Thursday, 12 April 2012

-Kami-

Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah x update blog ni... makin berhabuk le gamaknya.Gambo kat atas ni masa kenduri aqiqah Hadif. Alhamdulillah, sume nyer berjalan lancar. Kalo nak tgk gambo2 yg lain sila le ke fb yek. (Mode: malas nak upload gambo)...

Last Hadif's check up, berat dah naik 6.2kg... Hasya lak check up last tuesday berat 12.6kg rasanya... ingat2 lupe lak... hehehe... Berat aku lak? Kanda? hahahha... Gigih memasing nak start jogging balik skang ni.

Wednesday, 21 March 2012

-Hadif demam-

Assalamualaikum w.b.t.
Hadif demam. Hati mama mana le x risau. Bila badan dah panas, tekak lak gatal sbb batuk, hidung berlari2 (running nose daaa), selera nak minum susu pun dah xde. isk, minggu depan dah nak timbang berat 5bulan, misti berat naik sket je.  Xpe le, janji jgn berat susut dah le.

Isnin & selasa aku EL, demi anak. Alhamdulillah, my bos mmg baik hati. Jaga anak sampai sihat katanya. Tp, sbb dah cuti 2 hari, hari ni aku masuk jg le opis. Sib le suhu badan dah makin ok, jap panas jap ok, nak kebah dah kot. Tp, masih lg cough & flu. Doakan le Hadif sihat ye kengkawan.

Monday, 12 March 2012

-Kisah Mereka-

Assalamualaikum w.b.t.

lama dah x mencoret something dalam ni... Tp, syok lak baca blog org lain. masa dok sesaja kat umah idea dtg mencurah2. Bila dah start ngadap blog, idea ilang ntah mana. isk isk isk. Apa nak citer? Kita mulakan dulu dgn...

Hasya
Hasya dah ada beskal. Kaler pink lg giteww.. Dah janji nak belikan beskal sbb asal balik kpg je misti tingin nak naik beskal Balqiesh tu. Lagipun, dah buat perjanjian dgn Hasya. If belikan beskal, Hasya xleh nangis masa gi school. If nangis jg, mama jual beskal tu. heheh.
Pastu aku perasan yg Hasya ni minat main something yg ada "roda / tayar". Kat umah ni selain beskal, dia suka main stroller baby doll. Dulu sebok main trolly cart tu (aiseh, dlm kotak mana dlm stor ni, nak kena punggah). Pastu kalo gi Alamanda suka le nak main motor (walaupun x gerak). Masa bowling tournament hari tu sebok naik motor ngan kete yg leh gerak tu (pijak pedal minyak or guna remote control tu). Pastu smlm masa nak gi ikea, dia sebok singgah kat gerai mainan tepi tu nak helikopter yg leh tolak ada pemegang panjang tu. Sume yg ada roda je le... Apa2 je le anak dara mama ni.
Oh ye, Hasya jg sgt suka menulis, menconteng, mewarna dan yg sewaktu dgn nyer. Alhamdulillah, so far masih terkawal. I meant hanya conteng dlm buku or atas kertas je. Bila dia nampak pen or pensil, dia akan mintak kertas "mama, nak tulis"... Kalo nampak kertas lak, "mama, nak pen, nak tulis"... So, mmg akan bg jg le. Cari le mana2 kan. Kalo dia bawa beg buku dia tu ok le. Kalo x bawa masa dlm kete tu kdg2 hulur je le resit minyak ke, janji blh tulis & dia x conteng merata. Smlm nampak le dia tulis dah huruf M, Z, N, S, I... Huruf yg simple2 je. Nanti nak kena tlg dia pektis tulis A, B, C bebetul... ^_^

Hadif
Handsome boy mama ni lak dah botak pas kenduri hari tu. Papa yg tlg cukurkan. Masa Hasya dulu, Ayah Yusz (Fairuz, adik aii le) yg tlg cukurkan. Skrg ni nampak le rambut dia dah mula tumbuh. Suke3... hasya pun suka le nak pegang rambut yg baru tu sb cacak2 kann. Pastu, selain dah meniarap, Hadif jg dah start nak berguling2. Kalo letak hujung sini, x lama pastu misti dah hujung sana. So far masih 1 arah lg. Kalo dah kedua2 belah, penat jg le nak menjaganya. Pastu apa lg ekk? Tetiba idea ilang lak bila ada je yg interupt masa tgh dok menaip ni. Mmmmm...

Kanda
Kesian tgk kanda yg asyik sedawa je. Byk angin ke pun. Perasan yg start jadi camni masa tgh peknen kan Hadif. Kalo pi urut kaki kat Reborn, Alamanda misti diorg cakap masalah dlm perut. Aku pun penah gak google pasal sedawa yg kerap ni & mmg ia berkait rapat dgn perut. Lbh kpd masalah penghadaman / pencernaan. Kdg2 ok je, kdg2 teruk gak sedawa tu. Byk angin kanda cakap. Mmmm, semoga kanda sihat selalu. X mo le sakit2, sian kat kanda. Sbb kalo kanda demam sket je pun, mmg confirm terbaring je, x bangun2, x larat. Agaknya betul le dlm artikel kat mr google tulis tu yg wanita lbh kuat drpd lelaki dlm menanggung kesakitan. hehehe. Apa2 pun, dinda doakan hanya yg terbaik utk kanda bucuk.

