Saturday, 30 September 2023

Pilihan

Apa yang berlaku tetap dah berlaku,
Apa yang ke hadapan lebih perlu difikirkan…
Jika sebelum ini, 
Aku memberinya pilihan…
Kata dua.
Kini, 
Aku pula diberi pilihan.
Apa pilihan yang terbaik?
Aku sendiri tidak pasti…
Katanya setiap pilihan ada risikonya…
Ya, memang benar.
Berpuas hatikah aku dengan yang sedia ada?
Atau, aku mahu mengejar sesuatu yang baharu tapi belum pasti?
Berat untuk membuat pilihan…
Fikiran terasa sesak…

- aku & sesuatu - 

No comments: