Tuesday, 16 June 2020

Wiraku

Dalam kedamaian yang dikecapi
Hadirnya musuh yang tidak kelihatan
Menyerang
Meranapkan sebuah kebebasan
Meragut kesihatan dan nyawa.

Covid-19
Haruslah kita perangi
Dengan segala usaha yang termampu
Masa ini
Wira negara menjadi benteng
Pelindung, perawat malah pejuang yang gagah
Tidak dihiraukan rasa takut
Demi anak bangsa dan negara.

Kini
Semuanya kembali pulih
Jika bukan kerana mereka
Entah apa yang kita perlu tempuhi
Jika bukan kerana mereka
Tiada lagi kebebasan buat kita
Terkurung dan terus terkurung
Bersama-sama kita hargai
Bersama-sama kita berganding bahu
Kekalkan keamanan yang ada.

Terima kasih wiraku, 
Pejuang barisan hadapan.

2143, 16/6/2020

No comments: