Assalamualaikum w.b.t.
Rasa terpanggil pulak nak bg respond kepada entry Mawar tentang Surat pelepasan PTPTN. Nampaknya kita mengalami nasib yang sama. Actually aku ada utang dgn PTPTN x banyak pun (1 sem), sbb pastu aku dapat scholarship JPA masa study dulu. Kronologi pembayaran dan nak dapatkan surat:
- 19 Mei 2010: Call PTPTN pasal nak tau baki terkini sbb nak settle abis utang + nak tukar alamat. Diorg suh anta borang, download borang kat website ptptn. Tp, sbb xleh download, aku email ptptn minta tlg emelkan borang2 tu.
- 20 Mei 2010: ptptn email kan borang dan minta faks semula pas dah isi lengkap. So, aku dah lengkapkan borang pertukaran alamat dan penyelesaian penuh (baki pinjaman).
- 2 Jun 2010: alamat aku masih silap. so, aku email semula minta ptptn tu betulkan. Tp, ptptn kata mengikut rekod 20 mei semua dah update. (Leh percaya ke?!!!). pastu aku terpaksa faks semula.
- 3 Jun 2010: aku bayar abis. Punya le gile,dalam penyata website tu baki hanya RM1,843.84 tapi setelah ptptn kira semula aku kena bayar RM1,848.45, lebih RM4.61 ok...
- 8 Jun 2010: alamat masih x betul. (Makan gaji buta ke ptptn ni?) Aku email dan faks semula borang.
-17 Jun 2010: alamat masih lg salah. Sah depa mmg x update maklumat. So, aku terhegeh2 le email dan faks semula borang. Dalam email tu mmg aku siap warning diorg jgn memandang remeh perkara ni sbb ia akan menyukarkan urusan surat menyurat.
- 21 Jun 2010: ptptn email pohon maaf dan baru update maklumat. Sgt efficient le ye ?
- 14 Julai 2010: aku email ptptn tanya bila aku leh dapat surat pelepasan.
- 26 Julai 2010: person in charge baru forward kan email aku tu kpd Siti Zubaidah bt ramlee (pegawai ke staff ptptn ke, aku x tau le). Selepas 12 hari baru forward ke? Bukan ke kalo email aduan perlu disemak setiap hari dan perlu dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja kalo kat kementerian aku ni dan kalo BPA lak dalam tempoh 7 hari bekerja. Then, Amiliyah binti Ahmad lak yg tlg jawabkan email tu "semakan akan dibuat dan maklumat selanjutnya akan dimaklumkan dalam waktu terdekat".
- 2 September 2010: aku email lg folow up pasal surat ni. tp, mmg hampeh le kan. lgsg x jawab.
-13 Mac 2011: aku terima Surat pelepasan Pinjaman Pendidikan PTPTN yg bercop 11 Mac 2011. tarikh surat tu kononnya 28 Februari 2011 (taip ok, bukan tulis tangan, walhal bukan computer generated nyer, siap ada sign kat bawah). Skali bila tgk salinan penyata kira2...... Ceh, ptptn print dr website je. Pulak tu kalo print dr internet confirm le ada tarikh bila ko print kan? nak tau tarikhnya bile? 1 Mac 2011. Sepatutnya ko print lampiran n atach skali dgn surat baru bg pegawai ko sign. Tarikh tu biar dikosongkan ruang tu supaya org yg sign boleh tulis tarikh sebenar dia sign... Jgn nak tipu org le yek. pastu setakat salinan penyata kira-kira yg aku sendiri leh download kat internet baik xyah le ko attach. Aku ingatkan ko nak bg salinan penyata yg mmg ada dlm rekod korang tu. Mmg hampeh! Yg lg menyakitkan hati, bila kena tggu tempoh 6 bulan dan sekiranya tiada apa2 tuntutan drpd ptptn baru surat pelepasan ni dianggap muktamad. Hampir setahun aku tggu, skang nak kena tggu lg 6 bulan? Mmg hebat sgt PTPTN ni or layak kot panggil PTPTIPU? Aku dah bayar lebih pun masih x cukup2 lg ke?
Sori le kalo sapa2 keje kat PTPTN ni baca. Aku mmg cuma leh nasihatkan korang buat le keje dgn lebih efficient. Jgn le seperti melepaskan batuk di tangga. Sori le kalo aku katakan sgt GELI bile tgk iklan ptptn pasal kacang lupakan kulit tu. Nak tau sbb apa? Aku sgt yakin sebenarnya ramai yg dah bayar tp ptptn sendiri x penah or lembab nak update maklumat. Kalo kita bayar lambat bukan main lg kita kena ligan, tp kalo depa buat keje lambat camne plak? Aku mmg tggu setahun if xde respond mmg nak buat aduan kat BPA. Sib depa anta surat tu b4 setahun. Sori again sbb sgt emosional lak dgn entry ni.
4 comments:
wow garangnya Puan.. tp xpe, kena pada tempatnya.. sib baik xde utang ngan ptpTIPU ni..
jap saye nk tanye..saye dah bayar habis tapi xde pon surat pelepasan ..yang sampai kat umah cumelah surat penyata kira2 pinjaman..acane tuh?
saye pon pinjam 1 sem jep..tapi bilai yang dah bayar dulu lain ngan penyata yang dia hantar ni..hurm//*buntu*..
Sori lmbt reply.. Tgh pantang...Better call ptptn dan minta bayaran / baki muktamad utk settle kan pinjaman. Then, if mmg kita dah buat bayaran, makesure sume slip bayaran tu ada sbb kalo diorg kata kita masih x bayar, kita ada bukti pembayaran. Ptptn mmg x update maklumat diorg tu.
Suatu penulisan yang kreatif.
Ini suatu perkongsian
http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/ptptn-bayaran-balik-dan-pelepasan.html
Silalah jenguk.
Terima kasih
Post a Comment