Friday, 24 February 2012

- Adakala & Biarkan -

Adakala apabila kata2 sukar diucapkan, biarkan sahaja jari jemari itu menekan papan kekunci...
Biarkan jari jemari itu yg mengungkapkan madah2 pujangga...
Biarkan jari jemari itu yg meluahkan rasa...
Apabila jari jemari itu yg mula bersuara, maka mulut akan terus terkunci...
Diam membisu...

-Hati-

Hati yg terguris umpama cermin yg tercalar.
Biarpun tidak memberi apa2 kesan yg besar, tetapi ia kekal di situ.
Tetap akan diingati..
Calar itu bisa jg merebak jauh menguasai hati...
Lalu ia juga bisa menjadi retak.
Ya... Hati yg retak, terluka pastinya akan meninggalkan parut yg x bisa hilang begitu sahaja.
Tapi, adakah yg peduli?
Mmmm, pastinya hati itu dibiarkan sahaja seumpama cermin lama yg sudah tidak dipedulikan lagi.
Tanpa dia sedari hati itu adalah cermin yg tetap diperlukan suatu ketika nanti.

- Benci & Alangkah Bagusnya... -

Benci dgn sikap manusia yg pentingkan diri sendiri.
Benci dgn sikap manusia yg sentiasa rasa dirinya betul.
Benci jg dgn sikap manusia yg x pedulikan perasaan org lain.
Benci dgn sikap manusia yg x mengotakan janji.
Benci dgn sikap manusia yg merasakan dirinya hebat.

Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg akan melebihkan kepentingan org lain berbanding dirinya. Paling tidak pun, cuba berlaku adil antara kepentingan diri & org lain.
Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg bersedia menerima teguran & kritikan org lain.
Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg faham akan perasaan org lain. Jika x mampu diselami perasaan, cukuplah jika tidak menyakiti hati & perasaan org lain.
Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg berpegang pada janji.
Alangkah bagusnya jika sikap manusia itu yg merendah diri.

Thursday, 23 February 2012

-Meniarap-

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, hadif dah meniarap... yeaayyyy...

2,3 hari ni mmg hadif dah terlungkup badannya tp masih x angkat kepala. Smlm masa dinner kat umah mimi, terperasan yg hadif dah berjaya meniarap & kepala dah tegak... Bak kata mimi, hadif nak posing depan dinding cermin umah auntie mimi. Kang kalo dah nak start catwalk kena gi umah auntie mimi gak le ekk.. hehehe..

Masa hasya meniarap dulu, aku jg yg 1st discover & masa hadif pun sama gak... heheheh. Kanda jgn jeles. Hepi tgk perkembangan anak2 depan mata sndiri.

Wednesday, 22 February 2012

-4 bulan-

Assalamualaikum w.b.t.

24 Feb ni genap le Hadif 4 bulan.. Tp td dah gi check up utk 4 bln nyer... Timbang berat je pun, xde cucuk... Berat naik sket je. Kali ni berat 5.97kg. Xpe le, bf x semestinya naik byk. Yg penting Hadif sihat kan... Aku agak ter'emo' sket bab saiz badan baby ni. X kisah le anak aku besar ke kecik ke, janji sihat dan mengikut perkembangan yg sepatutnya. Xkan le saiz badan aku ngan kanda yg x besar mana ni anak leh besar gabak kan... Sebok je nak compare2 anak. Tgk le sket saiz kamu ngan asben kamu tu, anak pun ikut le saiz camtu gak, ala2 tilam vono gitewww... Ikut genetik le beb. Isk, ter'emo' suda...

Erm, ahad ni nak buat kenduri aqiqah Hadif ngan house warming. kengkawan yg free, jemput le dtg umah yek. If nak alamat, leh sms or pm kat fb je ekk.. =)

Thursday, 9 February 2012

-Budak masyam-

 Assalamualaikum w.b.t.

Saya rindu kat budak masyam dua orang ni... =)



Wednesday, 8 February 2012

-Berlalu sudah...-

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, berlalu sudah cuti panjang. Pasni xde dah kot. Bukan aku x suka cuti panjang, suka sgt2. Cuma part yg x best bila nak menghantar anak dara sorang tu. Sejak 2 menjak ni mula buat perangai nangis2 xmo gi skolah. Masa kat umah nak gerak kuar ok je, tp bila sampai kat skolah je, mula le berdrama. Adusss. Nape ni anak mama syg? Hasya kan penah cakap kat mama "x mau nangis... hasya dah big"... So, plz jgn buat mama riso yek syg. Bila sembang2 dgn cikgu nyer, pas kitorg gerak, hasya ok je. Xtau le nape. Cuma kdg2 bila dia bangun tido petang, misti cari mama. "nak mama..." Aku rasa mgkn sbb hasya rasa best dok bercuti lama2... leh lepak2.. kuar jalan2.. main2 kat umah... X pe le, petang ni pas amik hasya kat skolah, kita gi jalan2 kat Alamanda nak?... Tp, x mau nangis lg yek. =)