Monday, 30 May 2011

-Jenjalan hujung minggu-

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam bangun tido xtau nak watpe, kanda ajak pi Manjaku, Bangi... Sbb the day b4 tu mmg aku ada intention nak pi sana, kononnya nak pi beli barang2 hasya. Memandangkan Ahad mmg xde apa nak buat, pas bekfes kitorg pun gerak le pi sana. Uiks, murahnya Huggies... Slalunya kalo huggies biru dalam RM34 - RM42 & kalo huggies merah dlm RM44. Skali tgk utk dua2 kaler tu cuma RM29.90. Murah giler. memandangkan stok kaler biru (anta nursery) masih ada 3 packs kat umah (hari tu pun ada sales kat giant rm29.90) & merah 1 pack, so aku amik yg kaler merah je le. X penah lg aku jmpa yg merah nyer murah camni. Paling murah pun penah dpt dlm RM34 rasanya. Pastu yg lain2 tu beli le lotion, bedak, minyak yuyi, susu anmum materna n ntah apa lg. Alang2 beli utk hasya, belikan le sket utk baby.

Pas abis shopping kat Manjaku, kanda ajak pi scan. So, singgah le an-Nur... Skali terperasan lak yg sliper hasya dah tertinggal kat Manjaku. Argh, nanti je le pi amik. Tunggu turn lama le jg, ramai jg yg dtg weekend ni. Alhamdulillah, baby nampak aktif. Sepanjang doc check tgk kedudukan baby, uri, jantina tu, dah 3 kali baby pusing.. Memula melintang, pastu kepala kat atas, last skali kepala kat bawah lak... Sangat aktif gituh. Yg lawaknya, doc dah siap lap sume baru dia tingat nak cek jantina baby. hahaha... Jantinanya adalah... jeng jeng jeng... Biarlah rahsia. Nak tunggu sebulan dua lg n cek semula utk sahkan.

Abis je scan tu, pi Manjaku balik amik sliper hasya. Masih ada lg, cuma pihak kedai dah letak kat tepi kaunter le sbb misti diorg dah biasa bebudak tinggal sliper. Then, kanda tanya nak x pi IKEA. hahaha. Sgt selekeh kitorg masa tu k. Tp, sbb dah xtau nak watpe, lgpun kanda kata nak beli barang2 dapur, pi je le. Kanda pakai round neck t-shirt (sib le Camel), tracksuit ngan sliper Quicksilver. Aku pakai tshirt besar (maternity), sluarpun maternity nyer n sib baik le pakai sandal bukan sliper jepun. Hahaha. Handbag anniversary pun bawak, kira ok le. Hasya? Pakai baju biasa je wif sliper dia. Mmmg selekeh le rasanya kami smlm, tp lantak le kan. Apek tokey besar pun kadang2 pakai sluar pendek ngan singlet kan. So, bershopping le pulak kat situ. Sbb kat Manjaku mama dah kena pow, so kat IKEA papa le pulak yek. hehehe.

Abis shopping pi le makan kat Thai Thai. Dulu makan macam sedap je. Mungkin masa tu kitorg amik hidang nyer, pilih menu lauk pauk. Kali ni amik ala carte je. Tp, cam xde perasaan je aku makan Crabmeat Fried Rice. Hasya pun xmo makan bila aku suap. Sib ada ayam goreng, dapat le bg hasya. Kebiasaannya apa saja kitorg makan, hasya misti makan walaupun kari ke, keuw tiaw goreng ke, etc. Kali ni bila dia x makan tu, mmg x sedap le kan. hahahah. Yg sedap seafood tom yam (mmg x dinafikan) n fresh coconut. Menu kanda nasi putih ngan ikan masak apa ntah ngan watermelon juice. Tp, aku makan x abis le pulak sbb dah xleh telan, kiranya 3/4 nasi tu mmg dah telan le. Sepanjang perjalanan balik umah mmg tekak x sedap, rasa nak muntah. Hasya lak mmg suka main2 dalam kete kan, layan je le. Bila dah smpi simpang area umah mmg x tahan. X sempat benti aku dah muntah dulu. Kali ni bukan sket le sbb perut td dah penuhkan, abis kuar semuanya n sbb plastik xde, terpaksa le aku tadah ngan baju aku sndiri. Kanda cepat2 amik hasya n dia nangis. Xtau le sbb tgk mama dia muntah ke or sbb papa amik dia dr mama. So, suh kanda trus gerak balik umah n sepanjang jalan tu muntah n muntah. Sampai umah je trus pi paip tepi umah n melutut n trus cuci baju n tudung (masih kat badan), dah macam mandi kat luar umah je. hahaha. Kete pun ada le sket terkena muntah (tingkap), so kena pi anta cuci le nampaknya. Isk, teruk jg kali ni kan. Tingat doc kata ada rasa lain x preggy kali ni... Mmmm... Apa2 pun enjoy le semalam.

