Friday, 20 May 2011

-Lunch date-

Assalamualaikum w.b.t.

Jumaat datang lagi, sama2 le kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Umur pun makin meningkat dan kita masih berpeluang menghirup udara hari ini walaupun x sesegar zaman dulu2... Ayat intro yg x bleh blah ekk...

Ok le, lunch date hari ni wif Puan K, Puan Y, Cik E.... Kali ni xde projek masak2 sbb pi makan kat Bangi... Pi kedai makanan chinese muslim, apa ke namanya, lupa lak. Mohd Chan ke apa... Not bad, ok jg... Makanannya banyak dan harga berpatutan... Skali bila aku tgk dalam pinggan mmg licin le aku makan (x baik membazirkan)... walhal, yg lapar tahap menggigil tu diorg tp x abis pulak diorg makan excpet Puan K le.Xpe, aku ada alasan le yg makan utk 2 org kan... hehehe. Pastu mengah lak sbb perut rasa sendat ngan makanan...

Past mengisi perut, Puan K & the geng bawa aku pi Yummy, kedai bahan2 buat kek... 1st time aku masuk. hehehe... Banyak jg bahan2 yg bleh beli kat sini. Patut le kalo aku nak pi Manjaku, misti aku tgk kedai jual bahan2 buat kek sekitar bangi ni penuh ngan orang. Mcm menarik jg. Tp, nak beli pun buat apa, nak bakar guna apa kan? hahah. So, tunggu masuk umah baru je le. Lagipun, macam le aku ni rajin sgt kan. Tp, x tau le kalo dah start mencuba jadi ketagih nak buat lagi mcm Cik E. Yg aku tau part yg paling best masak memasak ni bila tgk org makan hasil air tangan kita dgn bersungguh2... Sedap hingga menjilat jari le katakan. Yg tu yg akan buat semangat berkobar2. hahaha... Xpe le, skang ni aku nak tujukan uacapan ni khas buat Puan K, Puan Y dan Cik E yang sibuk dok beli bahan2 tadi, sila le buat kek ke, muffin ke, cupcakes ke yg sedap2 dan banyak & jgn lupa bawa ke opis. Bukan takat opis korang kat aras 5 & 6 je, tp, sila delivery jg kpd aku kat aras 4 ni yek. hehehe...

Thursday, 19 May 2011

-Our home sweet home-

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Last week masa gi makan2 yg dianjurkan oleh developer, kitorg dimaklumkan yg kunci akan dapat sekitar ogos or mungkin lbh awal. saja le tinjau umah trus, uamh dah pun berkunci, cuma gate je x. Malahan, ada sesetengah jalan dah pun ditutup x nak bg org masuk le kan. Actually kitorg beli umah ni Phase 1 Type A kat Tiara Height. Skrg ni tgh open jualan utk Phase 2 Type B. Nanti berjiran le kitorg ngan Zaimee (Bhgn R, KKLW) wif his wife, Tina Sabrina (batch ptd aku le).... Nak cter panjang pun, xtau nak citer apa sbb byk dah diciterkan dlm comment fb. So, bg kwn2 blog, layankan je le gambar ni k... =)




-Muntah lg-

Assalamualaikum w.b.t.

Pagi td masa tgh bekfes muntah lg. So far, sepanjang preggy kali ni baru 3x muntah. 2x drpd nyer mmg masa tgh dok ngadap bekfes. So, dgn sepantas kilat terpaksa sambar plastik yg ada sbb mmg x sempat nak lari pi toilet. Sori le kat kengkawan dlm pantry yek. Sib le masa termuntah x mengeluarkan bunyi2 yg meloyakan & sempat le psing ngadap dinding ngan tong sampah tu je. hehehe. Sori again. Ntah le, mungkin angin kot. Tibe2 je rasa cam angin naik dr perut n trus dia push kuar balik sume makanan yg dah masuk. 2x ni pun kat opis. Befes kat umah ok je le plak. Mungkin jg sbb badan penat kot. Nak kata makan lewat, kat opis lg awal makan, dlm 830 sedangkan kalo kat umah maunya kul 10... hehehe... Xpe le, yg penting kena jaga kesihatan baik2. Biasa le, tiap kali preggy, pengalaman pasti berbeza. Just enjoy it. =)

