Saturday, 17 November 2012

- Testimoni BB Plus -

Assalamualaikum w.b.t.

Ni apa yg aku sendiri rasa pas cuba BB Plus Collagen ni...

Kulit lbh sekata, lembut, cerah, licin berbanding dulu...

Pastu baru ni ada le berbual dgn pegawai baru...

"Erm, umur puan berapa ye? Nmpk muda lg"
"Thn ni 30"
"Ye ke?..."
Tergezut dia tu, cam x caya lak...

So, kpd sape2 nk try BB Plus ni blh le pm sy k. Kalo x nk beli sekotak, blh beli loose, try dulu 1 sachet. X rugi cuba, byk benefit... :)

Friday, 16 November 2012

-Accident lg!-

Assalamualaikum w.b.t.

10 Nov 2012 (Sabtu) yg lepas kete aku lak terlibat dgn accident di hiway PLUS area Sg Bakap, km148-155 kot. Masa tu kami dr Spg Pulai (umah my parents) menuju ke Kulim (umah mak sedara kanda)...

Masa tu ujan turun x lebat pun tp jalan mgkn agak licin le gamaknya. At that time, tgh makan2 dgn hasya dlm kete tertiba aku perasan lori kat depan mcm berpusing & terus hentam besi pembahagi jalan kat fast lane. Tergezut gak & alhamdulillah kanda sempat brek. Tetiba, DUM! Hasya tergolek jatuh kerusi. Rupa2nya Mazda 6, 2.5 dah hentam blkg kete kami. Blkg kete tu lak Waja. Dlm ujan tu masing2 kuar kete, pakat2 ke tepi le.

Aku heran jg nape ada bas gak stop tepi jalan. Rupa2nya punca berlaku sbb ada kete Mercz, Singapore nyer yg bawa camne ntah yg membuatkan bas terpaksa ngelak dr berlanggar. Disebabkan tu, lori yg kat blkg tu terlanggar bas sket sambil cuba nak elak + brek emergency, trus le berpusing 2x & langgar besi. Kami lak dlm jarak yg selamat & sempat break. Malangnya kete Mazda tu mgkn agak rapat. Walaupun dia sempat brek tp bila Waja dah hentam dia, dia hentam le kete kami lak. Sib le masih ada gap antara kete kami & lori, if x, confirm langgar lori lak. Mercz td dah menghilangkan diri. Isk isk isk.

At last pakat pi balai polis le. Tp, bas bawa penumpang terpaksa gerak dulu, lori pun sama nak anta barang. Waja bawa org (pelancong kot), terpaksa gerak dulu katanya sbb riso lambat + riso kete xleh gerak nanti. So, kami & mazda je le. Mmg bila sampai IPD Seberang Perai Selatan tu, call le yg Waja tu, dia kata mmg kete dah xleh gerak bila sampai destinasi. Camnepun kami bersyukur sbb kami selamat & kete secara fizikalnya x terjejaspun, ada le kemek sket je. Bumper kete ni Naza Bestari Peagout 206 mmg kuat le, patut le xde reverse sensor. Yg siannya kete Mazda tu le. Dah le Mazda 6, 2.5 lak. Yg paling sadis kete member tu baru kuar beb. Owner kete dok sblh & org dr tempat kete tu yg drive. Huh, sayangnya... Sib le kete dia pun kemek sket je le. Waja tu je yg kemek teruk giler.

Secara keseluruhannya, kami tetap bersyukur sbb selamat drpd sebarang kecelakaan. Kami jg selamat sampai kat umah Cik Nab, selamat jg sampai di teratak kami di Salak Tinggi. Alhamdulillah.

-Salam Perpisahan-

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia.

YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan / Cik,

Alhamdulillah, telah berlalu kira-kira 6 tahun 4 bulan saya berada di Kementerian ini, maka tibalah jua salam perpisahan buat semua yang mengenali diri ini. Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di KKLW sebelum meneruskan perkhidmatan demi kemajuan kerjaya saya di ............. berkuatkuasa pada 7 November 2012 yang lalu.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas segala salah silap sama ada disengajakan ataupun tidak mahupun terkasar bahasa sepanjang saya berada di Unit Pertanian Komersil & Pelancongan Desa, Bahagian Ekonomi Desa (sekarang dikenali sebagai BPE) dari Julai 2006 - Ogos 2008 serta Unit Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bahagian Infrastruktur dari September 2008 - sekarang.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan kepercayaan serta kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang saya menjalankan tugas. Terima kasih yang tak terhingga terutamanya kepada warga kerja BI & BPE. Terlalu banyak kenangan suka duka di Kementerian ini, hinggakan bertemu jodoh juga di sini. (^_^)

Suka dan duka menjadi tunjang,
kasih dan sayang tak mampu dibeli,
jika ada umur yang panjang,
Insya Allah pasti kita bertemu kembali.

