Friday, 17 November 2023

Tangisan…

Tangis dan air mataku hanyalah untuk yang disayangi
Seandainya
Tangisan dan air mataku telah kering
Begitu jugalah keringnya rasa sayang dalam hati ini

Tiada siapa yang peduli
Biar aku ubati sendiri
Segala luka dan pedih di hati…
 
-aku & sesuatu-

Thursday, 16 November 2023

Maaf…

Penat bila disalaherti
Maaflah jika kata² ku tidak ingin lagi kau dengari

Tekanan demi tekanan
Tapi masih mampu kutersenyum
Kerna kau ada di sisi
Tapi jika kau mula menjauh
Apa lagi yang tersisa

Maafkan diri ku ini…

-aku & sesuatu-

Thursday, 9 November 2023

Sakit!

Sakit
Aku terus disakiti dan tersakiti
Sampai bila…

Tiba masa
Aku mula imun
Tidak berbekas lagi rasa galau ini
Yang bersisa hanya parut semata
Biarkan…

Sakit yang aku alami
Tiada yang mengerti
Cukup derita sendiri…

-aku & sesuatu-

Friday, 6 October 2023

Aku penat!

Aku penat
Penat yang teramat...

Lelah
Letih
Tak terdaya
Hilang segala rasa, semangat dan jiwa...

Bantu aku
Jangan biarkan aku terus hanyut
Hanyut dalam jiwa yang kosong...

- aku & sesuatu -

Sunday, 1 October 2023

Terus kuat…

“I tak kuat…”

“Kita serah pada Tuhan dan doa semoga terus kuat dan peroleh hidayah…”

“Semoga Tuhan berikan yg terbaik dan mampu kuatkan you untuk buat keputusan yg lebih baik…”

“I okay dun worry yaa, apa2 pun jadi i kena kuat…
You pun kena kuat ya…”

Terus kuat…
Doa banyak², semoga dipermudahkan semuanya…
Apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku redha…

- aku & sesuatu - 

Saturday, 30 September 2023

Pilihan

Apa yang berlaku tetap dah berlaku,
Apa yang ke hadapan lebih perlu difikirkan…
Jika sebelum ini, 
Aku memberinya pilihan…
Kata dua.
Kini, 
Aku pula diberi pilihan.
Apa pilihan yang terbaik?
Aku sendiri tidak pasti…
Katanya setiap pilihan ada risikonya…
Ya, memang benar.
Berpuas hatikah aku dengan yang sedia ada?
Atau, aku mahu mengejar sesuatu yang baharu tapi belum pasti?
Berat untuk membuat pilihan…
Fikiran terasa sesak…

- aku & sesuatu - 

Monday, 4 September 2023

Move on

Aku yang tak move on atau dia?
Kalau itu yang dia mahukan, aku akan tunjukkan apa ertinya move on. 

Sekali aku melangkah, aku tak mahu lagi menoleh ke belakang…

Bye!

7 bulan…

3 Februari 2023
Hai hai…

3 September 2023
Bye bye?…

7 bulan yang penuh dengan segala rasa
Pahit, manis, masam, masin
Sudah sampai ke garis penamat ke?
Entahlah…

Thursday, 10 August 2023

Terus tabah...

Semalam,
setelah sekian lama aku tak ambil kisah
entah kenapa aku mula menjengah kembali ke sana
mmmmm... 
nampaknya perkara sama berulang kembali
cuma adakah makin parah atau hanya sekadar begitu sahaja?

Aku penat,
dengan dunia tipu2 ni...
Seringkali cuba memujuk hati dan minda
agar kekal waras dan tenang
biar apapun yang mendatang
aku harus terus tabah.

Salahkah diriku ini?
Entahlah...

-aku & sesuatu-

Toxic

Susahnya bila berhadapan dengan toxic person. Seringkali play victim. Anggap orang lain je yang bersalah sedangkan diri yang terpaling suci. Entahlah...

Team aku sangat busy dengan kerja dan tiada masa nak fikirkan pasal dia pun. Tiba2 terasa kata kena pulaukan le boikot le. Eh, ko yang jauhkan diri daripada kami, malahan entah ke mana ko menghilang. Sudah2 le...

Plz be matured ye. Tak perlu asyik nak complaint pasal my team kat bosses. Mujur le bosses pun nampak siapa buat kerja siapa tak. 

As nasihat seseorang, abaikan je dia ni. Jangan sampai toxic dia tu menjejaskan kita. As ur wish, kami tak pernah pulaukan ko, tapi boleh je mula pulaukan.. Babai...