Friday, 1 April 2011

-PTPTIPU-

Assalamualaikum w.b.t.

Rasa terpanggil pulak nak bg respond kepada entry Mawar tentang Surat pelepasan PTPTN. Nampaknya kita mengalami nasib yang sama. Actually aku ada utang dgn PTPTN x banyak pun (1 sem), sbb pastu aku dapat scholarship JPA masa study dulu. Kronologi pembayaran dan nak dapatkan surat:

- 19 Mei 2010: Call PTPTN pasal nak tau baki terkini sbb nak settle abis utang + nak tukar alamat. Diorg suh anta borang, download borang kat website ptptn. Tp, sbb xleh download, aku email ptptn minta tlg emelkan borang2 tu.

- 20 Mei 2010: ptptn email kan borang dan minta faks semula pas dah isi lengkap. So, aku dah lengkapkan borang pertukaran alamat dan penyelesaian penuh (baki pinjaman).

- 2 Jun 2010: alamat aku masih silap. so, aku email semula minta ptptn tu betulkan. Tp, ptptn kata mengikut rekod 20 mei semua dah update. (Leh percaya ke?!!!). pastu aku terpaksa faks semula.

- 3 Jun 2010: aku bayar abis. Punya le gile,dalam penyata website tu baki hanya RM1,843.84 tapi setelah ptptn kira semula aku kena bayar RM1,848.45, lebih RM4.61 ok...

- 8 Jun 2010: alamat masih x betul. (Makan gaji buta ke ptptn ni?) Aku email dan faks semula borang.

-17 Jun 2010: alamat masih lg salah. Sah depa mmg x update maklumat. So, aku terhegeh2 le email dan faks semula borang. Dalam email tu mmg aku siap warning diorg jgn memandang remeh perkara ni sbb ia akan menyukarkan urusan surat menyurat.

- 21 Jun 2010: ptptn email pohon maaf dan baru update maklumat. Sgt efficient le ye ?

- 14 Julai 2010: aku email ptptn tanya bila aku leh dapat surat pelepasan.

- 26 Julai 2010: person in charge baru forward kan email aku tu kpd Siti Zubaidah bt ramlee (pegawai ke staff ptptn ke, aku x tau le). Selepas 12 hari baru forward ke? Bukan ke kalo email aduan perlu disemak setiap hari dan perlu dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja kalo kat kementerian aku ni dan kalo BPA lak dalam tempoh 7 hari bekerja. Then, Amiliyah binti Ahmad lak yg tlg jawabkan email tu "semakan akan dibuat dan maklumat selanjutnya akan dimaklumkan dalam waktu terdekat".

- 2 September 2010: aku email lg folow up pasal surat ni. tp, mmg hampeh le kan. lgsg x jawab.

-13 Mac 2011: aku terima Surat pelepasan Pinjaman Pendidikan PTPTN yg bercop 11 Mac 2011. tarikh surat tu kononnya 28 Februari 2011 (taip ok, bukan tulis tangan, walhal bukan computer generated nyer, siap ada sign kat bawah). Skali bila tgk salinan penyata kira2...... Ceh, ptptn print dr website je. Pulak tu kalo print dr internet confirm le ada tarikh bila ko print kan? nak tau tarikhnya bile? 1 Mac 2011. Sepatutnya ko print lampiran n atach skali dgn surat baru bg pegawai ko sign. Tarikh tu biar dikosongkan ruang tu supaya org yg sign boleh tulis tarikh sebenar dia sign... Jgn nak tipu org le yek. pastu setakat salinan penyata kira-kira yg aku sendiri leh download kat internet baik xyah le ko attach. Aku ingatkan ko nak bg salinan penyata yg mmg ada dlm rekod korang tu. Mmg hampeh! Yg lg menyakitkan hati, bila kena tggu tempoh 6 bulan dan sekiranya tiada apa2 tuntutan drpd ptptn baru surat pelepasan ni dianggap muktamad. Hampir setahun aku tggu, skang nak kena tggu lg 6 bulan? Mmg hebat sgt PTPTN ni or layak kot panggil PTPTIPU? Aku dah bayar lebih pun masih x cukup2 lg ke?

