Sunday, 1 October 2023

Terus kuat…

“I tak kuat…”

“Kita serah pada Tuhan dan doa semoga terus kuat dan peroleh hidayah…”

“Semoga Tuhan berikan yg terbaik dan mampu kuatkan you untuk buat keputusan yg lebih baik…”

“I okay dun worry yaa, apa2 pun jadi i kena kuat…
You pun kena kuat ya…”

Terus kuat…
Doa banyak², semoga dipermudahkan semuanya…
Apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku redha…

- aku & sesuatu - 

Saturday, 30 September 2023

Pilihan

Apa yang berlaku tetap dah berlaku,
Apa yang ke hadapan lebih perlu difikirkan…
Jika sebelum ini, 
Aku memberinya pilihan…
Kata dua.
Kini, 
Aku pula diberi pilihan.
Apa pilihan yang terbaik?
Aku sendiri tidak pasti…
Katanya setiap pilihan ada risikonya…
Ya, memang benar.
Berpuas hatikah aku dengan yang sedia ada?
Atau, aku mahu mengejar sesuatu yang baharu tapi belum pasti?
Berat untuk membuat pilihan…
Fikiran terasa sesak…

- aku & sesuatu - 

Monday, 4 September 2023

Move on

Aku yang tak move on atau dia?
Kalau itu yang dia mahukan, aku akan tunjukkan apa ertinya move on. 

Sekali aku melangkah, aku tak mahu lagi menoleh ke belakang…

Bye!

7 bulan…

3 Februari 2023
Hai hai…

3 September 2023
Bye bye?…

7 bulan yang penuh dengan segala rasa
Pahit, manis, masam, masin
Sudah sampai ke garis penamat ke?
Entahlah…

Thursday, 10 August 2023

Terus tabah...

Semalam,
setelah sekian lama aku tak ambil kisah
entah kenapa aku mula menjengah kembali ke sana
mmmmm... 
nampaknya perkara sama berulang kembali
cuma adakah makin parah atau hanya sekadar begitu sahaja?

Aku penat,
dengan dunia tipu2 ni...
Seringkali cuba memujuk hati dan minda
agar kekal waras dan tenang
biar apapun yang mendatang
aku harus terus tabah.

Salahkah diriku ini?
Entahlah...

-aku & sesuatu-

Toxic

Susahnya bila berhadapan dengan toxic person. Seringkali play victim. Anggap orang lain je yang bersalah sedangkan diri yang terpaling suci. Entahlah...

Team aku sangat busy dengan kerja dan tiada masa nak fikirkan pasal dia pun. Tiba2 terasa kata kena pulaukan le boikot le. Eh, ko yang jauhkan diri daripada kami, malahan entah ke mana ko menghilang. Sudah2 le...

Plz be matured ye. Tak perlu asyik nak complaint pasal my team kat bosses. Mujur le bosses pun nampak siapa buat kerja siapa tak. 

As nasihat seseorang, abaikan je dia ni. Jangan sampai toxic dia tu menjejaskan kita. As ur wish, kami tak pernah pulaukan ko, tapi boleh je mula pulaukan.. Babai...

Friday, 21 July 2023

Hitam

Hitam
Warna kesukaanku
Apa sahaja jika boleh memang nak hitam
Tapi hati tak nak le hitam hahahah….

Cuma…
Seringkali mereka kata hitam terlalu common
Hitam sangat dan membosankan…
Kehidupan aku juga adakah membosankan?

Lalu…
Aku cuba berubah dengan lebih banyak pilihan berwarna-warni…

Tapi…
Dunia hitam putih lebih baik rupanya
Jauh lebih indah drpd dunia warna-warni tapi penuh dgn kesakitan…
Entahlah…

- aku & sesuatu -

Tuesday, 6 June 2023

Pasrah je le…

Am i so stupid?
Simpanlah rasa sayang pada diri sendiri…
Semakin dalam rasa sayang ko pada yang lain selain Allah dan diri sendiri, semakin hati ko terseksa…
Sejauh mana orang hargai diri ko Hani?
Mmmmm… pasrah je le. 

Diam lebih baik daripada berkata yang sia²…

- aku & sesuatu -

Monday, 22 May 2023

Bertabahlah wahai hati

Ya Allah
Sesungguhnya aku dalam golongan orang² yang teraniaya
Aku memohon kepadaMu agar segala balasan atas perkara ini dapatlah diberikan kepandaian, kesihatan yang baik serta kejayaan dunia akhirat buat anak² ku: Hasya, Hadif dan Hafiy… 

Semoga aku terus kuat menghadapinya.
Bertabahlah wahai hati…
Jalan terus Hani💪

- aku & sesuatu -

Thursday, 11 May 2023

Cukup…

Sakit
Teramat sakit di jiwa
Terluka dan terus terluka
Bahagia yang dicari 
Tapi
Luka pedih yang kurasa
Entah sampai bila
Terus gagahkan diri 
Kuatkan hati
Lupakan segala yang dirasai
Cukup sampai sini…

-aku & sesuatu-