Monday, 22 June 2020

Aku seorang perindu

Bila bersendirian
Mata merenung jauh kehadapan
Melihatkan cahaya lampu neon yang indah
Terdengar sayup² bunyi kenderaan
Disulami bunyi sang unggas malam
Hatiku terasa sayu
Seakan² merindui sesuatu
Entahlah apa yang bermain di hatiku...

Sesekali mmg akan bermonolog, berbicara sendiri. Harus kuakui yang aku mmg sukakan keindahan malam. Mgkn sb masa form 1 asrama puteri SRC menghadap ke jalan raya. Masa tu mmg aku sering termenung di koridor menghadap ke jalan. Rindu keluarga? Mungkin. Tapi masa tu mmg aku tenggelam dalam keasyikan lampu neon dan bunyi kenderaan. Aku rasa semuanya indah, melodinya cukup kena dgn jiwa yg sunyi dan rindu. Entahlah...

Semasa form 4, aku dah bertukar sekolah lain. Jauh dr keindahan neon malam. Asrama puteri SMKASR hanya menghadap dewan makan, kantin dan selebihmya kebun getah. Malam² hanya kedengaran bunyi keretapi. Menyesakkan!

Aku sempat masuk ke KMPP dlm 3bulan, masa tu mmg aku suka lepak di hujung koridor menghadap hiway PLUS. Sebab apa? Keindahan lampu dan irama bunyi kenderaan. Sungguh mengasyikkan. Aku tenggelam dalam kerinduan. Masa lower 6 dan UiTM Machang, dapat jg lihat lampu, tp jauh jg dr keasyikan bunyi kenderaan. Masa di UiTM Shah Alam pun sama.

Masa awal kerja dan DPA, pernah le beberapa kali naik ke atas bukit area Ampang, menikmati suasana malam bandaraya KL. Sungguh mengasyikkan. Pelikkah aku ni?😅

Skrg? Aku suka tenggelam dlm lamunan di balkoni Lily. Tenggelam dalam kerinduan zaman persekolahan, kerinduan kpd keluarga, kerinduan yang tiada bertepi. Aku seorang perindu...❤️

Tuesday, 16 June 2020

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... result sem 2 berjaya juga dapat 4.00... so kena struggle utk sem 3 pula. Semoga Allah permudahkan urusan pembelajaranku, ibadahku kepadaMu ya Allah.

Terima kasih semua yang mendoakan aku selama ini. Semoga Allah membalas jasa² kalian.

Wiraku

Dalam kedamaian yang dikecapi
Hadirnya musuh yang tidak kelihatan
Menyerang
Meranapkan sebuah kebebasan
Meragut kesihatan dan nyawa.

Covid-19
Haruslah kita perangi
Dengan segala usaha yang termampu
Masa ini
Wira negara menjadi benteng
Pelindung, perawat malah pejuang yang gagah
Tidak dihiraukan rasa takut
Demi anak bangsa dan negara.

Kini
Semuanya kembali pulih
Jika bukan kerana mereka
Entah apa yang kita perlu tempuhi
Jika bukan kerana mereka
Tiada lagi kebebasan buat kita
Terkurung dan terus terkurung
Bersama-sama kita hargai
Bersama-sama kita berganding bahu
Kekalkan keamanan yang ada.

Terima kasih wiraku, 
Pejuang barisan hadapan.

2143, 16/6/2020

Wira Hari Ini

Jika dahulu
Wira kita bangkit berjuang menentang penjajah
Jika dahulu
Musuh yang nyata.

Tapi hari ini
Semua berbeza
Musuhnya tidak lagi kelihatan
Semuanya dalam ketakutan.

Dalam suasana hiruk pikuk
Muncullah wira sebenar pada hari ini
Merekalah pejuang barisan hadapan
Bersiap siaga demi anak bangsa dan negara
Berbaju putih, hijau dan biru
Di hospital, jalanan dan sempadan
Merekalah wira sebenar kita
Terima kasih pejuang barisan hadapan.

2102, 16/6/2020

Thursday, 30 January 2020

Hai...

