Mata merenung jauh kehadapan
Melihatkan cahaya lampu neon yang indah
Terdengar sayup² bunyi kenderaan
Disulami bunyi sang unggas malam
Hatiku terasa sayu
Seakan² merindui sesuatu
Entahlah apa yang bermain di hatiku...
Sesekali mmg akan bermonolog, berbicara sendiri. Harus kuakui yang aku mmg sukakan keindahan malam. Mgkn sb masa form 1 asrama puteri SRC menghadap ke jalan raya. Masa tu mmg aku sering termenung di koridor menghadap ke jalan. Rindu keluarga? Mungkin. Tapi masa tu mmg aku tenggelam dalam keasyikan lampu neon dan bunyi kenderaan. Aku rasa semuanya indah, melodinya cukup kena dgn jiwa yg sunyi dan rindu. Entahlah...
Semasa form 4, aku dah bertukar sekolah lain. Jauh dr keindahan neon malam. Asrama puteri SMKASR hanya menghadap dewan makan, kantin dan selebihmya kebun getah. Malam² hanya kedengaran bunyi keretapi. Menyesakkan!
Aku sempat masuk ke KMPP dlm 3bulan, masa tu mmg aku suka lepak di hujung koridor menghadap hiway PLUS. Sebab apa? Keindahan lampu dan irama bunyi kenderaan. Sungguh mengasyikkan. Aku tenggelam dalam kerinduan. Masa lower 6 dan UiTM Machang, dapat jg lihat lampu, tp jauh jg dr keasyikan bunyi kenderaan. Masa di UiTM Shah Alam pun sama.
Masa awal kerja dan DPA, pernah le beberapa kali naik ke atas bukit area Ampang, menikmati suasana malam bandaraya KL. Sungguh mengasyikkan. Pelikkah aku ni?😅
Skrg? Aku suka tenggelam dlm lamunan di balkoni Lily. Tenggelam dalam kerinduan zaman persekolahan, kerinduan kpd keluarga, kerinduan yang tiada bertepi. Aku seorang perindu...❤️