Friday, 24 January 2014

- Rindu -

Td rasa cam xde idea je nak tulis.. Sekadar menjengah blog teman2.. Tibe2 rasa sayu kat hati. Aku rasa mcm merindui sesuatu. Apa ye? Aku pun x pasti... Mgkn jg merindui teman2, skrg mmg memanjang bz.. Merindui suasana yg riuh rendah bersama kwn2.. Mgkn jg aku merindui sesi menjengah blog2. Ntah le...

Atau sebenarnya aku merindui ........ Mcm2 kot. Susah nak diluahkan. Apa yg aku mampu, berdoa kepada Allah supaya hati ini kembali tenang.

- Tahun baru apa yang baru? -

Selamat Tahun Baru 2014... Agak lewat gak nak ucapkan.. Dah nak abis pun Januari. hahaha.. Tahun baru biasanya ada azam baru? Aku? Ntah le.. hahaha..

Tp, ada gak yg baru... Yeaaayyy, smlm telah perabiskan duit beli make up. Bukan beriya sgt guna tp mmg guna le jg. hahaha. Berhias utk suami. Mudah2an suami terpikat dan makin sayang. (malu aii)..

Lg apa yg baru? Nampak gayanya rusheffle skim J secara besar2an buat opis huru hara gak.. Ramai yg kena kuar & ada le muka baru. Tp, ada gak kuar tanpa pengganti.. Mau x naya. Tu x campur lak kenaikan pangkat skim M... ada yg kena kuar x pasti sape pengganti.. 

Nak yg baru lg? mmmm... kena ada semangat baru gak ni.. Nak kena jaga pemakanan n rajin bersenam semula le.. Badan dah naik, rasa berat je badan ni. Diet? X pandai tp kena paksa diri gak supaya blh tampil dgn sesuatu yg baru. hahahha.. Blh buat ke?

K le, selamat le semua yg serba serbi baru tu.. Adios...

Monday, 30 December 2013

- Bye2 2013 & welcome 2014 -

Assalamualaikum w.b.t.

Thanks ye Eycah sbb sudi baca dan drop komen kat whatsapp. Ingatkan blog yg semakin terpinggir ni dah xde yg nak baca. hehehehe..

Lg 1 hari nak sambut tahun baharu 2014. Azam apa? Hahaha. X penah kot betul2 nak cakap kat org apa azam tahun baru sbb rasanya azam tu biar dok dalam hati, jiwa dan minda utk capainya sepanjang kehidupan. Cuma, adalah jg matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

Apa lagi? Erm, keadaan kesihatan yg ada turun naik. Last 2 weeks masa kat Penang tu start batuk ngan selesema. Rasanya masa tu sbb hama dr bilik hotel tu le kot. Menginap kat Copthorne Orchid Penang. Bilik & fasiliti sume ok tp xtau le nape, bilik berbau busuk masam mcm carpert tu penah basah sblm ni. Patutnya pihak hotel kena le tukar carpet baru ke, cuci ke, sembur le febreeze ke. Aku lak malas le nak bising2 kat uru setia nak minta tukar bilik, sian lak kat diorg. Lagipun berkursus ingatkan xde le dok bilik sgt sbb jadual mgkn pack tp aku tersilap rupa2nya. Jadual sgt le x pack, so mmg byk masa dihabiskan dlm bilik, sesak nafas dibuatnya. hahaha. Selang beberapa hari selesema mmg dah hilang n batuk le jg. Pastu bila dah sembuh beberapa hari, start Jumaat last week selesema ngan batuk balik. Adeh, tahan aje le.. Xpe le, perlu redha sbb anggap aje le ni ujian dan In Shaa Allah, ia mgkn dapat jadi penghapus dosa2 kecil. Wallahu a'lam..

Cite apa lagi? Mmmm... Hujung2 tahun ni byk lak mende nak kena settle kan. Hope buka tahun 2014, segala kerja2 opis lbh tersusun dan mengikut perancangan le.. =)

Bye2 2013 & welcome 2014...

