Monday, 22 June 2020

Aku seorang perindu

Bila bersendirian
Mata merenung jauh kehadapan
Melihatkan cahaya lampu neon yang indah
Terdengar sayup² bunyi kenderaan
Disulami bunyi sang unggas malam
Hatiku terasa sayu
Seakan² merindui sesuatu
Entahlah apa yang bermain di hatiku...

Sesekali mmg akan bermonolog, berbicara sendiri. Harus kuakui yang aku mmg sukakan keindahan malam. Mgkn sb masa form 1 asrama puteri SRC menghadap ke jalan raya. Masa tu mmg aku sering termenung di koridor menghadap ke jalan. Rindu keluarga? Mungkin. Tapi masa tu mmg aku tenggelam dalam keasyikan lampu neon dan bunyi kenderaan. Aku rasa semuanya indah, melodinya cukup kena dgn jiwa yg sunyi dan rindu. Entahlah...

Semasa form 4, aku dah bertukar sekolah lain. Jauh dr keindahan neon malam. Asrama puteri SMKASR hanya menghadap dewan makan, kantin dan selebihmya kebun getah. Malam² hanya kedengaran bunyi keretapi. Menyesakkan!

Aku sempat masuk ke KMPP dlm 3bulan, masa tu mmg aku suka lepak di hujung koridor menghadap hiway PLUS. Sebab apa? Keindahan lampu dan irama bunyi kenderaan. Sungguh mengasyikkan. Aku tenggelam dalam kerinduan. Masa lower 6 dan UiTM Machang, dapat jg lihat lampu, tp jauh jg dr keasyikan bunyi kenderaan. Masa di UiTM Shah Alam pun sama.

Masa awal kerja dan DPA, pernah le beberapa kali naik ke atas bukit area Ampang, menikmati suasana malam bandaraya KL. Sungguh mengasyikkan. Pelikkah aku ni?😅

Skrg? Aku suka tenggelam dlm lamunan di balkoni Lily. Tenggelam dalam kerinduan zaman persekolahan, kerinduan kpd keluarga, kerinduan yang tiada bertepi. Aku seorang perindu...❤️

Tuesday, 16 June 2020

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... result sem 2 berjaya juga dapat 4.00... so kena struggle utk sem 3 pula. Semoga Allah permudahkan urusan pembelajaranku, ibadahku kepadaMu ya Allah.

Terima kasih semua yang mendoakan aku selama ini. Semoga Allah membalas jasa² kalian.

Wiraku

Dalam kedamaian yang dikecapi
Hadirnya musuh yang tidak kelihatan
Menyerang
Meranapkan sebuah kebebasan
Meragut kesihatan dan nyawa.

Covid-19
Haruslah kita perangi
Dengan segala usaha yang termampu
Masa ini
Wira negara menjadi benteng
Pelindung, perawat malah pejuang yang gagah
Tidak dihiraukan rasa takut
Demi anak bangsa dan negara.

Kini
Semuanya kembali pulih
Jika bukan kerana mereka
Entah apa yang kita perlu tempuhi
Jika bukan kerana mereka
Tiada lagi kebebasan buat kita
Terkurung dan terus terkurung
Bersama-sama kita hargai
Bersama-sama kita berganding bahu
Kekalkan keamanan yang ada.

Terima kasih wiraku, 
Pejuang barisan hadapan.

2143, 16/6/2020

Wira Hari Ini

Jika dahulu
Wira kita bangkit berjuang menentang penjajah
Jika dahulu
Musuh yang nyata.

Tapi hari ini
Semua berbeza
Musuhnya tidak lagi kelihatan
Semuanya dalam ketakutan.

Dalam suasana hiruk pikuk
Muncullah wira sebenar pada hari ini
Merekalah pejuang barisan hadapan
Bersiap siaga demi anak bangsa dan negara
Berbaju putih, hijau dan biru
Di hospital, jalanan dan sempadan
Merekalah wira sebenar kita
Terima kasih pejuang barisan hadapan.

2102, 16/6/2020

Thursday, 30 January 2020

Hai...

Lama sungguh x menjengah blog. Sampaikan password pun jenuh nak masukkan tadi sb dah lupa... hahaha... n x perasan rupa² nya xde lgsg any post pd tahun 2019... adeh, sedihnya... patutnya every year n every month kena le ada post kan? 😅

Actually, 2019 pun ada byk suka duka... asyik bertukar bos pun ye... so far semua bos tu baik n ok je ngan aku, xde hal. Then, by September 2019 aku dah start cutu belajar. Alhamdulillah sb dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). So skrg ni aku tgh sambung MBA (Marketing) kat Putra Business School (PBS)... alhamdulillah result sem 1 dapat 3.938.... syukur ya Allah... mmg x sangka dpt result camni... 3A & 1A-...

In shaa Allah aku akan cuba jg menulis dlm blog ni...😊