah siap servis + cuci... Cantek berseri2 le gamaknya setelah sekian lama x cuci. X sabar nak balik. =D

-Maaf-

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf le kalo entry aku buat korang bosan. Maaf jg kalo entry aku buat korang terasa hati or marah. Maaf le sbb aku x penah paksa korang baca blog aku. I never put a gun on ur head. So, kalo ada sapa2 x suka dgn apa aku tulis, sila blah dr baca blog aku yek.

Erm, sesi merepek di petang hari le ni. Mmmm... Kadang2 kita sukar nak menilai sesorang tu kan dgn hanya memandang luaran. That's y le ada kata2 "don't judge a book by it's cover"... Sbb kadang2 ada yg hipokrit, berpura2 je di hadapan kita. Bak lagu Razak Ahmad kalo x silap aku "di depan kita, sungguh mesra, di belakang kita dia mengumpat fitnah"... Bukan le semua, tp mmg ada segelintir di antara kita yg sebegitu. Kita xkan sedar perkara tu sehingga le keadaan tu berlaku betul2 tang batang hidung kita baru le kita perasan sapa kawan sapa lawan. Tp, kalo bleh, jgn lah dibuat lawan. Berkawan biar 1000, lawan xyah ada lgsg. Lantak le kalo org nak jadikan kita musuh or lawan depa. Yg penting selagi kita mampu tuturkan kata2 maaf bg apa2 yg kita dah buat salah, pohon saja kemaafan. Tp, kalo org buat salah kat kita sampai la ni x minta maaf? Maafkan je le... Lagikan Nabi ampunkan umat, inikan pulak kita manusia biasa. Allah pun ampunkan hamba2Nya yg bertaubat, jadi sapa le kita ni, hanya insan kerdil sahaja. Tp, aku akui betapa ramai yg ego untuk mengeluarkan kata2 maaf mahupun memaafkan orang lain. Susah nak paksa org utk bermaafan. Yg sering org buat pun maaf masa raya je, tu pun xtau sejauh mana keikhlasannya. Wallahu a'lam... Bila sebut bab berkawan ni, jgn le sekali2 kita memutuskan silaturrahim. Biarpun dgn org yg nak bermusuh dgn kita, tegur je le, senyum je le, buat macam biasa, xde apa2.. lama2 kang malu sendiri le depa tu. Kalo x pun, part kita dah lepas, tu part dia pulak le.

Mmmmm... Banyak nak dimerepekkan. Tp, ntah le. Macam2 yg berlegar2 dalam fikiran. Tp, x semua mampu diluahkan. Bimbang jg disalah ertikan. Kadang2 kita sampaikan A, org faham B, pastu dok pas citer kat org lain dah jadi C. Susah jg kan. Maaf le skali lg kalo tetiba aku dok luahkan sebegini. mmg le dosa masing2 tanggung, kubur sendiri2. Tp, x salah kalo nak ingatkan diri sendiri & kawan2 kan?... Maaf skali lagi...

Tuesday, 27 September 2011

-Appointment & FPP-

Assalamualaikum w.b.t.

Pagi td baru je settle jumpa doc pakar. Alhamdulillah, sume ok & akan cuba utk bersalin normal. baby kali ni kecik sket banding Hasya, tp kalo lambat lg bersalin, x mustahil lbh besar or sama besar le kan. X kisah le, janji baby sihat, anggaran 2.8kg kira ok le tu. Org kata senang sket nak bersalin. (^_^)

Oh ye, pastu kanda tanya lg pasal FPP, nak amik ke x... Rasa cam serba salah lak. Sbb bila pk nak masuk umah, rasa berat hati lak sbb tau banyak nak pakai duit. Tp bila dok terfikir kang masa nak bersalin xde katil, kena reject dr spital, lg sakit hati... Ntah le. Terpulang le kpd kanda... At last, kanda ajak pi daftar gak sbb dia kata kang kalo kang kena reject dia jg yg panas hati & silap hari bulan gaduh je kat situ. So, lbh baik pi amik je FPP. Walaupun spital x dapat nak jamin bg wad eksekutif, at least, tetap dapat masuk wad le. Memandangkan aku dah 36 weeks 2 days & ada previous c-section, nurse trus contact doc pakar which is Dr Hazim utk trus dapatkan appointment. Doc pompuan sume dah fully booked, tinggal Dr Hazim & Dr Azmi je... Doc pompuan sanggup amik setakat sapa2 32 weeks je. Esok appointment dgn Dr Hazim kul 1 ptg. If sume ok, esok baru register utk FPP. Permulaan bayar RM110 (RM10 pendaftaran & RM100 perundingan). Utk yg akan dtg nyer appointment akan charge RM60 / appointment. Yg deposit RM3k tu bila dah nak bersalin nanti. Harap sgt leh bersalin normal le. Nak rasai sndiri pengalaman sakit bersalin tu + kurang sket cost nak membayar nanti. hehehe.