-Hidup x semudah yg disangkakan-

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar mencoretkan apa yg terlintas di fikiran. Hidup kita ni x semudah yg kita sangkakan. Adakala apa yg kita inginkan cukup mudah untuk kita perolehi. Tp, adakala sgt sukar untuk digapai. Tp, x bermakna Allah x sayangkan kita. Allah sememangnya sayangkan kita dan sebenarnya hanya mahu menguji ataupun telahpun merencanakan sesuatu yg lebih baik untuk kita. Wallahua'lam....

Cuma, adakala bila kita terpaksa berdepan dgn cabaran dan dugaan, sejauh mana mental dan fizikal kita mampu bertahan. Bagi perempuan, kebanyakannya air mata adalah peneman. Ada yg mencadangkan agar dikongsi masalah dgn org lain. Tp, x semuanya kita mampu untuk berkongsi sb mungkin ia ibarat membuka pekung di dada. Lagipun, Allah telah tutup aib kita, mengapa perlu kita membukanya... Sekiranya melibatkan insan lain pula, simpanlah aib org tu. Sekiranya kita menutup keaiban org lain, nescaya Allah akan menutup 10 keaiban kita. Wallahua'lam...

Mungkin ada yg tertanya2, apa le yg aku merepek hari ni. Ntah le... Mcm yg aku gtau td, sekadar mencoretkan apa yg terlintas. Mungkin dgn menulis boleh membuatkan aku lbh release... Thanks to all frens yg jadi follower or silent reader sbb sudi membaca luahan hati aku. Thanks again.

Monday, 16 May 2011

-Miss u'ols-

Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah gambar ni tersimpan... Bila dok belek gamabr2 dlm ifon ni baru terperasan yg aku mcm x post je lg gambar ni kan. Sempat ber"lunch date" ngan Jaja & Ayu... Masa ni Jaja masih kat JPJ, skang kat JPA. Tahniah le Jaja, dapat gak ko beralih angin dan timba pengalaman kat tempat baru. Ayu masih lg kat EPU n aku jg masih di KKLW. Mmmm, lama x lepak ngan korang + yani + erna + claire kan... Miss u'ols rowdies...


Jaja, my twin....

wif Ayu...

Monday, 9 May 2011

-Kelas memasak-

Assalamualaikum w.b.t.

Erm, asal terfikir nak mencoret, malas lak. Tp, bila dah rajin, idea terbang ntah kemana. Isk isk isk... Juz nak share sesuatu yg menarik (bg aku le kan).... Last friday aku telah join kelas masak memasak, baking membaking kek dgn Puan K, Puan N @ Y, Cik E yg bertempat di umah Cik E le... hehehe... Sejujurnya, aku mmg x reti buat kek. So, memandangkan kat umah baru nanti akan ada oven, maka dr skrg le aku kena blaja kan... hik hik hik... Ni le resipi yg telah diturunkan oleh sifu, Puan K...

Cheese Marble Chocolate Cake

Adunan cheese:

250g creame cheese
65g or 1/3 cawan gula (cawan hasya ni... cawan ikea yg warna warni tu...)
1 biji telur
1 sudu vanilla
1 sudu besar lemon / limau kasturi
Cara: gula dan creame cheese di mix until smooth. Then, masukkan sebiji telur dan mix smpai sebati. Pastu masukkan pula vanilla dan perahan lemon / limau kasturi tu...