-Ingatan buat semua-

Assalamualaikum w.b.t.

Wah, macam x caya lak yg bulan ni aku berjaya tulis dgn banyaknya. kalo x, nak sampai 5 artikel pun payah. hehehe. Teruskan penulisan, chaiyok, chaiyok. Mungkin sbb fb dah x se'excited' mula2 dulu kot. So, menulis panjang lebar dlm blog much more better.

Erm, juz nak berkongsi dgn kawan2 tentang kesilapan yg mungkin kita sering lakukan demi nak mempertahankan keegoan diri. Berbelit2 lak ekk. Camni le, kadang2 tanpa kita sedar atau sedar, kita beria2 le menegakkan benang basah. Berkeras bermati2 an mengatakan benda tu kita betul. Semata2 ego atau apa2 le yg sewaktu denganya. Walhal, orang keliling dah penat explain macam2, nak pulak kalo berkaitan dgn aspek teknikal ke, kewangan ke, or apa2 je le yg bukan bidang kita le. Pendapat aku le, secara x langsung sudah terang lagi bersuluh mmg nampak le kelemahan kita ni... Kalo xtau, belajar! Malu bertanya, sesat jalan. Janganlah jadi bodoh sombong dan macam tin kosong lak. Bercakap bukan main tp isi tarak... habuk je. sekadar ingatan buat diri aku dan rakan sebenarnya... Xde manusia yg perfect, berfikirlah dulu sebelum berbicara.

Friday, 27 May 2011

-Hamil dan menyusu-

Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah aku rasa nak share perkara ni dgn kawan2, cuma kekangan masa dan kadang2 terlupa pula. Sejak aku pregnant, ramai jg yg minta aku stop bf hasya, tp x kurang jg yg galakkan aku teruskan penyusuan. Mula2 riso jg sbb mcm2 yg aku dgr. Tp, aku dah tanya pendapat doc, kawan2 yg lbh senior, berforum dan baca dr pelbagai sumber. Alhamdulillah, aku masih gigih teruskan bf walaupun x dpt nak fully lg mcm dulu. Lgpun, mgkn jg susu makin drop. Camnepun, aku tetap akan teruskan penyusuan. Beberapa perkara yg sering kita dengar mcm kat bawah ni kan....

Menyusukan anak akan menyebabkan kelahiran bayi  pra-matang atau keguguran
Aku tau ramai yg riso. Tp, bab yg ni sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri. Bg sesapa yg ada history keguguran mmg x digalakkan sbb pada permulaan kehamilan mmg akan rasa mild contraction. Riso berlaku bleeding dan gugur. Tp, bg sesiapa yg kesihatannya baik, x salah teruskan. Tiap tubuh badan manusia ni mmg x sama daya tahannya. Mmg diakui bahawa ketika bayi menhisap susu, satu hormon akan dirembeskan iaitu hormon prolaktin (sebabkan contraction). Tp, kita perlu tahu jg bahawa keadaan ini jg berlaku semasa hubungan suami isteri. Kebanyakan pakar berpendapat, kadar hormon yang dirembeskan tidak cukup untuk menyebabkan kelahiran pada bayi yang sedang dikandung oleh ibu tersebut.

Kekurangan zat kepada bayi yg dikandung
Yg ni biasa jg aku dgr. Tp, drpd pembacaan aku (yg x seberapa ni le), zat dan khasiat yg mengalir kepada bayi dikandung x kan berkurang, xkan terjejas pun walaupun menyusukan anak. Badan kita akan sendiri agihkan zat dan khasiat tu mengikut keperluan yg sebenar dan cukup bagi bayi yg dikandung dan jg bayi yg sedang menyusu. Cuma, si ibu ni perlu le jaga kesihatan, pemakanan seimbang. Jika perlu, mungkin kena ambil makanan tambahan. Selain itu, si ibu ni jg mungkin akan kekurangan susu disebabkan hormon td tu, so, bayi yg lbh besar ni perlukan sumber khasiat / nutrisi tambahan dari makanan or susu formula bagi menampung keperluan nutrien dan tumbesaran mereka.

Osteoporosis / tulang rapuh
Kononnya ibu yg menyusu akan kekurangan zat dan boleh menyebabkan tulang rapuh. So far, berdasarkan pembacaan aku, x jumpa lg apa2 yg berkaitan ni. Malah ramai jg yg kata pakar masih x dpt sahkannya lg. Cuma, yg paling penting bila kita menyusu dapat kurangkan risiko breast cancer. 1 more, better si ibu yg menyusu ni jgn nak ngelat makan segala mcm supplement yg spital bg k & 1 more minum le susu 2-3 gelas sehari...

Anak yg menyusu minum darah ibu
Yg ni mmg mitos le. Susu tetap susu. Kalo kita perah pun tetap warna putih susu tu, xde lak kaler merah kan.. Yg ni susah jg nak komen byk2, sbb org2 tua nanti kata kita nak melawan, sbb mereka lbh dulu makan garam. mmmm...

Cuma kat sini aku nak kongsikan bersama 1 hadis yg mungkin boleh menangkis tanggapan negatif org2 di luar sana pasal penyusuan semasa hamil ni.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

Sumber: internet... tenkiu Mr Google... =)

Tuesday, 24 May 2011

-Hadiah aniversary-

Assalamualaikum w.b.t.

Thanks a lot kanda for the lovely hand bouquet.. As usual, delivery to my office. Ada soft toy ni semestinya le utk Hasya kan. Pastu hadiah yg 1 lg tu dapat in advance, hari Sabtu lepas lg, tp x digunakan lg. Insya Allah, pakai esok kot. hehehe. Apa2 pun, terima kasih yg x terhingga. Love u so much. Mmmuah!







-Hp-

Assalamualaikum w.b.t.

huhuhu...camne le leh terlupa nak bawa hp ni. Biasa le, pepagi masa nak siap misti hasya si cantik manis tu selongkar handbag. So, sengaja le x mo letak hp dlm handbag, letak atas meja je td. Skali terlupa le pulak nak amik b4 kuar bilik. huhuhu. Ingatkan leh le, sms ke, pm ke, write kat wall kanda ke nak wish hepi aniversary... Tinggal harapan je le. Mmmm...

Bila kenangkan balik, aku start guna hp ni tahun 2000 masa kat KMPP. Tu pun ayah nyer hp, utk kemudahan family tepon aku sbb aku ni start dr form 1 dok hostel sgt liat nak tepon family. Ntah le nape, mmg habit camtu kot. Masa kawan ngan kanda pun mana ada kitorg dok gayut2 ni. hahah. Masa zaman aku dok kat UiTM, mmg le ada ex-bf yg tersangat le rajin tepon aku ni, berjam2, ye le, hp ngan prepaid dia yg bg. Tp, aku ni mmg x minat bergayut, so aku letak le tepon tu atas meja ke, letak tepi tlinge sambil tido ke. If dia hello banyak kali, aku cakap le line x clear, biasa le dok kat Machang, Kelantan masa tu mmg line tepon x brape ok. hahaha. Masa tahun 2002 rasanya, aku cam malas nak guna hp. Masa tu aku dah solo trang tang tang n mmg guna hp sendiri. Yg tu tepon pertama aku sndiri, Nokia 3310... Sayang sgt tepon ni. Tp, bila balik kpg, aku sengaja tinggalkan hp kat umah, bg kat adik aku. So, lg le payah family nak contact kan. Akhirnya ayah aku terpaksa turun kat UiTM Machang tu sbb semata2 nak tgk anak dia hidup ke x. hehehe. Sori yek ayah sbb susahkan ayah. Tp, mmg x susah ayah aku nak cari sbb masa tu aku kat padang kawad tgh dok ngajar bebudak kawad. Bila ayah tgk sume ok, so balik le dgn hati yg tenang. Teruk jg aku ni bila pk balik. Maaf sgt2... Cuma, sket sebanyak tu perangai tu masih ada lg yg liat nak tepon org. So, kpd sape2 yg terasa hati nape le aku ni payah sgt nak call, maaf sgt2. Family aku dah faham benar perangai aku ni, tp org lain blum tentu leh faham kan?... Tu yg susah.

Erm, bila kat OBS masa DPA xleh guna hppun, aku masih relax je. Bf pun xde kan, so peduli le kan kalo ada ke xde hp tu. hahaha. Tp, skrg ni rasa cam susah sbb dah ada kanda syg, pasal keje sbb kdg2 bos ni suka sms, fb lg... heheh. Hope satgi sempat le balik uamh jap amik hp sbb ptg ni ada miting. Kang bosan2 dlm miting leh jg ber'fb'. =)

-Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-3-

Assalamualaikum w.b.t.

Kanda, Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-3. Sekejap je dah 3 tahun kan. Alhamdulillah, sama2 kita mengharunginya, susah senang bersama. Walau siapapun kanda, walau apa sekalipun, dinda tetap sayangkan kanda. Alhamdulillah, dalam 3 tahun ni, banyak yg dah dinda kenal dan belajar tentang diri kanda dan perhubungan kita ini. Biar apa pandangan orang, yang penting kita bahagia ... Dinda doakan semoga Allah kuatkan jodoh kita, kasih sayang yang berpanjangan dalam hati kita, di dunia dan juga akhirat kelak. Anak2 adalah tanda cinta kita, anugerah drpd Allah. Semoga kita mampu menjadi suami, isteri, mama mahupun papa yg terbaik untuk keluarga kita. Tiada siapapun yang sempurna, tetapi kita sama2 le berusaha ke arah itu. Sama2 le kita berubah ke arah yang lebih baik, tinggalkan segala kelemahan dan keburukan yang ada. Percayalah, dinda sayangkan kanda dulu, kini dan selamanya....

"Ya Allah, jika dia adalah jodoh yang terbaik buatku, agamaku, masa depanku, penghidupanku kelak, Kau kuatkan dan panjangkanlah jodoh kami. Jauhilah perhubungan kami ini daripada anasir-anasir luar sama ada godaan syaitan mahupun manusia yang tak penah jemu untuk menyesatkan malah meracuni perhubungan ini. Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan dan perlindungan... Amin"

Monday, 23 May 2011

-Hasya & papa-

Assalamualaikum w.b.t.

Layan je le gambar2 ni k. Dah lama amik tp dok terperam je dlm fon, sib x jadik pekasam. hik hik hik.. Layansz...




-Kenangan-

Assalamualaikum w.b.t.

1st of all, thanks 2 Cik E 4 the "air tangan"... hehehe... Lik kang i rasa yek, tp misti sedap punya. U'ols kan terer bab2 ni. Nanti sila ajar i k.

Erm, tu le, gi bilik Cik E pg td. Ntah camne tetiba Cik E leh tanya camne aku ngan kanda leh start kawan. Rasa2nya dulu rajin jg aku bercerita sb  ramai yg bertanya. Skrg ni tetiba Cik E tanya cam heran lak aku,ingatkan dia dah tau. Rupa2nya masih ada yg xtau. Tp, tu le jodoh kan... kawan jap je dlm 5 bulan trus risik, pastu 2 ln lbh dah tunang n pas 2 bln lbh dah nikah... N, esok adalah aniversary kitorg yg ke-3... Bila Cik E tanya jg kisah2 lampau ni, aku lbh senang minta dia baca blog yg lama2 kot. hahaha. Kalo nak tau kisah aku, baca blog tahun 2007. If nak tau pasal kanda lak, baca blog dia tahun 2006-2007. So, bila aku balik bilik aku lak, aku tetiba tingin nak baca balik kisah lama2. Best jg bila mengenangkan kembali kisah2 lama yg mampu mencuit hati, buat kita tersenyum or terfikirkan sesuatu. Tp, kisah lama kita tu biarlah sejarah. Cuma x salah kita menoleh kebelakang supaya kita boleh mencorak masa hadapan. Cuma jgn asyik menoleh, riso kita terlupa masa skrg n hadapan... Tp, kenangan lama mmg mengusik jiwa...

Sayang kanda selalu...

Friday, 20 May 2011

-Lunch date-

Assalamualaikum w.b.t.

Jumaat datang lagi, sama2 le kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Umur pun makin meningkat dan kita masih berpeluang menghirup udara hari ini walaupun x sesegar zaman dulu2... Ayat intro yg x bleh blah ekk...

Ok le, lunch date hari ni wif Puan K, Puan Y, Cik E.... Kali ni xde projek masak2 sbb pi makan kat Bangi... Pi kedai makanan chinese muslim, apa ke namanya, lupa lak. Mohd Chan ke apa... Not bad, ok jg... Makanannya banyak dan harga berpatutan... Skali bila aku tgk dalam pinggan mmg licin le aku makan (x baik membazirkan)... walhal, yg lapar tahap menggigil tu diorg tp x abis pulak diorg makan excpet Puan K le.Xpe, aku ada alasan le yg makan utk 2 org kan... hehehe. Pastu mengah lak sbb perut rasa sendat ngan makanan...

Past mengisi perut, Puan K & the geng bawa aku pi Yummy, kedai bahan2 buat kek... 1st time aku masuk. hehehe... Banyak jg bahan2 yg bleh beli kat sini. Patut le kalo aku nak pi Manjaku, misti aku tgk kedai jual bahan2 buat kek sekitar bangi ni penuh ngan orang. Mcm menarik jg. Tp, nak beli pun buat apa, nak bakar guna apa kan? hahah. So, tunggu masuk umah baru je le. Lagipun, macam le aku ni rajin sgt kan. Tp, x tau le kalo dah start mencuba jadi ketagih nak buat lagi mcm Cik E. Yg aku tau part yg paling best masak memasak ni bila tgk org makan hasil air tangan kita dgn bersungguh2... Sedap hingga menjilat jari le katakan. Yg tu yg akan buat semangat berkobar2. hahaha... Xpe le, skang ni aku nak tujukan uacapan ni khas buat Puan K, Puan Y dan Cik E yang sibuk dok beli bahan2 tadi, sila le buat kek ke, muffin ke, cupcakes ke yg sedap2 dan banyak & jgn lupa bawa ke opis. Bukan takat opis korang kat aras 5 & 6 je, tp, sila delivery jg kpd aku kat aras 4 ni yek. hehehe...

Thursday, 19 May 2011

-Our home sweet home-

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Last week masa gi makan2 yg dianjurkan oleh developer, kitorg dimaklumkan yg kunci akan dapat sekitar ogos or mungkin lbh awal. saja le tinjau umah trus, uamh dah pun berkunci, cuma gate je x. Malahan, ada sesetengah jalan dah pun ditutup x nak bg org masuk le kan. Actually kitorg beli umah ni Phase 1 Type A kat Tiara Height. Skrg ni tgh open jualan utk Phase 2 Type B. Nanti berjiran le kitorg ngan Zaimee (Bhgn R, KKLW) wif his wife, Tina Sabrina (batch ptd aku le).... Nak cter panjang pun, xtau nak citer apa sbb byk dah diciterkan dlm comment fb. So, bg kwn2 blog, layankan je le gambar ni k... =)




-Muntah lg-

Assalamualaikum w.b.t.

Pagi td masa tgh bekfes muntah lg. So far, sepanjang preggy kali ni baru 3x muntah. 2x drpd nyer mmg masa tgh dok ngadap bekfes. So, dgn sepantas kilat terpaksa sambar plastik yg ada sbb mmg x sempat nak lari pi toilet. Sori le kat kengkawan dlm pantry yek. Sib le masa termuntah x mengeluarkan bunyi2 yg meloyakan & sempat le psing ngadap dinding ngan tong sampah tu je. hehehe. Sori again. Ntah le, mungkin angin kot. Tibe2 je rasa cam angin naik dr perut n trus dia push kuar balik sume makanan yg dah masuk. 2x ni pun kat opis. Befes kat umah ok je le plak. Mungkin jg sbb badan penat kot. Nak kata makan lewat, kat opis lg awal makan, dlm 830 sedangkan kalo kat umah maunya kul 10... hehehe... Xpe le, yg penting kena jaga kesihatan baik2. Biasa le, tiap kali preggy, pengalaman pasti berbeza. Just enjoy it. =)

-Hidup x semudah yg disangkakan-

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar mencoretkan apa yg terlintas di fikiran. Hidup kita ni x semudah yg kita sangkakan. Adakala apa yg kita inginkan cukup mudah untuk kita perolehi. Tp, adakala sgt sukar untuk digapai. Tp, x bermakna Allah x sayangkan kita. Allah sememangnya sayangkan kita dan sebenarnya hanya mahu menguji ataupun telahpun merencanakan sesuatu yg lebih baik untuk kita. Wallahua'lam....

Cuma, adakala bila kita terpaksa berdepan dgn cabaran dan dugaan, sejauh mana mental dan fizikal kita mampu bertahan. Bagi perempuan, kebanyakannya air mata adalah peneman. Ada yg mencadangkan agar dikongsi masalah dgn org lain. Tp, x semuanya kita mampu untuk berkongsi sb mungkin ia ibarat membuka pekung di dada. Lagipun, Allah telah tutup aib kita, mengapa perlu kita membukanya... Sekiranya melibatkan insan lain pula, simpanlah aib org tu. Sekiranya kita menutup keaiban org lain, nescaya Allah akan menutup 10 keaiban kita. Wallahua'lam...