Nilai ukhwah menjadi tali,
pengikat jiwa teguhnya pasti,
jari disusun rapat sekali,
maaf dipohon andai pernah mengguris hati.

Jiwaku suram hatiku gelisah,
bila mengenangkan kisah yg lama,
kini tibanya masa untuk kita berpisah,
terima kasih kuucapkan untuk memori bersama.

Salam hormat, terima kasih.

Wednesday, 24 October 2012

- Hepi besday -

Assalamualaikum w.b.t.

Hepi besday to hasya (6 Okt) & Hadif (24 Okt)... semoga anak2 mama membesar dgn sihat, cerdik, cergas, menjadi anak yg soleh & solehah... 

Ahad lepas, 21 Okt, kami dah sambut besday Hasya & hadif kat umah. Alhamdulillah, ramai jg tetamu yg hadir & rata2 yg dtg sume hepi... Kali ni kami buat majlis ada face painting ngan magical clown... Awang de Clown ni mmg dpt sambutan hangat drpd tetamu yg hadir. Mr Clown ni mmg best le... Bukan takat buat2 belon je, main games, buat magic tp mmg penghibur. Dia le host majlis ni, siap mic sume dia bawa. As tuan umah mmg aku jemput tetamu masuk & aku lbh tumpukan pada Hasya & Hadif. Sampaikan petang tu Hasya & hadif dah x larat, aku bawa diorg naik tido, tetamu masih leh hepi2 kat bawah. Kalo le xde Mr Clown tu, jenuh jg le nak layan tetamu yg hadir. 

Thanks sume yg hadir.. Thanks jg yg bg hadiah & doa...

Oh ye, gambo nanti kendian aku upload k. X pun, pi je le tgk kat fb... K le, nak gerak amik Hadif bawa dia pi cucuk 1thn... =)

Thursday, 4 October 2012

-Dulu & kini-

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam aku saja le baca balik penulisan aku dlm blog ni masa tahun 2007 & awal 2008... X larat le nak baca semua kannn... Baru aku terperasan bahawa gaya bahasa, susun atur bicara dulu & kini dlm penulisan blog ni agak berbeza. Xde le beza sgt kan, tp kalo diperhatikan mmg ada kelainan. Suatu ketika dulu, permainan emosi lbh banyak dimasukkan dlm penulisan tp kini sesuatu yg lbh nyata. Eh, korang faham ke? Berbelit2 lak ekk, lantak je le labu. Hahahah...

Dulu, mgkn aku banyak luahkan apa yg aku rasa dlm blog ni. Suka duka, marah, sedih, semuanya le. Kini, aku lbh banyak memendam rasa kot. Kang silap tulis, ada yg terasa hati. Pastu kdg2 kita cuba maksudkan A, org faham B, tu antara faktor yg menyebabkan aku malas nak tulis apa2 update kat fb or blog. Lbh senang comment status org lain kot. Ahaks...

Dulu & kini, aku tetap aku, sama je...

-aku & sesuatu-

-Adil-

Assalamualaikum w.b.t.

Adil? Apa yg org dok sebok2 sgt kata itu x adil ini x adil? Pernah ke kita ni tanya diri sendiri apa maksud adil tu? Pernah x kita tanya diri kita sendiri sejauh mana kita ni berlaku adil kpd diri sendiri dan org sekeliling kita? Kalo kita sendiri x mampu berlaku adil, x usah le nak point finger to others k. Sama2 le kita perbetulkan diri sendiri dulu...

Adil adalah meletakkan sesuatu itu pada haknya bukanlah konsep kesamarataan. Ini yg perlu kita tau dan fahami. Cuba le kita perhalusi lagi tentang konsep adil ini dan implement le kpd diri kita dulu k.

K le, nak buat keje. Sori le, pagi ni mood tetiba spoil sket sbb ada lak perkara yg aku rasa agak kurang adil telah berlaku. Lantak pi le, sampai masa, kalo dah terkena batang hidung sendiri baru le tau langit tinggi rendah... Btw, thanks a lot yek!

Wednesday, 3 October 2012

-Luncheon-

Assalamualaikum w.b.t.

Caling for kanda.. Calling for kanda.. hehehe.. Mana le kanda ni, x abis lg ke miting tu.. Hadi join x kita lunch ni?