K le, nak sambung keje semula. ^_^

Sunday, 1 December 2013

- Kembali berbloging -

Tahun ni sket sgt aku berblog.. Tp lately ni rajin lak menjengah masuk. Bila difikirkan semula, aku lbh hepi dgn blog utk curahkan segala2nya compare to fb. Fb bg aku lbh kpd nak amik tau tentang kwn2, if ada apa2 news ke... 

In shaa Allah tahun 2014 nanti aku akan gigih utk kembali aktif berblog.. Blog ni seumpama diari kehidupan bg aku. Walaupun x semua perkara aku blh share kat sini, tp at least aku blh luahkan jg perasaan aku sama ada yg tersurat mahupun yg tersirat.. 

Sayang kamu semua... 😊

- Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan PKK -

Alhamdulillah, well done to all yg telah menjayakan sesi mesyuarat ini especially semasa perasmian mesyuarat & pelancaran SUARA PKK oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya.. My big boss, Pengarah PKK Malaysia walaupun dlm keadaan yg agak uzur masih gigih mghadirkan diri. Katanya demam & high blood. Tp tgk keadaannya lain mcm sgt.. Semoga bos cepat sihat.. Kata aluan oleh bos & taklimat kpd YBTM by me.. Heheh.. Belasah je le.. Pelancaran SUARA PKK lak ada ketuk ice carving tu..  So far press yg datang tu dr Sinar Harian, TV1, TV3...

Memandangkan bos x sihat, maka aku le yg jadi chairperson bg sesi mesyuarat kali ni. Yg aku perasan sgt sejak N xde dah, aku lbh yakin menjadi chairperson & control keadaan. Xtau le nape, mgkn masa N ada, dia ada pendapat & cara dia tersendiri. Lgpun dia senior aku dlm servis, so baik diam aje le. Hehehe.. Miting sampai pepagi buta sbb last day tu diorg nak gerak balik awal.

Oh, lupa lak. Hari 1st sampai tu kami ada  bowling tournament. Tp aku mmg x leh nak tumpu main le kann sbb nak kena jaga hasya & hadif yg main dok berlari je..

Apa2 pun majlis berjalan lancar & kami sume hepi. Aku suka baca feedback diorg kat fb. So tau le diorg suka ke x. Hehehe. Nampaknya diorg excited utk next program. Tggu 2014 je le sbb bajet 2013 dah abis..

(Masa abis miting, seseorang bersalaman dan bisik sesuatu.. "Terima kasih puan.. A great chairman." Kata2 tu buatkan aku tergamam seketika & hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah.. Sy akan cuba sebaik mgkn menjalankan tugas yg diamanahkan)

Tuesday, 26 November 2013

- Leh caya ke? -

Seorang teman pernah berpesan agar kita selalu lah bersangka baik dgn org lain.. Aku cuba utk bersikap sedemikian.. Skalipun seseorang itu pernah dikaitkan dgn pelbagai perkara, aku terima dgn hati terbuka dan anggap "zero".. Bg aku, tu perkara lampau dia, skrg patut diberi peluang.. Bersangka baiklah..

Tp, hari demi hari aku dapati kepercayaan yg aku berikan tu semakin menipis. Lama2 blh hilang kot. Hahaha.. Seribu satu alasan le pulak kannn.. Ntah le.. Susah aku nak komen sgt. So, langkah terbaik supaya org yg sedemikian tidak terus mengambil kesempatan, tindakan tegas ke atasnya perlu diambil kot. Mmmmm...

Tu satu perkara.. Perkara lain pula, aku kena lbh berhati2 dgn org sekeliling.. Mmg sentiasalah bersangka baik, cuma letaklah sedikit pertahanan dlm diri.. Hati2... Musuh dalam selimut... Gunting dalam lipatan.. Kawan tikam kawan.. Semakin mengenali org sekeliling, semakin sukar utk mempercayai.. Bukanlah kata semua x blh dipercayai, masih ada, tp blh dibilang dgn jari..

