Friday, 16 November 2012

-Salam Perpisahan-

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia.

YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan / Cik,

Alhamdulillah, telah berlalu kira-kira 6 tahun 4 bulan saya berada di Kementerian ini, maka tibalah jua salam perpisahan buat semua yang mengenali diri ini. Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di KKLW sebelum meneruskan perkhidmatan demi kemajuan kerjaya saya di ............. berkuatkuasa pada 7 November 2012 yang lalu.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas segala salah silap sama ada disengajakan ataupun tidak mahupun terkasar bahasa sepanjang saya berada di Unit Pertanian Komersil & Pelancongan Desa, Bahagian Ekonomi Desa (sekarang dikenali sebagai BPE) dari Julai 2006 - Ogos 2008 serta Unit Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bahagian Infrastruktur dari September 2008 - sekarang.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan kepercayaan serta kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang saya menjalankan tugas. Terima kasih yang tak terhingga terutamanya kepada warga kerja BI & BPE. Terlalu banyak kenangan suka duka di Kementerian ini, hinggakan bertemu jodoh juga di sini. (^_^)

Suka dan duka menjadi tunjang,
kasih dan sayang tak mampu dibeli,
jika ada umur yang panjang,
Insya Allah pasti kita bertemu kembali.

Nilai ukhwah menjadi tali,
pengikat jiwa teguhnya pasti,
jari disusun rapat sekali,
maaf dipohon andai pernah mengguris hati.

Jiwaku suram hatiku gelisah,
bila mengenangkan kisah yg lama,
kini tibanya masa untuk kita berpisah,
terima kasih kuucapkan untuk memori bersama.

Salam hormat, terima kasih.

No comments: