Thursday, 26 January 2012

-Hasya in her school uniform-

Assalamualaikum wb.t.

Hari ni 1st time Hasya pakai uniform skolah dia. Uniform ni dapat since last week lg tp sbb last week Hasya MC coz demam, x merasa le nak pakai. Uniform ni pakai setiap hari Isnin, Selasa & Khamis. Rabu pakai baju sukan (kaler camni gak). Jumaat lak kena pakai baju kurung. Ye le, Hasya tahun ni kan dah masuk playschool. Buku je sampai 12 buah, penat le aku dok membalutnya dr kul 12 tgh mlm smpi ke kul 2 pg masa tu. Jenuh dok balut sorang2, skill lak dah xde, tu yg lambat smpi 2 jam. heheheh... Mama doakan agar hasya dapat belajar dgn hati yg terang, mudah faham pelajaran dan menjadi insan yg cerdas & cergas. Nanti tlg2 le jaga Hadif kat school ye syg.  ^_^



Wednesday, 25 January 2012

-My 1st day-

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni 1st day aku masuk opis after 3 months maternity leaves. Alhamdulillah, dapat kembali bertugas dalam keadaan yg sihat. Cuma, biasa le dah nama pun 1st day, dok baca fail je le dulu. 3 bulan punya citer / keje aku xtau. Mood masih swing2...

Petang ni nak kena bawa Hadif check up 3 bulan. Timbang berat & cucuk. Nanti as usual aku akan update le. So far kalo aku tgk perkembangan Hadif ngan Hasya, dr segi fizikal mmg Hadif lbh berat & besar. Dr segi yg lain masih dlm permerhatian aku lg. Semoga Hadif & Hasya membesar dgn sihat dan pintar.

Update:

Lahir - Hasya: 3.08kg / Hadif: 3.09kg
1 bln - Hasya: 4kg / Hadif: 4.4kg
2 bln - Hasya: 4.8kg / Hadif: 5.24kg
3 bln - Hasya: 5.3kg / Hadif: 5.7kg

Thursday, 19 January 2012

-Privacy-

Assalamualaikum w.b.t.

Tetiba terasa utk mem"private"kan blog ni. Ntah le nape... Rasa mcm xde privacy lak. Tp dah nama blog kan, mmg le utk bacaan umum ye x. Mmmm... Bkn nak privacy apa pun, juz ada certain citer yg mgkn agak x brape best or kurang sesuai utk dikongsi secara terbuka. Aku masih belum decide nak private or open je blog ni. Tp, sesapa yg rasa mgkn nak follow blog ni sila le bg email korang yek. Tp, ada ke follower pun kat blog aku ni?... Hahaha. Perasan je lebey.. ;p

-Sekadar coretan-

Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah x update kan. X sempat sbb bz pindah umah... Malas pun ye jg.

Sekadar tetiba terlintas di hati apa perasaan korang if pendapat korang x dihargai or di"bolayan" shj?... Pendapat org lain pula blh lak diambil kira. Nak kata pendapat korang tu x ok, x jg. Sbb at last pendapat korang tu jg yg diterima pakai. Cuma, bkn at the 1st place le. Seumpama apa shj idea yg korang cuba bg is nothing, walhal itu yg terbaik pd masa itu sebenarnya. Adakah kerana ego menyebabkan ia sukar diterima? Mmmmm... Susah nak komen kan... ;)

Tuesday, 27 December 2011

-2 bulan-

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni Hadif gi check up 2 bulan... Kena cucuk hari ni, lgsg x nangis, x berbunyi pun. Dah kejut suh bangun pd mulanya tpp sbb dia ngantuk + baru lepas nyusu, lena. Nurse yg cucuk tu riso Hadif terkejut masa cucuk tp lgsg x, slambe je dia belasah tido. Hehe. Sama mcm Hasya dulu yg mmg x nangis bila kena cucuk. Nurse td siap buat lawak "misti dia nightmare kena cucuk ni"... Hehehe... Bila kuar dr bilik tu, dengar le kaum ibu yg dok tggu kat luar tu cakap "eh, steady nyer"... "x nangis pun"... ;)

Berat skrg: 5.24 kg... Naik x byk sbb salah mama le ni. Dlm seminggu ni mgkn sbb penat sgt smpi x terjaga malam lak. Kalo x, biasanya tiap2 jam or selang 2 jam aku misti bangun, kejutkan hadif utk nyusu. Dah kunci jam pun aku x dengar. Kanda pun sama penat kot, mmg tido mati. Hadif lak x nangis & bangun malam. Bila dah terjaga tu misti dah gap 4-5jam dr masa penyusuan sblm tu. Isk isk isk. Sib le dah 2 hari ni back to normal, aku dah terjaga sprti biasa cuma penat nk kejutkan si kecik ni bangun nyusu. Sedap je dia tido... Lg pun, dah 2-3 hari ni dia baru selesema, mskin kurang nyusu. Sib le sket je selesema dia. X de le meleleh hingus tu kecuali time dia bersin & pas mandi je.

Semoga anak mama cepat sihat & x demam le kena cucuk ni... Skrg dah x diberi ubat pas cucuk macam dulu2. If demam, then baru le jmpa doc utk dapatkan ubat... Apa2 pun, Hadif kena kuat ye sayang... ;)


-Deep feezer again-

Assalamualaikum w.b.t.

Last 2 weeks aku dah pun beli deep freezer brang Faber kat Senheng. Model FZ 178, 150L. Harga RM999 tp members dpt potongan RM220, so harganya cuma RM779... Asalnya nk beli yg model FZ 128, 100L guna point members 430 pts + RM469. Tp x jadik lak, amik saiz yg sedang2 lg ok kot. Besar sgt pun nak buat apa, bukan nk buat frozen food. Kalo kecik sgt pun, cam x berbaloi... Model FZ 128 tu kalo kat care4 dlm RM629... K le, skrg masih gigih mengumpul hasil tenusu. Hehehe... Sehingga hari ni baru ada 370 oz. Penyakit "malas" le ni. Isk isk isk. Kena lbh rajin ni... ;)

Thursday, 1 December 2011

- Deep freezer oh deep freezer -

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, 6hb ni abis pantang. Skrg masih dok menuai hasil EBM utk buat stok Hadif kat nursery nanti. Agak malas2 sket. Isk, apa nak jadi le ko ni Hani oii... So far baru ada 140 oz. Tu pun pam time Hadif minum kat sblh. Pam 1-2x je. Nampaknya kena lipat kali ganda usaha. Sgt teruja bila tgk gambar2 stok org lain yg smpi 1000 oz tu. So, akan pastikan stok EBM utk Hadif akan bertambah dan bertambah. At least misti ada 500 oz sblm naik keje. Chaiyok chaiyok...

Eh, apa kaitan lak dgn tajuk? Kaitan? Kalo beli deep freezer tu akan bg lbh semangat kot nak buat stok. Eheheh... Lagipun, peti ais kat umah tu dah dipenuhi dgn EBM dan stok makanan mentah terpaksa dikurangkan. Nanti if dah beli leh le penuhkan deep freezer lak. Mmm... Semangat le konon... Yakin pada diri. Masa Hasya dulu cuti bersalin 2bln je & start pam agak lewat masa dah 1bln pantang. 2 weeks b4 naik keje lak dah anta Hasya pi nursery. Tu yg masa tu stok x byk & x beli deep freezer. Skrg ni cuti 3bln & dah start pam lbh awal walaupun agak malas2... Justifikasi kukuh x? Hehehe..

Masih survey sebenarnya. Surf internet ada yg mahal & murah depends pada brand & brape kapasitinya. Bajet ciput cam aku ni takat range harga RM500 boleh le kot. Takat 100L or 110L leh le dapat. Hari tu tgk Faber cam ok jg. Mmmm... Tp nak beli sblm pindah umah or pas pindah?... Beli je le kot if peti ais skrg dah full, xyah tggu pindah ke x, cuma belasah je le letak kat mana2 nanti. Hehehe...

Deep freezer oh deep freezer. Aku pasti beli jg nanti.

Wednesday, 23 November 2011

-Sebulan-

Assalamualaikum w.b.t.

Esok 24/11/2011 genap le Muhammad Hadif Hulaif berumur 1bln & maknanya x lama je lg aku nak abis pantang. Hehehe... Td dah bawa Hadif gi check up sebulan & kena cucuk hari ni... So far, Hadif sihat je... Alhamdulillah...

Berat: 4.4kg
Panjang: 57cm

Thursday, 17 November 2011

- Enjoy ur b'day being 3 series -

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat ulangtahun kelahiran kanda sayang... (^_^)






Saturday, 12 November 2011

-Last year being 20's-

Assalamualaikum w.b.t.

Hepi besday to me... Hehehe... Tahun terakhir 20-an sblm masuk 3 series.. Hehehe.. Cepat je masa berlalu kan. Alhamdulillah... Dlm usia ni, aku telahpun berkahwin, mempunyai seorang suami yg penyayang & memahami... Telahpun mempunyai sepasang cahayamata, Hasya & Hadif... Dah pun beli umah, tggu settle keje2 reno sket, baru le masuk mgkn akhir Dis ni kot... Kete pun dah ada. Mmm, apa yg aku nak capai sblm usia 35 tahun pula? Kena tetapkan matlamat...

Mmm... Thanks yg x terhingga buat kanda atas pemberian hadiah tu. Yg ni mmg hadiah suprise le. Sbb selalu nyer kanda akan tanya nak apa or pegi le beli sama2. Ni, tetiba je dapat. Alhamdulillah. Kul 12 mlm td kanda buat slambe je x wish, trus tido. Kul 1 pg camtu masa pas bangun susukan Hadif, kanda baru wish besday & hulurkan sesuatu. Aik, apa ni? Tergezut eden. Sgt2 hargai & terima kasih sgt2 kanda syg...