Wednesday, 25 December 2024

Sepi

Tiada madah pujangga
Tiada gurindam rasa
Tiada bait bicara
Tiada nada dalam berlagu

Sepi…

-aku dan sesuatu-

Rindu

Duhai bayu
Bawalah rasa rindu ini jauh daripadaku
Biar tiada apa yang tersisa di situ…

Duhai hati
Usah ditangisi apa yang telah pergi
Biar mati rasa ini…

-aku dan sesuatu-

Bicara…

Berbicara…
Tetapi, hati terasa pedihnya
Ya, bukan aku seorang saja yang tersakiti
Tapi, mengapa perlu terus menyakiti…

Jika bulan bisa berbicara
Pasti ia memancarkan cahaya
Jika bintang bisa berbicara
Pasti ia bersinar terang
Jika kita terus berbicara?

-aku dan sesuatu-

Berdamailah dengan takdir

Adakah sukar untuk difahami dan memahami?
Adakah sukar untuk dimengertikan?
Adakah sukar untuk bertoleransi?
Adakah sukar untuk bersangka baik?
Adakah sukar untuk mengungkapkan madah yang sopan?
Adakah sukar untuk menjaga hati?
Adakah sukar untuk menjadi lebih baik?

Berdamailah dengan takdir.

-aku dan sesuatu-

Friday, 18 October 2024

Aku penat!

Aku penat
Penat penat penat sgt²!

Apa yang dilihat tidak menggambarkan segala²nya
Adakah yang tidak dapat dilihat tidak boleh dipercayai?
Adakah yang tidak dilihat boleh dianggap tidak wujud?
Nah, 
Kenapa udara yang tidak dilihat itu kita yakini wujud?
Begitulah kisah aku ni…

Sukar untuk menjelaskannya jika memang telah butakan mata, butakan hati dan pekakkan telinga.

Maka, berdiam dirilah jalan yang terbaik.
Aku penat!

Sunday, 6 October 2024

Terus kuat

Terlalu banyak yang aku perlu fikirkan sampai terasa sesak di fikiran. 
Terlalu banyak yang diasak drpd pelbagai sudut sampai terasa beratnya bebanan.
Tiada yang akan cuba faham kau Hani kecuali Allah.
Orang menilai drpd pandangan mereka, sisi yg mereka nampak. Ya, aku terima.
Tapi, sisi yg tersorok jauh, tak siapa yg tahu mahupun peduli. Biarkan Hani…

Kau perlu terus kuat biarpun di saat orang pergi meninggalkan kau. 

Sunday, 21 July 2024

BENCI!!!

Aku BENCI dengan sikap kau
Aku BENCI dengan kesombongan kau
Aku BENCI dan BENCI!!!

Monday, 24 June 2024

Cukuplah...

Sakitnya yang aku rasai
Pedih menikam ke hati
Terus dipermainkan diri ini
Entah sampai bila akan terus sebegini...

Aku tak bisa untuk terus bertahan
Apatah lagi mahu melawan...

Izinkan aku melangkah pergi
Aku sanggup mengundur diri...

Cukuplah...

- aku & sesuatu - 

Friday, 14 June 2024

Tanda tanya

Rasa kosong je...
Entahlah, mungkin jasad dan rohani ku sama penat...
Jiwa terasa hambar...

Tertanya-tanya apakah kesudahan kisah hidup ku ini
Terus dibelenggu persoalan demi persoalan ke?

Tanda tanya...

Thursday, 16 May 2024

Tenang

Tahun ni agak bertenang juga kehidupan Unit aku ni. Tak busy macam last year yang kejap2 perlu ke Sabah. Tahun ni langsung tak naik flight lagi hahahaha...

So far, program semuanya di Semenanjung dan masa pun tak padat. Masih bisa disusun dengan baik. Tahap penat dan stress tahun ni memang agak rendah le hahaha. Ada masa ke gym sahaja le. Perlu jaga kesihatan diri, umur makin meningkat... 

Next week, ada Program SDSI di Ipoh dan terus bersambung dengan penganjuran seminar di Melaka. Selang sehari pula ada bengkel dasar. Tu je le padat sikit tapi manageable, insya-Allah.

Semoga sentiasa tenang dan dipermudahkan semuanya.