Lama sungguh x menjengah blog. Sampaikan password pun jenuh nak masukkan tadi sb dah lupa... hahaha... n x perasan rupa² nya xde lgsg any post pd tahun 2019... adeh, sedihnya... patutnya every year n every month kena le ada post kan? 😅

Actually, 2019 pun ada byk suka duka... asyik bertukar bos pun ye... so far semua bos tu baik n ok je ngan aku, xde hal. Then, by September 2019 aku dah start cutu belajar. Alhamdulillah sb dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). So skrg ni aku tgh sambung MBA (Marketing) kat Putra Business School (PBS)... alhamdulillah result sem 1 dapat 3.938.... syukur ya Allah... mmg x sangka dpt result camni... 3A & 1A-...

In shaa Allah aku akan cuba jg menulis dlm blog ni...😊

Thursday, 30 August 2018

Haiiii....

haiiiii...

Lama dah x menulis dlm ni. Tu le, apps blogger xleh guna dah kat hp, tu yg lg malas nak menulis (alasan je kannnn). Mcm2 jadi tahun ni kat opis. Cuma pas baca sorg kawan tu tulis kat fb dia slalu doa "Ya Allah, sesungguhnya aku teraniaya. Maka Kau berikanlah kecerdikan kepada anak2 ku".. so, aku rasa instead of aku bersedih dgn politik opis, baik aku berdoa kpd Allah mudah2an dgn kesabaran aku ni, dapatlah ditimbal balas kpd anak2 aku.

Mmmm.. ni tgh buat keje. Nanti bebila aku sambung lagi. Cuba jg le menjengah walaupun kat pc bila terluang.

Saturday, 7 April 2018

Luaran vs dalaman

Haiiiii...

Baru² ni seseorang mesej aku bertanya khabar... antaranya “nampak muka makin ceria skrg”... aku cuma jawab “sama je”... tp dlm hati ni mahu je bersuara “Luaran x semestinya sama seperti dalaman”.... So, people out there jgn mudah jump into the conclusion org tu camtu, org ni camni... u know nothing...

Sesungguhnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui segala²nya...

Sunday, 25 March 2018

Redha atau pasrah?

Aku x pasti adakah aku redha dgn keadaan ini atau aku sekadar pasrah dgn apa yg dah terjadi... Kalo le aku mampu undurkan masa, pasti aku mahu kembali ke saat itu... saat mendengar nasihat seseorang utk undurkan diri sblm hati kecewa...
tp apakan daya... aku manusia biasa... aku sangkakan aku kuat utk mengharunginya... aku sangkakan aku kuat utk bantu dia... tp aku lemah di dalam.... hatiku hancur berkecai... mmmmm...
mungkin ini takdirku....

Thursday, 22 March 2018

Misscarriage again...

Yuhuuuu...

About a long time i didn't write anything in this blog. Ntah kenapa... Xde idea barangkali atau hati seakan merajuk untuk berbicara. Perkara yang sama terjadi berulang kali.


14/12/2017 aku dah tau yang aku preggy again. Adeh, mati lah mak kena marah ngan doc nanti. hahaha. Tp, dah rezeki, alhamdulillah. Again as b4, aku senyapkan aje le.

14/1/2018, bleeding ptg tu... 15/1/2018 terus jumpa doc pagi tu n dapat surat refer spital. Tp masa maghrib dah gugur. Again... waktu yang sama, hari yang sama, Isnin... Sib baik le kanda tergerak hati utk x ke kelas malam tu. Tp, aku masih lagi keseorangan di rumah menahan sakit sb masa tu kanda keluar gi amik anak2 di transit. Kanda sampai aje terus kami ke spital. Doc check n kali ni incomplete misscarriage, meant aku kena cuci, dnc... warded malam tu utk operation / dnc esok hari... puasa aje le... kali ni dr spital P7 ke PBBR P8...

Masa nak dnc doc bg pilihan utk half bius or full bius. if half, aku perlu baring at least 6 hours, tp mgkn blh makan segera n xde isu muntah dsb. Tp if full bius mgkn aku akan alami simptom muntah2. Since aku dah penah merasa dua2, aku decide utk half bius. Adeh, anest susah nak cucuk kat tulang blkg ni, sampaikan 7x tried baru berjaya. Alhamdulillah semuanya ok.

