Friday, 27 May 2011

-Hamil dan menyusu-

Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah aku rasa nak share perkara ni dgn kawan2, cuma kekangan masa dan kadang2 terlupa pula. Sejak aku pregnant, ramai jg yg minta aku stop bf hasya, tp x kurang jg yg galakkan aku teruskan penyusuan. Mula2 riso jg sbb mcm2 yg aku dgr. Tp, aku dah tanya pendapat doc, kawan2 yg lbh senior, berforum dan baca dr pelbagai sumber. Alhamdulillah, aku masih gigih teruskan bf walaupun x dpt nak fully lg mcm dulu. Lgpun, mgkn jg susu makin drop. Camnepun, aku tetap akan teruskan penyusuan. Beberapa perkara yg sering kita dengar mcm kat bawah ni kan....

Menyusukan anak akan menyebabkan kelahiran bayi  pra-matang atau keguguran
Aku tau ramai yg riso. Tp, bab yg ni sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri. Bg sesapa yg ada history keguguran mmg x digalakkan sbb pada permulaan kehamilan mmg akan rasa mild contraction. Riso berlaku bleeding dan gugur. Tp, bg sesiapa yg kesihatannya baik, x salah teruskan. Tiap tubuh badan manusia ni mmg x sama daya tahannya. Mmg diakui bahawa ketika bayi menhisap susu, satu hormon akan dirembeskan iaitu hormon prolaktin (sebabkan contraction). Tp, kita perlu tahu jg bahawa keadaan ini jg berlaku semasa hubungan suami isteri. Kebanyakan pakar berpendapat, kadar hormon yang dirembeskan tidak cukup untuk menyebabkan kelahiran pada bayi yang sedang dikandung oleh ibu tersebut.

Kekurangan zat kepada bayi yg dikandung
Yg ni biasa jg aku dgr. Tp, drpd pembacaan aku (yg x seberapa ni le), zat dan khasiat yg mengalir kepada bayi dikandung x kan berkurang, xkan terjejas pun walaupun menyusukan anak. Badan kita akan sendiri agihkan zat dan khasiat tu mengikut keperluan yg sebenar dan cukup bagi bayi yg dikandung dan jg bayi yg sedang menyusu. Cuma, si ibu ni perlu le jaga kesihatan, pemakanan seimbang. Jika perlu, mungkin kena ambil makanan tambahan. Selain itu, si ibu ni jg mungkin akan kekurangan susu disebabkan hormon td tu, so, bayi yg lbh besar ni perlukan sumber khasiat / nutrisi tambahan dari makanan or susu formula bagi menampung keperluan nutrien dan tumbesaran mereka.

Osteoporosis / tulang rapuh
Kononnya ibu yg menyusu akan kekurangan zat dan boleh menyebabkan tulang rapuh. So far, berdasarkan pembacaan aku, x jumpa lg apa2 yg berkaitan ni. Malah ramai jg yg kata pakar masih x dpt sahkannya lg. Cuma, yg paling penting bila kita menyusu dapat kurangkan risiko breast cancer. 1 more, better si ibu yg menyusu ni jgn nak ngelat makan segala mcm supplement yg spital bg k & 1 more minum le susu 2-3 gelas sehari...

Anak yg menyusu minum darah ibu
Yg ni mmg mitos le. Susu tetap susu. Kalo kita perah pun tetap warna putih susu tu, xde lak kaler merah kan.. Yg ni susah jg nak komen byk2, sbb org2 tua nanti kata kita nak melawan, sbb mereka lbh dulu makan garam. mmmm...

Cuma kat sini aku nak kongsikan bersama 1 hadis yg mungkin boleh menangkis tanggapan negatif org2 di luar sana pasal penyusuan semasa hamil ni.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

Sumber: internet... tenkiu Mr Google... =)

4 comments:

Anonymous said...

afnan mmg menghisap sampailah sorfina lahir walaupun lagi 3 bulan tu takde susu.
alhamdullillah.. sehat je dua orang tu. tp entah kot sorfina kurang kalsium kot..

Intan Yus said...

Insya allah, akan diteruskan jg...

Unknown said...

Insya-Allah... Ingin juga mencuba untuk kehamilan kali ini... kali ke-4... bersama menyusukan yang ke-3... tq untuk maklumat... nak share bole????

Intan Yus said...

maaf lambat reply....
silakan share..
sharing is caring...
=)
btw, tahniah utk preggy yg ke-4...