Sori le kalo sapa2 keje kat PTPTN ni baca. Aku mmg cuma leh nasihatkan korang buat le keje dgn lebih efficient. Jgn le seperti melepaskan batuk di tangga. Sori le kalo aku katakan sgt GELI bile tgk iklan ptptn pasal kacang lupakan kulit tu. Nak tau sbb apa? Aku sgt yakin sebenarnya ramai yg dah bayar tp ptptn sendiri x penah or lembab nak update maklumat. Kalo kita bayar lambat bukan main lg kita kena ligan, tp kalo depa buat keje lambat camne plak? Aku mmg tggu setahun if xde respond mmg nak buat aduan kat BPA. Sib depa anta surat tu b4 setahun. Sori again sbb sgt emosional lak dgn entry ni.

Wednesday, 23 March 2011

-sekadar coretan-

Assalamualaikum w.b.t.

Makin berhabuk lak laman sesawang nan satu ni... hehehe. x tercapai jg target nak menulis dgn kerap setiap minggu. x tersempat nak buat, cuma sempat fikir je. =)

Alhamdulillah, dah 9 minggu ++ preggy. So far masih ok mcm 1st preggy dulu. Cuma, ptg smlm 1st time muntah, skali je. Tu pun mgkn sbb mlm sblm tu pi melantak jeruk yg beli kat stall alamanda tu. Perut pun smlm rasa x sedap je. Lain2 ok je. Setiap mggu sama je je. Yg berbeza 2nd ngan 1st dulu cuma rasanya tahap lapar & penat je kot. Skang ni selang 2 jam perut misti lapar yg teramat sgt, smpi pedih perut kalo x makan. So, kena ada makanan sentiasa kat sisi. Sbb, xde alah le makin kuat makan kan... Pastu skang ni terasa cepat penat berbanding masa peknen kan hasya. Mgkn sbb dah balik keje kena layan hasya lg, x sempat nak rest, tu yg terasa penat kot. Tp, redah je le. Slagi leh bertahan, ok je le. Thanks jg le kat kanda sbb byk membantu kan... =)

Apa lg? Erm, target nak gi kursus awal2 sket le. Kang riso x cukup 7 hari berkursus setahun. Smlm dah bg nama kat EO utk pi kursus Risk Mangement. mcm x best je tajuk kursus tu, tp redah je le. mana le tau kot2 pengisian kursus tu best ke kan. Belasah je le. Lg pun, EO kata masih xde org yg bg nama utk wakil BI. X yah susah2 nak compete kan.

Lg? Erm, last week baru perasan yg hasya baru tumbuh gigi geraham. So, leh le makan yg keras2 dah pasni. Gigi depan pun tumbuh mcm nak penuh dah gigi bawah tu. Tu yg keje dia menggigit mama dia je.. Abis lebam2 tangan, kaki kena gigit dek hasya. Tu blum kira bab mencakar. Walaupun kuku pendek tp tajam le jg. Layan je le. hehehe.

K le, tetiba idea yg dok fikir2 sblm ni melayang ntah mana. so, terpaksa stop le dulu. =)

Friday, 4 March 2011

-Baby walker-

Salam...

Dah lama sbnarnya aku nak tulis pasal ni. Cuma x berkesempatan. Ni pun xde le sempat mana, tu yg aku nak link kan je. hehehe... Juz sbb terbaca post Mimi kat fb pasal x selamat penggunaannya. Alhamdulillah, Hasya mmg lgsg x menggunakannya. Aku mmg xmo hasya dipaksa duduk dan berjalan sebelum masanya. Malahan bg aku, bila hasya dibiarkan bergolek, berguling, merangkak, kita sbnarnya menggalakkan lg perkembangan mental dan fizikal baby & dia trus blaja dan blaja mengikut kemampuan sndiri. Walaupun, ramai ibu2 di luar sana yg mungkin x sependapat dgn aku, maaf le, tp aku mmg say NO TO BABY WALKER. Biar le ramai yg dok ckp mcm2 kat aku, aku hanya pekakkan telinga sbb aku tau apa yg terbaik utk anak aku. Hasya adalah anak aku & biarkan aku mendidik dan membesarkannya ikut cara aku. Biar pun mereka akan kata, mereka lbh dulu makan garam, tp belum tentu yg makan garam tu slalu betulkan? X slalunya yg lebih dulu makan garam tu utk kebaikan, tu yg ramai kena darah tinggi. Isk, melalut lak aku ni.

Bukan nak mendabik dada, hasya x pakai walker pun, tp cepat je jalan... =) Ramai jg yg bertanya bile atau sapa yg sebenarnya sesuai pakai walker? Bg pendapat aku le, baby2 yg mmg agak lambat perkembangannya dan telah dirujuk kepada doc serta mendapat nasihat doc utk masuk gym pi buat fisio, then baru le bleh guna walker. Tu pun kalo x silap aku bukan walker yug bulat ada tempat duduk tu. Tp, lbh kepada walker yg ada handle utk berdiri... Apa2 pun, sila le surf internet, jumpa doc, rajin2 berforum, etc...
X elok sbb per?
- baby kurang berkembang drpd segi mental & fizikal
- kaki x lurus, gaya berjalan pun x brape cantik
- berjalan menggunakan hujung jari kaki
- mudah cedera, x selamat
- bukan mempercepatkan baby berjalan, tp mgkn akan lbh melambatkan pergerakan
- dsb

Nak tahu lbh lanjut nape le baby walker ni x selamat / elok digunakan, kwn2 le le klik kat link berikut ekk.

http://drzubaidi.com/blog/?p=548
http://drmuna.wordpress.com/2009/12/12/441/

-Lunch hour-

Salam....

Td masa lunch hour yg mmg panjang giler, Jumaat le katakan... Aku telah di"kidnapped" oleh Puan K... Aku sndiri xtau nak kemana sbnarnye & dgn izin kanda join je le Puan K. Rupa2 nyer dah ada le Cik E dan Puan N dlm kete. Masuk je kete baru le Puan K kata nak ke Subang. Mak aih, jauhnya nak pi makan. Tp, sbb Jumaat kan, no hal le.

So, kitorg pun menuju le ke Empire Subang. 1st time kot aku masuk sini. Parking punya le susah. Bersimpang siur gituh. Blasah je le Puan K, kite parking tepi fire extinguisher. hehehe... Tgk jam masa tu dh 1.20 ptg, trus le menuju ke tempat makan. Punya le byk pilihan tp full house. Adeh! At last masuk le Tarbush, Lebanese Cuisene. Not bad. Aku amik Spring Chicken ngan air epal. Diorg bertiga lak amik Chicken Beriyani (Lunch Set). Spring Chicken tu pun kiranya share bersama Cik E & Puan K le sbb mcm besar lak ayamnya. Alamak, xde gambo le plak. Utk kanda aku tapau Chicken Beriyani je le sbb pagi td kanda x bekfes nasi kan, so, lunch leh le makan nasi. Jgn riso, x gemuknya k. Bak kata Puan K, nasi ni kurang kanji. =)

Apa lg yg menarik? Erm, masa ni le buka mcm2 citer n baru le tau byk perkara. Kdg2 kite ni mcm "katak bawah teko". Nampak dunia luar tp x betul2 keluar, so, xtau apa2. Ye le, katak bawah tempurung tu macam dah ketinggalan zaman lak...Cikgu aku yg cakap, aku pinjam je ayat dia. heheheh... Tp, pengajaran yg aku dapat dr sesi borak2 kitorg ni, pesanan dr Cik E "silap kita ni apabila kita terus membiarkan org membuat kesalahan pertama tanpa ada teguran atau tindakan". Betul jg bile pikir. Sbb org tu akan terus dan terus lakukan kesalahan yg sama or yg lbh teruk sbb dia tahu xde sapa2 akan amik tindakan dan xde sapa nak tegur. Cuma, yg kita ni asyik pikir malas nak besar2 kan isu, tu yg senyap je. Mmmm... Tp bile ingat2 balik, my boss pun penah pesan benda yg lbh kurang sama "kalo kite dah tau benda tu salah, kita kena betulkan. Jgn biarkan yg salah tu trus camtu je".

Isk, apa le yg aku merepek ptg2 Jumaat ni. Tp, sekadar gatal tgn nak mencoret sesuatu. =)

Thursday, 3 March 2011

-Good news-

Salam...

Rasanya ramai yg dah tau n ada jg yg masih tertanya2. Yg sebok2 dok tanya sana sini pun ada. Kan lbh baik tanya aku sndiri, confirm aku "iya" kan. Benda betul xkan nak tipu. Ni A tanya kat B, B lak tanya kat aku n aku ngaku n saja tanya A tu sape. Leh ke jwpn "ntah le, td ada org tanya". Aik, xkan le bersembang xkenal sape kot. Ckp je le, xde nyer aku marah. Ni dok main sembunyi2 lak.

Actually, gerak hati aku dr awal lg mcm kata ya. Tp 1st aku test dulu -ve. So, aku tggu another week & last friday gigih masa lunch gi beli kat watson n lik opis trus test. X tunggu lik umah tu... Taraaa...



Alhamdulillah... Kiranya due akan lbh kurang mcm hasya le, bulan 10. Bukan aku nak merahsiakan sgt, cuma malas nak heboh2 sbb masih awal lg, 6 weeks... Sape yg dah tau, tau le kan. =)

X kisah le baby lelaki ke pompuan. Janji sihat dan selamat sume nyer. Doakan yek.

Sunday, 27 February 2011

-Alhamdulillah-

Salam...

Terlewat sket aku coretkan kat sini. Tp, juz nk share dgn kwn2... Nampaknya tahun ni mmg "kebetulan" serupa dgn tahun 2009 dulu. Alhamdulillah... =)

Thursday, 24 February 2011

-Outstation-

Salam...

Xde idea ni tp nak tulis juga... hehehe... Juz mengenangkan kembali masa aku gi outstation ke Perak pada 16-17 Feb lepas. Tu le perjalanan ke-2 jauh yg aku drive sendri sensorang. hehehe. Yg pertama dulu masa aku ke Kuantan pada 16 Feb 2009. Kebetulan pada tarikh yg sama kan? Cuma bezanya dulu aku hanya merindui kanda tetapi skang ni merindui kanda + hasya mucuk... =)

Mmmm, kalo dah drive sensorang tu confirm le merempit kan. Nak pulak kuar umah dlm kul 650 pi isi minyak jap n kul 7 baru gerak. Pecut 110-135km/j.. Tolong jgn saman yek... Smpi kat TNB Ulu Kinta jam 1000. Dr putrajaya ke Spg Pulai amik masa 2 jam 15 minit je. Pastu kuar lalu jalan biasa tu yg dok terhegeh2 lmbt. Riso jg kalo2 terlamabt sbb janji jam 1030, skali wakil dr *tuuut* lg lmbt smpi, kul 11 k. isk isk isk... 2 hari ni keje masuk kg org asli je le. hari 1st tu ok le 1 site je sbb mula pun dah lewat. hari ke-2 tu ada 3 sites. Kesemua sites dr hari 1st till ke-2 misti naik 4wd kecuali site terakhir leh bawa kete sndiri n dgn gigihnya aku drive sndiri masuk kat dlm tu...