Sha pun nak daftar FPP. Td pas dia check up kat KKPj, dia trus ke spital. Sbb dia dah 38 weeks, trus kena jmpa doc pakar hari ni. Dia gtau yg nurse kata dah lambat sgt dia datang, riso terbersalin lak kang. Patut dalam 30 weeks tu elok le dah pi register. Mana le kami tau kan bila masa yg sesuai. X pe, next time kami akan lbh beringat le kan. Semoga sume nyer selamat le Sha. Apa2 nanti gtau k.

Thursday, 15 September 2011

-Last Day-

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni last day kitorg kat bangunan D9, Kompleks D... Esok dah cuti. So, Isnin ni dah start bekerja di opis baru kat Lot.4G8, No.47, Persiaran Perdana... Masih lg di Putrajaya, cuma suasana pepagi nak gi keje mgkn lain sket kot. Xde dah fast lane kat roundabout tu lg kan..

Selamat tinggal opis lamaku ini dan selamat berjumpa opis baruku... =)

Wednesday, 14 September 2011

-Hampir selesai mengemas-

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni 3 kotak besar aku dah diangkut mover kuar dr Bhgn ni... So far masih belum diangkat ke opis baru le, berlonggok lg kat depan sana tu. Tp, aku sndiri dah angkat 2 kotak barang (kotak A4..kecik senang angkat) ke opis baru...Thanks Yati sbb sudi tumpangkan kete & angkat kotak td... Ada sket lg barang tp esok akan clear sume nyer sbb esok pc akan ditutup dan diangkut ke opis baru. So, baru le aku akan stop keje aku kan. Sehingga kini, aku baru je siapkan laporan prestasi dan maklum balas utk miting Isnin ni... Kena siapakn jg sbb esok pc dah tutup, lusa till ahad kan cuti. Pagi Isnin lak sume sebok ber'open house' kat KKLW ni & miting tu petang. My big boss minitkan utk aku yg hadir miting ni tp masalahnya aku perlu hadir 1 lg miting kat KeTTHA. So, nampaknya terpaksa le aku cari pengganti. Sape ekk bakal mangsa aku kali ni? hehehe...Don't worry, report & maklum balas sume dah settle, tinggal nak bawa pi miting je. =)

Apa lg ekk? Excited nak pindah tp cam sedey le jg nak tinggalkan bangunan opis skrg. Ye le, 1st posting dlm servis kat bangunan ni kan... Walaupun dah tukar2 Bhgn, tp tetap dlm bangunan yg sama. Xpe le, in the future mana le tau kot2 kena pi ministry lain lak kan. Ok le, chow dulu.... (^_^)

Monday, 12 September 2011

-8 bln setengah daaa-

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni genap aku preggy 8 bln setengah (34 weeks). Jap je rasa... Ada a few weeks lg b4 deliver. Kalo ikutkan EDD mmg le 24 Okt tp xtau lak kalo mcm hasya dulu kan, kuar awal 2 weeks ++ dr EDD... Mmmm... So far, bila check up sume ok. Gula, urine sume normal. HB pun ok, 12.8... Berat baru ni naik smpai 2.8kg... giler ar... 62.6kg... Masa bulan posa hari tu berat turun, dah raya naik le pulak. Ni kes banyak melantak le ni, bukan makan lg dah ni. hahaha... Check up dgn nurse kejap je dlm setengah jam... Tp sbb nak amik surat refer spital (utk check caeser scar), terpaksa le tggu nak jmpa doc, punya le lama smpi 1jam. pas abis check up, as usual masuk le opis balik.

Check up kat KKPj hari Selasa (6/9/2011), pi spital hari Jumaat (9/9/2011)... Mmg dah agak xkan bleh jmpa doc pakar nyer sbb kalo baru datang hanya tunggu semata2 nak dapatkan tarikh appointment je... So, tggu je le kan.. Skali dapat tarikh 27/9/2011..Masa tu dah 36 weeks. Aduhai, baik xyah tulis kat buku check up "refer at hospital at 34 weeks" kan. X kisah le, janji sume ok dan selamat. Cuma berharap jgn le jadi mcm preggy thn 2009 dulu, appointment dgn doc pakar pada 6/10/2009 jam 9.00 pagi tp air ketuban dah pecah 6/10/2009 jam 12.15 pagi, masuk OT jam 5 pg dan Hasya kuar jam 6.01 pagi. X sempat pun nak jmpa doc pakar. Sebab? Biasa le, appointment lambat sgt. Mmmmm... Tu pun mujur le kanda berkeras utk aku bersalin kat spital ptjaya instead of kena pi spital kajang. Sebab? mcm biasa le, katil penuh. Kali ni kalo le doc leh booking kan katil trus lbh baik. Tp, if x, nak ke amik FPP? Mmg le org cakap bersalin sama je sakitnya. Tp, cara rawatan dan layanan yg baik akan buatkan kita lbh tenang dan seakan2 kurang sakitnya. Kalo x, xde le ramai org penah ckp "dah le mmg sakit, dok layan mcm tu, leh tenat trus jadinya"... Korang faham ke? Mmmm, based on experienced aku le kan. Dah le tgh sakit2, malam2 x leh tido sbb minah depan katil wat hal tetengah malam buta yg kononnya xnak manjakan anak yg umur baru 1 hari (kes malas nak amik menyusukan anak), anak nangis x henti2 + bleeding... Sbb lain bila dok pk pasal kes jahit yg salah 1 kwn kat ministry ni penah alami yg kena jahit & buka smpi 3x (bersalin normal), mau x azab yg dirasakan... Sb kalo FPP, doc pakar tu sndiri yg jahit dan rawat kita. Sedangkan kalo biasanya, hanya nurse je pun. Kalo doc yg jahitkan bagus le n mujur jg kalo nurse berpengalamn yg jahit. Kalo kena yg baru practical, baru nak blaja menjahit, ingat ni kelas jahitan ke pun?... isk isk isk. Tp, sbb nak pndah umah lg, isk, banyak faktor nak kena fikir. Kewangan le yg paling utama kan...

Lain2 yg aku rasakan skrg? Kalo 1st preggy dulu, rasa badan kuat je lg.. Cuma kaki je bengkak smpi nurse yg check aku dulu penah cakap "kaki awak ni dah mcm kaki untut je".. Sabor je le. Skrg ni kaki x bengkak, tp area pinggul mmg rasa sakit, bukan lenguh lg dah. Kalo dr baring nak mengiring mmg tuhan je le tau camne sakitnya. Kalo dah duduk lama sgt or baring, nak bangun lak mmg sgt bermasalah. Takes time gak le nak bangun n jalan cam biasa. Tp, bagi aku dugaan sume tu. Tiap kali preggy org kata pengalaman berbeza2. Camne pun tetap bersyukur yg aku xde alahan mcm org lain. Baby dlm perut lak mmg aktif bergerak2.. hasya dulu aktif jg tp mgkn sb songsang, xde le rasa tersangat aktif mcm baby ni. Apa2 pun, aku doa sgt baby ni sihat dan selamat. Biar kesakitan tu aku je rasa. Yup, nasihat nurse hari tu ada betulnya, pengorbanan kita sebagai ibu dalam menanggung kesakitan semasa mengandung dan bersalin hanya untuk memastikan anak kita sihat dan selamat. Anggap je sakit2 tu perkara biasa, dugaan or apa2 je le..

Ok le, banyak betul lak aku bebel hari ni. Oh ye, bab raya nanti2 je le aku update ekk. hehehe...

Wednesday, 7 September 2011

-Mood?-

Assalamualaikum w.b.t.

Masih dalam mood raya ke kawan2? Aku? Ntah le.. Nak kata mood raya x juga.. Hari 1st masuk opis (isnin) dah pulun siapkan paper. Semangat le konon. Tp, masuk hari ke-2, semangat yang hilang. heheheh. Tp bukan sbb mood raya tau... Mood nak pindah opis. Yeaaaay!!! Barang2 pun dah 70% kot masuk kotak, cuma x seal je lg. Riso kang tetiba nak guna ke... Tggu Isnin depan baru nak seal sbb Selasa & Rabu mmg hari utk pembungkusan dan Khamis tu utk pindah opis. So, Jumaat nanti bekerja di opis baru... ;)

Ops, utk kwn2 yg xtau... Aku bukannya tukar ministry ke apa... Masih same ministry & department, cuma pindah bangunan baru... Our own ministry building, ye le, slame ni kami menumpang je kat bangunan orang lain... ;)

Gambar akan diupload kendian ekk... Tggu mood "rajin" muncul.