Assalamualaikum w.b.t.
Nampaknya bulan ni x berapa rajin le pulak nak menulis blog kan. Ada je banyak citer, tp bila dah bertangguh, ntah hilang kemana. Alhamdulillah, batuk dah semakin ok. Suara masih serak2 basah tp better than last week, suara tenggelam timbul bila cakap, x kuar lgsg kadang2. Tp, sian lak kat kanda batuk teruk gak, jangkit dr aku le tu. Hasya macam ada batuk sket2 tp xde le sgt. Harap sgt kanda & anak mama sihat yek.
Apa yg menarik kat opis? Erm, last week ada delegasi dr Repulik Keya (4-12 Jun). Diorg ni board of directors Rural Electrification Authority (1 of department under Kenya's Ministry of Energy). So,surat dr Wisma Putra dah dapat since bulan April. So, aku le aturkan dgn pihak KeTTHA & TNB berkenaan tentatif lawatan diorg tu. So far, KKLW amik 2 hari cukup le kot. Just untuk taklimat dan site visit. Banyak2 hari lagi tu, bg can le delegasi tu pi jalan2 melancong. KeTTHA lak amik 1 hari je. So, my immediate boss minta aku yg sampaikan taklimat kpd delegasi berhubung Malaysia's Rural Electrification System. Ye le, xkan nak berharap je kat bos je kan. Lgi pun, bos nak bg exposure kpd kami yg PSU ni, blaja2 le sket, PSU yg senior unit aku ni, sah2 le aku kan... Tp, ahad tu aku cam dah sakit tekak dan isnin dah start batuk. Yg memburukkan keadaan sbb aku puasa hari tu, so xleh le nak minum air n makan ubat batuk ke apa untuk mengurangkannya. Selasa tu suara dah out. So, terpaksa le inform kat bos n bos minta Aishatul tlg present. Nak minta tlg rizmi xleh sbb dia outstation, erma lak pi appointment minum air gula. Apa2 pun, terima kasih banyak yek cik shatul. Jasamu dikenang.
Hari rabu tu sesi taklimat. Alhamdulillah, sume berjalan lancar. Bilik kali ni nampak hebat sket le.. Ye le, Bilik Persidangan kat level 9, area bilik2 YBM, YB TM, KSU, TKSU kan. Bukan per, last year masa ada delegasi dtg gak, ada ke patut pi buat sesi presentaton kat tgkt 5 je. Bukan kata x bagus, tp org luar dtg, biar le nmpk elok sket. Paling tidak pun, biar le kat level 8 kan... Sori yek kpd sapa yg incharge last year tu. Then, hari khamis lak pi Pulau Ketam, Klang. Nak bawak jauh2 kang leceh lak nak kena urus transport, penginapan... hahaha. So, projek kat Pulau Ketam ni ada submarine cable ngan stesen janakuasa elektrik nyer le. Yg menarik perhatian delegasi ni sbb nak kesana kena naik bot sbb umah sume atas air k. Gambar nanti2 le aku upload k. Diorg ada gak tanya nape dinamakan Crab Island, ada banyak crab ke sbb x nampak pun. Hah, tu kena cek dgn org dulu2 le kot.
Apa lg ekk? Tetiba ilang lak idea sbb tgh dok mengarut dlm blog ni kena ngadap keje yg bertimbun td, n ni baru sambung semula. So, stop dulu le... bebila ada idea aku tulis lagi k.. Ops, taip daaa...
No comments:
Post a Comment