Friday, 8 April 2016

Pembedahan vs haruan

Dlm post terdahulu aku ada cite pasal aku bleeding kan?... Apsal? Kat sini baru aku akan cite kan. Nak tulis kat sana dah panjang berjela2 lak. Hahaha..

Pas kuar OT aku ditempatkan di labour room di bilik khas utk pemerhatian dan masukkan platlet, plasma n darah. Masa tu Dr Emily yg incharge kat situ terus tanya masa 1st czer (2009) dulu aku ada amik haruan / pati haruan x n jangka masa amik pas bersalin. Aku jawab aje le kan.. Then, dia gitau should be xleh amik terlalu awal or lbh baik jgn consume lgsg..

Next morning Dr Hamidah pun bertanyakan benda yg sama. Doc jg bercerita apa yg berlaku. Rupa2nya lapisan dlm perut aku, uterus, bladder semua dah bercantum melekat mcm kena gam. Sb tu operation amik masa yg agak lama berbanding biasa. Dr Hamidah terpaksa pisahkan setiap lapisan dan organ dlm perut aku tu. Dr Hazim pun ada masuk gak masa operation tu rupanya (kanda yg gitau)... Dr Hamidah gitau yg haruan akan menyebabkan kadar pemulihan / penyembuhan terlalu cepat drpd sepatutnya. Sb tu jadi camtu. Doc mmg warning jgn sesekali amik haruan / pati haruan.. Tp makan le semua jenis protein (ayam, ikan, daging yg lain)...

Masa kat labour room tu gak ada nurse gitau yg uri akupun susah nak dikeluarkan. Mgkn sb kes melekat tu.. Mmmm... Masa kat dlm wad sembang2 dgn kanda pun, kanda ada gitau yg dia heran sgt nape lama sgt dia kena tggu kat luar OT x mcm masa Hasya dulu. Masa dia dok menunggu tu, Dr Hazim ada dtg jmpa dia. Doc kata baby ok cuma lemas sket n ada kat labour room dah. Cuma wife... Bila doc diam, kanda cuak gak.. Pastu Dr Hazim sambung balik gitau yg aku bleeding teruk gak. If diorg x dpt hentikan pendarahan, mgkn rahim aku terpaksa dibuang.. Allahu akhbar.. Camnepun, alhamdulillah kuasa Allah mengatasi segala2nya... 

Pagi ni ada kawan dm group tanya psal haruan bkh makan x sb wife dia baru pas operate n aku terus share kisah aku ni. Rupa2nya ada sorg kwn lg pun alami perjara yg sama. Dia penah 2x operate (bkn lahirkan baby) & yg latest mmg czer le. Tp doc tau lbh awal kes dia, so mmg darah n segala pakar yg ada dah standby.. Alhamdulillah...

Hope info ni bergunalah buat semua ye... Mmg le org2 tua yg kata elok haruan ni. Tp doc pesan yg luka luar xpe makan haruan tp kalo melibatkan luka dalam, jgn sesekali berani nak makan haruan ye..

2 comments:

Rose said...

pn. intan..info yang menarik utk diketahui...

aainaa nadirah said...

pasal pati haruan ni mmg penah dgr. mmg elak makan masa dlm pantang. Cuma 1st pantang ada mkn ikan haruan fresh. Hopefully xde apa2.

Ape pun, Alhamdulillah semuanya baik-baik dan rezeki Allah, semoga kak intan terus sihat dan ceria. Tahniah, dah 3 baby =)