Mungkin ada yg tertanya2, apa le yg aku merepek hari ni. Ntah le... Mcm yg aku gtau td, sekadar mencoretkan apa yg terlintas. Mungkin dgn menulis boleh membuatkan aku lbh release... Thanks to all frens yg jadi follower or silent reader sbb sudi membaca luahan hati aku. Thanks again.

Monday, 16 May 2011

-Miss u'ols-

Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah gambar ni tersimpan... Bila dok belek gamabr2 dlm ifon ni baru terperasan yg aku mcm x post je lg gambar ni kan. Sempat ber"lunch date" ngan Jaja & Ayu... Masa ni Jaja masih kat JPJ, skang kat JPA. Tahniah le Jaja, dapat gak ko beralih angin dan timba pengalaman kat tempat baru. Ayu masih lg kat EPU n aku jg masih di KKLW. Mmmm, lama x lepak ngan korang + yani + erna + claire kan... Miss u'ols rowdies...


Jaja, my twin....

wif Ayu...

Monday, 9 May 2011

-Kelas memasak-

Assalamualaikum w.b.t.

Erm, asal terfikir nak mencoret, malas lak. Tp, bila dah rajin, idea terbang ntah kemana. Isk isk isk... Juz nak share sesuatu yg menarik (bg aku le kan).... Last friday aku telah join kelas masak memasak, baking membaking kek dgn Puan K, Puan N @ Y, Cik E yg bertempat di umah Cik E le... hehehe... Sejujurnya, aku mmg x reti buat kek. So, memandangkan kat umah baru nanti akan ada oven, maka dr skrg le aku kena blaja kan... hik hik hik... Ni le resipi yg telah diturunkan oleh sifu, Puan K...

Cheese Marble Chocolate Cake

Adunan cheese:

250g creame cheese
65g or 1/3 cawan gula (cawan hasya ni... cawan ikea yg warna warni tu...)
1 biji telur
1 sudu vanilla
1 sudu besar lemon / limau kasturi
Cara: gula dan creame cheese di mix until smooth. Then, masukkan sebiji telur dan mix smpai sebati. Pastu masukkan pula vanilla dan perahan lemon / limau kasturi tu...

Adunan coklat:

1/2 cawan serbuk coklat
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
cara: bahan2 diayak

1/2 cawan susu cair (susu pekat or creamer x leh)
1/2 cawan minyak jagung or minyak masak or butter yg dicairkan
1 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan air mendidih / panas (masuk sikit2)
cara: telur dan vanilla dipukul dulu. Then, masukkan semua bahan2 ke dalam bahan2 yg telah diayak dan mix... x guna mixer pun boleh, kacau guna tangan (senduk) je.

- panaskan oven 10 minit lbh awal pada suhu 120-180 (average 150) depends kepada jenis oven.
- loyang disapu dgn margerin / butter. Then, taburkan sikit tepung supaya mudah nak kuarkan kek nanti (x melekat).
- tuangkan adunan coklat dulu, pastu tuangkan adunan cheese.. (yg ni ikut sesuka rasa le nak design camne). last skali buat le corak yg cantek2 kat atas skali tu & taburkan coklat chip.
- bake dlm 40-45 minit.



Bila dah siap, terpulang le nak makan panas2 or simpan bagi sejuk dulu... Citarasa memasing kan.. kek ter"crack" le pulak sbb x biasa dgn jenis oven ni.. hahaha, alasan yg telah diberikan... oh ye, kek yg sama jg penah diberikan oleh Puan K masa besday aku n kanda, cuma masa tu kek tersebut telah diganggu-gugat oleh En. Nazif (anak Puan K yg comey)... Gambar as kat atas le yek... Selamat mencuba.

Wednesday, 4 May 2011

-kepahitan itu-

Nak ku kongsi bersama
Aku tak mampu
Nak ku luahkan
Sudah pasti tidak
Habis, apa yg perlu kulakukan?
Telan sahaja semua kepahitan itu
Kerna, itulah yg akan lebih mematangkanmu
Kepahitan itulah yg menjadi tonggak kekuatanmu
Kepahitan itulah yg mengingatkan dikau kepadaNya...
Hanya kpd Allah aku berserah
Agar kepahitan itu akan menjadi manis jua...