Thursday, 13 April 2023

Aku perlu terus kuat!

Hari ini, mood sedikit swing, entah kenapa...

Mungkin kerna aku terlalu mengharap pada yang tak sudi
Akhirnya aku kecewa sendiri
Tak mengapalah, dah biasa hidup sebegini
Mungkin aku terpaksa laluinya lagi
Terus langkahkan kaki
Biar apa jua yang menanti
Akan pasti kuharungi...

Aku perlu terus kuat!

-aku & sesuatu-

Thursday, 6 April 2023

Bahagia?

Ceria
Gembira
Bahagia
Itukah yang aku rasa kini?
Perasan seperti dibuai-buai dengan rasa kasih dan sayang
Jiwa pula penuh bersemangat
Kuharapkan agar ia akan berkekalan
Biarkan aku bahagia lebih daripada seketika cuma
Agar terhapus segala duka
Mungkinkah?
Doa yang baik-baik, semoga yang baik-baik juga akan kuterima...

-aku & sesuatu-

Kembali mencoret...

 Assalamualaikum...

Sekian lama tak menjengah, setahun nan lalu langsung tiada sebarang coretan. Sayangnya, blog ni terus bersawang. Kalau tiada siapa yang membacanya pun tak mengapa sebab aku kira ia seumpama diari buatku. Sesekali aku mengintai kembali coretan lama, banyak luahan rasa rupa-rupanya. Entahlah...

Aku berharap aku bisa terus mencoret sesuatu di blog ni, mengasah kembali penulisan yang semakin hambar. Rindu rasanya nak menulis seperti dulu. Tapi, aku perlukan jiwa dalam memastikan ia terus mengikut rentak yang sepatutnya. In shaa Allah, akan kuusahakan. Semoga terus rajin bercerita kelak😊

-aku & sesuatu-

Saturday, 27 February 2021

...

Dah 2 hari sakit kepala menyerang. Benda biasa setiap bulan. Migrain? Entahlah sebab tak pernah check pun. Tapi sakit sebelah kiri kepala sahaja. Makan activfast pun sama saja. Kalaulah boleh hantukkan kepala ni hahaha.. Mungkin juga cuaca panas, mungkin juga perubahan hormon. Doa yang baik2 sahaja. Semoga kesakitan ini sebagai penghapus dosa2 kecik dan semestinya tanda Allah sayangkan aku.

Wednesday, 24 February 2021

Kembali mencoret...

Hari ini setelah sekian lama tidak menulis, aku kembali lagi. Sekadar mencoretkan sesuatu yang entah apa2. Tahun lepas dan tahun ini adalah tahun yang sungguh mencabar. Penat dengan cabaran COVID-19, uruskan anak2 dan segala macam assignment. Masih bersisa beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku menamatkan pengajian. Doakan yang terbaik untukku. Semoga aku terus kuat untuk diri ini semestinya dan keluarga. 

Result exam? Alhamdulillah, masih berjaya mengekalkan sepertimana yang sepatutnya cuma sedikit tergelincir sem lepas hahaha.

Sem 1: GPA: 3.938, CGPA: 3.938

Sem 2: GPA: 4.000, CGPA: 3.964

Sem 3: GPA; 4.000, CGPA: 3.975

Sem 4: 3.833, CGPA: 3.942

Doakan sem 5 ni aku berjaya baiki semula CGPA aku tu. Memang ada rakan yang berkata apalah sangat GPA/CGPA, bukan ada tulis dalam sijil master tu. Tapi bagi aku, ia hanya untuk kepuasan aku sendiri. Supaya aku dapat berikan contoh yang baik untuk anak2 aku sekurang2nya. Doakan ya. Semoga Allah berikan balasan terbaik untuk rakan2 jua.

Monday, 22 June 2020

Aku seorang perindu

Bila bersendirian
Mata merenung jauh kehadapan
Melihatkan cahaya lampu neon yang indah
Terdengar sayup² bunyi kenderaan
Disulami bunyi sang unggas malam
Hatiku terasa sayu
Seakan² merindui sesuatu
Entahlah apa yang bermain di hatiku...