Next appointment April ni. So, doc kata bg le betul2 pulih at least 6 months or setahun. Cubalah utk gap kan jg. NI yg penghabisan. If ada rezeki 1 lagi, mmg kena ikat terus sb dah 2x czer.

Apa2 pun, syukur semuanya selamat.

Friday, 29 September 2017

Miscarriage

Yuhuuuu...

Ramai tertanya² pasal pregnancy & miscarriage aku baru² ni... yup, mmg aku rahsiakan.. sama mcm last pregnancy. Diam² aje till kandungan stabil & perut pun xleh sorok barulah nak share.. hahaha.. Tp apakan daya, rezeki takat tu je. Redha.

12/9/2017: day trip ke Sungkai.. nak tgk tempat utk team building. Ptg tu masa ke toilet nampak brownish kat panty liner, masa tu singgah R&R sat...  dulu² lg lasak, masuk site tgk projek bagai, semuanya elok.. mmmm...

15/9/2017: ke Klinik Najwa Presint Diplomatik sb dah lbh 3 hari brownish walaupun x byk. Actually, ni 1st time pregnancy aku yg bleeding. Doc scan n nampak memula 2 kantung n she said “twin”. Tetiba dia kata lg, “eh nampak x kat atas ni. 1, 2, 3... triplet”... cuma doc bg ubat kuatkan rahim n mc.. doc jg bg surat refer ke spital.. threaten miscarriage.

17/9/2017: ptg tu tgk from brownish dah red colour.. fresh blood.. dah mcm period lak, xleh pakai panty liner dah, kena pakai pad... darah makin byk n perut dah x berapa nak selesa..mmg dr selasa lg dah google tanda² keguguran.. tanya gak kawan²... riso.. cuak...

18/9/2017: pepagi ke emergency atas saranan Hajah which is dia Timbalan Pengarah spital. Tp dr situ suh gi Dewan Bersain.. gigih daku panjat tangga lak.. dr situ lak suh ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) sb katanya awal kehamilan.. kat PBBR lak kena menunggu lama sket sb doc ada briefing. Masa jmpa doc tu ada le a few question nak kena jawab. Doc juz nampak twin n bg appointment 2 mggu lg.. katanya if sakit perut n bleeding teruk, terus ke spital.. but, x dpt MC pun walhal diorg semua kata patutnya bedrest.

Ptg tu masuk opis as usual... balik keje perut start rasa sakit²... kanda lak ada kelas malam. Mmg target nak mandi dulu n minta hasya & hadif tlg bg hafiy makan. Pas mandi mmg terbaring atas katil sb sakit sgt.. sakit mcm contraction nak bersalin. Jenuh texted kanda ngadu sakit sgt. Mmg menitik gak air mata tahan sakit. Masa azan maghrib tu aku juz doa kpd Allah jika bayi yg kukandung ni sihat, baik keadaannya, semoga  mereka kuat bertahan. Jika sebaliknya, aku redha. Lbh krg 730 mlm rasa sakit tu makin kerap n kejap sakit sgt n kejap ok sket. Aku bangun nak ke toilet sb nak cek darah byk mana lg kuar. Elok aje turun dr katil n berdiri, terasa ada sesuatu yg meluncur laju ke bawah. Cepat² masuk toilet dgn henpon. Masa cek tu mmg bukan ketul darah lg tp siap ada kantung babies. Masa tu x sure lg. Terus called kanda suh balik time tu gak n snap pic.

Pack semua barang n standby ke spital. Kanda sampai terus gerak n usung anak² ke spital n drop hafiy kat nursery. Alhamdulillah doc cek dah clear.. bersih.. xyah cuci.. tp mmg xde rezeki kali ni. Doc juz g ubat tahan sakit, antibiotik n MC seminggu.

Aku blaja utk redha walaupun adakala aku menangis gak.. cuma pujuk hati mcm yg doc indian tu cakap “it’s better jadi camni sb fetus not fully develop drpd nak kena besarkan unhealthy child”...pujuk je hati..

Ni dah dekat 2mggu... aku pun semakin sihat. Alhamdulillah.. Aku yakin dgn perancangan Allah.