Hari ke-2 tu ikut surat yg aku kuarkan patut start kul 9 tp wakil dr *tuuut* minta dilewatkan ke jam 1030. 2 sites mule2 tu kat gopeng. Gigih masuk dgn 4wd, siap kena jalan kaki halfway sbb dah xleh masuk kenderaan. Mule2 tu cuak jg sbb my BIL ckp kg org asli tu le yg ada kes 4wd terbalik jatuh kat curam tu. Then, mmg dr pg smpi kul 715 mlm le kan baru kuar dr sites. Sib le site terakhir tu kat ulu slim. So, mmg aku pecut trus le dr situ ke putrajaya. masuk tol tg malim dlm kul 745 n smpi umah putrajaya dlm kul 850. Gigih jg le nak smpi malam tu.... Penat...

Apa2 pun pengalaman drive jauh2 sendiri n kebetulan pada tarikh yg sama mcm tahun 2009 dulu. Agak2 leh dapat good news mcm thn 2009 pada tarikh yg sama jg ke? =)

Friday, 11 February 2011

-Karnival Wow Putrajaya-

Salam...

Start hari ni till ahad ada Karnival Wow Putrajaya... mcm2 xtvt yg ada antaranya hot air ballon, pertunjukan bungan api, upin ipin, konsert & mcm2 le lg... Sila tgk poster kat bawah n utk jadual or tentative program leh masuk kat website www.ppj.gov.my

-Tahniah-

Salam...

1st of all misti le nak ucap tahniah kat my beloved asben, kanda mucuk sbb lulus PTK. Aku x pasti paper yg mana satu, tp satu tu dpt A & satu lg dapat B. So, aras 3 le. Mmg dah tersurat rezeki takat tu je kot sbb PTK kan dah mansuh, kalo x, leh jg repair yg B bg jadi A. Alhamdulillah, skali amik je kan... So, pasni tggu nak confirm M48 je le... Tahniah kanda. Saaaaaaaaaaaayang kanda mucuk!!!

Tahniah jg aku nak ucapkan kpd kwn2 yg pregnant. Sape? Meh aku list kan stakat yg aku tingat je le yek:

- Yanti (member masa kat UiTM machang)
- Izwa (doormate & schoolmate masa form 1-3)
- Erma (opismate)
- Fatihah (opismate)
- Sha'areeda (Bhgn R...x-opismate but still ministry mate. Leh ke term ni? hehehe)
- Siti Eycah (Bhgn PE... yg ni pun sama mcm kat atas)

Ala, lupe le plak. Xpe le, bg nama2 yg aku terlupa sori ekk, camnepun tahniah kat kwn2 sume... Skang ni tggu Che Cah bersalin n dia akan pas baton kpd sapa lak yek? Sila le pas baton kpd aku yek, perut aku ni pun mmg tgh mengandung... tp mengandungi lemak je le... hehehe... (^_^)

Monday, 7 February 2011

-xtvt masa cuti-

Salam...

Wah, jap je dah bulan Februari kan? Cepat je berlalu. My lovely Hasya pun dah 1 thn 4 bln semalam. Last week lak mmg cuti panjang sbb cuti Hari Wilayah & Chinese New Year... Tapi aku & kanda malas lak nak amik cuti, so kitorg masuk jg opis le hari Isnin & Rabu... Isnin still ramai lg kat opis tp bila Rabu tu, hanya ada 11 org je... Kiranya setiap unit akan ada 1 org pegawai & mgkn jg ada kerani kecuali unit aku hanya aku sorg je le... So, surat & memo kena proses sendiri le. Thanks Am (unit air) sbb bantu akak hari tu.. Sib Am sudi membantu + pengalaman masa my staf cuti bersalin kat ED (now PE) dulu, aku kena buat sendiri.

Sepanjang cuti dr Selasa, Khamis till Ahad, kitorg (aku, kanda & hasya) mmg xlik kampung le. Kanda kata leceh nak ngadap jammed nanti. Tp, kalo nak lik jg kanda xde hal punya, ok je. Cuma aku malas nak pening2, ikut je le. My mom ada tanya jg, tp aku kata nanti aku lik kpg masa aku ada site visit 16-18 Feb ni... My FIL lak gi Kelantan, mcm best je... Terkenang zaman aku dok sana dulu, tp same reason, kanda malas nak ngadap jammed. Lg pun sian lak kat kanda nak drive, jauh jg perjalanan tu kan. So, sepanjang cuti kitorg hanya buat:

1/2/2011: ke Gardens... saja jalan2.. Kuar pun dlm kul 3 ptg... Pusing2 n tershopping lak baju Hasya kat Baby Gap. hehehe... Sape suh diorg sent sms kat aku pasal ada new season collection kan... Sib le dah join members & ada voucher 20% off, jimat dlm seratus lbh jg le... pastu masuk Banana Republic n tenkiu kanda sbb belikan baju utk dinda. Len kali leh beli lg k... Jgn jeles tau, i pakai size XS tau... hehehe...

3/2/2011: pagi2 tu bekfes kat kedai mamak jap. Pastu trus gi tgk umah dr kejauhan je. Bosan dok umah kan... pastu trus ke Bangi sbb nak amik pump yg anta servis kat Susuibu.com. Pastu saja menjengah ke Al-Ikhsan, Bangi tp xde yg berkenan. Trus ke Alamanda... Masuk ke Nike n terbeli lak tracksuit. Isk isk isk, semangat nak jogging le kononnya... pastu masuk Primavera lak sbb mmg dah lama benar x beli kasut keje n kasut yg ada tu mmg nak humban je dah. Terbeli lg... hehehe... Ptg tu dlm kul 6 sgt gigih gi jogging sambil tolak stroller. Cian hasya sampai tertido... Tgh2 jogging tu tetiba lak ujan renyai2, kelam kabut patah balik ke kete yg jaraknya dlm 2km ++. So, ptg tu lari dlm 4-5km jg le...

4/2/2011: Kononnya hari ni nak lepak umah je le sambil ngemas umah. Ptg tu gi pasar malam sbb seharian dah berkurung kat umah.

5/2/2011: Bangun pagi tetiba kanda ajak gi Aquaria, KLCC. Wah, semangat gituh... Gambar nanti aku upload kendian le ekk... 1st time le aku masuk Aquaria ni... Not bad. Ramai jg org masa tu, maklum le time cuti kan. Part yg best masa dlm tunnel...Hasya excited nak jalan sendiri tp ramai org lak, kang naya je kena langgar. Pastu tgk ikan besar2.. Ada yu kemejan, jerung, pari, mcm2 le lg... pas abis tu round KLCC jap. Termasuk lak dlm Baby Gap n terbeli lg baju hasya. isk isk isk... Anak dara srg ni camne leh terberkenan ngan jeans tu. Bile kite letak, dia amik balik. N bile bg dia try, siap nak pakai trus. Sib x nangis masa aku bukakan. kena le bayar dulu yek cik adik manis.

6/2/2011: lepak bekfes kat mamak. Terjumpa lak ngan Ecah + wan Rahim + Akif yg montel. Akif makin nmpk susut sbb dah terer jalan. Tp, akif mcm malu2 je. Auntie nak salam pun malu2 yek. hasya berdiri sblh pun malu2. hehehe... Pastu abis makan trus gi Pasar Borong Selangor. Byk yg tutup, biasa ar tokey cina cuti kan. Sbb byk yg tutup, sotong kan main lg mahal smpi RM18/kg, biasanya antara RM11-RM14/kg. Udang lak antara RM15.50 - RM17/kg, biasanya antara RM11-RM15/kg. Tp, sbb dah sampai sini n rasanya tempat lain pun misti lg mahal kan, beli je le stok seminggu... Udang 1kg, sotong 1kg, ayam sekor & beberapa jenis sayur. Sayur x beli byk sbb nanti leh beli je kat Carrefour. Balik umah truskan xtvt menyiang sume yg dibeli n masuk bekas elok2. Pastu kemas umah & lepak2 je le kat umah.

Kesimpulan masa cuti ni kami mmg gi shopping je le... x kira le kat shopping complex mahupun kat pasar. hehehe. Pastu setiap malam mmg tido dlm kul 2-3 pg sbb layan tv & dvd. hehehe... Camnepun, enjoy cuti. Korang lak camne?