Adunan coklat:

1/2 cawan serbuk coklat
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
cara: bahan2 diayak

1/2 cawan susu cair (susu pekat or creamer x leh)
1/2 cawan minyak jagung or minyak masak or butter yg dicairkan
1 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan air mendidih / panas (masuk sikit2)
cara: telur dan vanilla dipukul dulu. Then, masukkan semua bahan2 ke dalam bahan2 yg telah diayak dan mix... x guna mixer pun boleh, kacau guna tangan (senduk) je.

- panaskan oven 10 minit lbh awal pada suhu 120-180 (average 150) depends kepada jenis oven.
- loyang disapu dgn margerin / butter. Then, taburkan sikit tepung supaya mudah nak kuarkan kek nanti (x melekat).
- tuangkan adunan coklat dulu, pastu tuangkan adunan cheese.. (yg ni ikut sesuka rasa le nak design camne). last skali buat le corak yg cantek2 kat atas skali tu & taburkan coklat chip.
- bake dlm 40-45 minit.



Bila dah siap, terpulang le nak makan panas2 or simpan bagi sejuk dulu... Citarasa memasing kan.. kek ter"crack" le pulak sbb x biasa dgn jenis oven ni.. hahaha, alasan yg telah diberikan... oh ye, kek yg sama jg penah diberikan oleh Puan K masa besday aku n kanda, cuma masa tu kek tersebut telah diganggu-gugat oleh En. Nazif (anak Puan K yg comey)... Gambar as kat atas le yek... Selamat mencuba.

Wednesday, 4 May 2011

-kepahitan itu-

Nak ku kongsi bersama
Aku tak mampu
Nak ku luahkan
Sudah pasti tidak
Habis, apa yg perlu kulakukan?
Telan sahaja semua kepahitan itu
Kerna, itulah yg akan lebih mematangkanmu
Kepahitan itulah yg menjadi tonggak kekuatanmu
Kepahitan itulah yg mengingatkan dikau kepadaNya...
Hanya kpd Allah aku berserah
Agar kepahitan itu akan menjadi manis jua...

Tuesday, 19 April 2011

-semoga cepat sembuh-

Assalamualaikum w.b.t.

Sbnarnya dah lama aku nak tulis dlm blog pasal ni. Tp riso jg sbb tgk kanda sndiri x tulis dlm blog dia. So, simple je kot aku nyer post ni. Erm, actually my MIL skrg kat spital, baru pas operate sbb diabetis. Rasa sedih, simpati sume ada, bercampur baur. Cuma yg mampu aku lakukan berdoa agar mak cepat sembuh n sihat seperti biasa. Betapa berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya. Sama2 le kita doakan yek kwn2...

Monday, 18 April 2011

-sekadar coretan-

Assalamualaikum w.b.t.

Uiks, x tercapai jg KPI nak menulis blog at least once a week. hehehe. Kdg2, fb pun x sempat view kalo ter'bz'. Lately ni mcm penat sket kot. Mau x nyer, hasya kalo kat umah memanjang je nak berdukung. X kira le time tu mama nak masak ke, nak bersolek ke, nak buat apa saje le. Adui, sakit belakang dibuatnya sbb berat pun dlm 10kg. Mgkn bg certain people hasya tu masih ringan, tp bg aku yg nak pulak tgh preggy ni, sgt le memenatkan. Sib le kanda byk jg tolong pujuk hasya supaya jgn bg mama dukung dia je. Kdg2 kalo dia terjaga tgh malam pun, nak kat mama jg...nak mama peluk, riba. Papa? lagi kuat dia menangis ada le. Kdg2 rasa cam kiut miut sgt le hasya ni dgn perangai dia yg makin mcm2 ni. =) Apa2 pun, mama sayangkan hasya. Nanti be a good big sister ok.

Friday, 1 April 2011

- Semoga selamat semuanya-

Assalamualaikum w.b.t.

Td aku ikut family pi anta atuk n nenek aku kat KLIA sbb depa nak pi umrah. Semoga selamat pergi dan pulang, selamat kat sana, kesihatan dalam keadaan baik dan beroleh ibadah yg sempurna.