Ada je suara2 yg berbunyi yg aku ni memanjang je makan ngan kanda. Siap ada kata "kat umah dah jumpa, kat opis pun nak berkepit lg ke?'.. Maaflah, beliau suami saya, selagi mana beliau nak saya temankan beliau makan, saya pasti akan ada sama. Lagipun, kitorg bukan makan berdua je. Slalu nyer pasti ada hadi & klynn bersama. Kami ni kiranya lunch ngan geng2 ex-BED le sbb kdg2 mimi pun join sama. Aura BED masih ada dlm diri memasing kot. hahaha.

K le, nak gerak dulu... =)

Monday, 1 October 2012

- Mak & Iskandar -

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam besday my mom... Hepi besday mak.. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dilimpahi Rahmat Allah selalu... Tetapi smlm mak x dpt nak sambut besday dgn hati yg tenang sbb anak bongsu mak which is Iskandar, adik aku le sakit...  Kornea mata dia terkoyak due to infection... contact lens... Riso & takut gak bila mendengarnya..

Ya Allah, Kau sembuhkanlah adikku ini...

Tuesday, 25 September 2012

- Sedut gas-

Assalamualaikum w.b.t.

Agak lama menyepi. Kekangan waktu yg semakin mencemburi aku. Wah, ayat x boleh blah langsung. hahaha.

Actually, lately ni Hadif agak kurang sihat. So, mama pun jadi x larat le, ngantuk le sbb memalam Hadif tido x lena. Agak teruk jg batuknya sampai berbunyi. Memula pi le klinik gomen sbb slama ni mmg Hadif pi sana (masa Hasya mmg private je le), senang le sbb rekod dah ada. Tp, kali ni dah lbh 2 jam menunggu punya le lambat, slalunya cepat je dlm 30 minit to 1 jam. Biasanya masa pedaftaran, person incharge kat kaunter akan bg no giliran bermula dgn no 1 which is utk "OKU, warga emas, kes2 kecemasan (mcm baby also include)". Tp, kali ni org tu bg no bermula dgn no 4 which is "tanpa temujanji". Mmg berjanggut nak tunggu. So, blah je le, pi le medivron (hadif penah pi skali) tp doc lak dah kuar. So,pi klinik Lita Alis le, klinik yg biasa bawa hasya. Cek punya cek, doc advice sedut gas sbb lendir / kahak banyak dah kat paru2. huhuhu.. Sian anak mama nangis terjerit2. Tp, tu le 1st time & harapnya yg terakhir kot. Doc kata bukan asma tp sbb nak keringkan lendir tu... Ok le.. Alhamdulillah, pas 5 days makan ubat, akhirnya Hadif dah ok. Fuhhhh... Doc cakap kalo nak cepat ok dlm masa 3 hari tu better sedut gas tetiap hari (1x / hari). Erm, aku nak komen apa pun x tau sbb masa Hasya dulu x penah jadi camni kan... Apa2 pun, harap sgt Hasya & Hadif + kanda sihat sejahtera.

Monday, 10 September 2012

-Hadif demam?-

Assalamualaikum w.b.t.

Jumaat yg lepas (31/8/2012) Hadif start demam. Heran gak, tetiba je demam kan... Pastu macam x berapa nak minum susu.. cara dia merengek mcm dia sakit je nak minum. Air liur siap meleleh lg. X kan ada ulcer kot. Hadif demam sampai le ke hari Isnin (3/9/2012). Lama jg le kan. Tp, demam dia on off, jap ok jap panas.

Rupa2 nya Hadif demam nak tumbuh gigi atas daaa. Masa tu kanda yg dok pegang & main2 ngan Hadif. Pastu nampak le mcm ada gigi nak kuar, putih kecik je kat gusi atas. Mgkn sb sakit gigi nak tumbuh le dia demam tu. Alhamdulillah, skrg ni mmg dah ok le sbb gigi tu dah kuar dgn jayanya. No more air liur meleleh lg. heheheh. Kalo x, mmg abis basah baju.

1 more mgkn jg dia demam sbb peralihan bulan kot. Ye le, dah nak start berjalan. Skrg ni ada le dlm 3-4 langkah & terjatuh. Tp, nmpk le gigih jg Hadif mencuba & gigih jg papa Hadif paksa hadif jalan. hahahah. Excited lak nak tggu my baby boy ni berjalan. Hasya pun hepi sb ada geng main. Sama je dua2 ni, kuat mengusik satu sama lain. Apa2 pun, semoga both anak mama membesar dgn sihat. =)