Sesekali mmg akan bermonolog, berbicara sendiri. Harus kuakui yang aku mmg sukakan keindahan malam. Mgkn sb masa form 1 asrama puteri SRC menghadap ke jalan raya. Masa tu mmg aku sering termenung di koridor menghadap ke jalan. Rindu keluarga? Mungkin. Tapi masa tu mmg aku tenggelam dalam keasyikan lampu neon dan bunyi kenderaan. Aku rasa semuanya indah, melodinya cukup kena dgn jiwa yg sunyi dan rindu. Entahlah...

Semasa form 4, aku dah bertukar sekolah lain. Jauh dr keindahan neon malam. Asrama puteri SMKASR hanya menghadap dewan makan, kantin dan selebihmya kebun getah. Malam² hanya kedengaran bunyi keretapi. Menyesakkan!

Aku sempat masuk ke KMPP dlm 3bulan, masa tu mmg aku suka lepak di hujung koridor menghadap hiway PLUS. Sebab apa? Keindahan lampu dan irama bunyi kenderaan. Sungguh mengasyikkan. Aku tenggelam dalam kerinduan. Masa lower 6 dan UiTM Machang, dapat jg lihat lampu, tp jauh jg dr keasyikan bunyi kenderaan. Masa di UiTM Shah Alam pun sama.

Masa awal kerja dan DPA, pernah le beberapa kali naik ke atas bukit area Ampang, menikmati suasana malam bandaraya KL. Sungguh mengasyikkan. Pelikkah aku ni?πŸ˜…

Skrg? Aku suka tenggelam dlm lamunan di balkoni Lily. Tenggelam dalam kerinduan zaman persekolahan, kerinduan kpd keluarga, kerinduan yang tiada bertepi. Aku seorang perindu...❤️

Tuesday, 16 June 2020

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... result sem 2 berjaya juga dapat 4.00... so kena struggle utk sem 3 pula. Semoga Allah permudahkan urusan pembelajaranku, ibadahku kepadaMu ya Allah.

Terima kasih semua yang mendoakan aku selama ini. Semoga Allah membalas jasa² kalian.

Wiraku

Dalam kedamaian yang dikecapi
Hadirnya musuh yang tidak kelihatan
Menyerang
Meranapkan sebuah kebebasan
Meragut kesihatan dan nyawa.

Covid-19
Haruslah kita perangi
Dengan segala usaha yang termampu
Masa ini
Wira negara menjadi benteng
Pelindung, perawat malah pejuang yang gagah
Tidak dihiraukan rasa takut
Demi anak bangsa dan negara.

Kini
Semuanya kembali pulih
Jika bukan kerana mereka
Entah apa yang kita perlu tempuhi
Jika bukan kerana mereka
Tiada lagi kebebasan buat kita
Terkurung dan terus terkurung
Bersama-sama kita hargai
Bersama-sama kita berganding bahu
Kekalkan keamanan yang ada.

Terima kasih wiraku, 
Pejuang barisan hadapan.

2143, 16/6/2020

Wira Hari Ini

Jika dahulu
Wira kita bangkit berjuang menentang penjajah
Jika dahulu
Musuh yang nyata.

Tapi hari ini
Semua berbeza
Musuhnya tidak lagi kelihatan
Semuanya dalam ketakutan.

Dalam suasana hiruk pikuk
Muncullah wira sebenar pada hari ini
Merekalah pejuang barisan hadapan
Bersiap siaga demi anak bangsa dan negara
Berbaju putih, hijau dan biru
Di hospital, jalanan dan sempadan
Merekalah wira sebenar kita
Terima kasih pejuang barisan hadapan.

2102, 16/6/2020

Thursday, 30 January 2020

Hai...

Lama sungguh x menjengah blog. Sampaikan password pun jenuh nak masukkan tadi sb dah lupa... hahaha... n x perasan rupa² nya xde lgsg any post pd tahun 2019... adeh, sedihnya... patutnya every year n every month kena le ada post kan? πŸ˜…

Actually, 2019 pun ada byk suka duka... asyik bertukar bos pun ye... so far semua bos tu baik n ok je ngan aku, xde hal. Then, by September 2019 aku dah start cutu belajar. Alhamdulillah sb dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). So skrg ni aku tgh sambung MBA (Marketing) kat Putra Business School (PBS)... alhamdulillah result sem 1 dapat 3.938.... syukur ya Allah... mmg x sangka dpt result camni... 3A & 1A-...

In shaa Allah aku akan cuba jg menulis dlm blog ni...😊