Ye, aku bukanlah baik sgt.. Tp, aku tidaklah sejahat yg kau fikirkan tu.. Plz le.. Hahaha.. Kalo kau pernah jahat, jgn nak samakan dgn org lain.. 1 more, kalo betullah berniat baik utk memperbaiki diri aku ni, bersemukalah.. Jgn cakap2 blkg, mengumpat mengata namanya tu.. Dtg jmpa aku depan2 & tegurlah, aku pasti terima sbb utk kebaikan diri jg.. Tp kalo masih nak cakap blkg2 tu, tanggunglah dosa sendiri tu k. Dosa dgn Allah, in shaa Allah lbh mudah diampunkan sbb Allah tu Maha Pengampun.. Dosa sesama manusia ni, kena jmpa orang berkenaan dulu berterus teranglah dgn kesalahan yg dilakukan (cth: mengumpat, fitnah, etc) & pohonlah kemaafan. Tp x ramai yg sebegini utk berdepan. So, jmpa kat "sana" aje le ye..

Assalamualaikum...

Monday, 25 November 2013

- Mode jiwang -

Lama jg x berbicara jiwang kannn.. Hahaha.. Apa yg difikirkan x semudah itu utk diluahkan.. Ntah siapa yg benar2 mampu memahami. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Aku perlu akui utk terus telan segala kepahitan agar suatu hari nanti aku mampu mengecapi kemanisan itu. Walaupun sakit utk kuterima, aku harus akur dan pasrah. Aku perlu terus yakin dgn segala perancangan yg Allah mahu berikan kepadaku.

Saturday, 23 November 2013

- Team building -

Alhamdulillah, selesai jg Kursus Team Building PKK, 20-22 Nov 2013 di Felda Residence Tekam, Pahang..

Mcm2 ujian, rintangan & cabaran. Akhirnya selesai jg dgn jayanya & feedback drpd semuanya hepi & enjoy. Credit to Rahman le jg sbb dia yg beriya ajak ke sana. Kalo ikutkan aku nak yg dekat2 aje. Hahah. 

Xtvt best gak.. Night treasure hunt, masuk gua, ada games kat swimming pool, persembahan kumpulan & paintball.. Gua yg kami gi tu namanya Gua Kota Gelanggi yg terdapat lbh kurang 99 gua di dalamnya yg berusia 100-130 juta thn.. Antara gua yg kami masuk ialah Gua Sanding, Gua Kepala Gajah, Gua Angin, gua apa ntah lg aku dah lupa. Hahaha.. Sgt best!

Bila join xtvt ni membuatkan aku merindui xtvt lasak.. Masuk hutan, camping, etc.. Hahaha. Ntah bila le dpt join camni lg.

Btw, thanks kpd semua yg join kursus ni & aku hepi sgt diorang enjoy & post kat fb betapa diorg enjoy.. (^_^)


Wednesday, 20 November 2013

- Fitnah -

Sesungguhnya memfitnah itu lbh teruk drpd membunuh...

Apa le yg x puas hati sgt sampai memfitnah camtu.. Mmg aku x sebaik mana, tp jgn samakan aku sejahat dia jg... Selagi mana dia x mengaku salah, perbetulkan keadaan dan minta maaf kat aku, agak payah utk aku memaafkannya... 

Mmg hilang respect aku kat dia. 

Saturday, 16 November 2013

- Masih bz lg -

Kepenatan every week ter bz je... 

15-17 Nov: Bengkel Pelan Tindakan di Cameron Highland... Thanks kabda tlg jaga anak2...

18 Nov: ke Kuantan utk deal & settle everything utk miting pengarah negeri...

20-22 Nov: Kursus Team Building di Felda Residence Tekan, Jerantut, Pahang...

25-27 Nov: ada Kursus 5S utk Fasitator 5S di Kuantan, Pahang... Tp sbb jadual sgt pack & kanda pun tgh ada kursus fi Kuantan jg, so aku assign org lain yg gi...

28-30 Nov: Mesyuarat Pengarah Negeri di Kuantan...

Memanjang je le kat Pahang kannn... Ntah le nape deme ni suka sgt je Pahang. Hahaha... Hope bln Dis lbh tenang. Aku ada cuti tanpa rekod 3 hari & baki cuti rehat ada dlm 22 harilg rasanya... So aku plan mmg nk bercuti nanti. Yeayyyyy!