Assalamualaikum w.b.t.
Hai, lama rasanya x menjengah blog. Memanjang xde kat opis. Khamis - Jumaat pi site visit kat area Sepang dan Seremban. Jumaat petang dah gerak ke Kuala Terengganu, saja je nyebok ikut kanda. Actually, kanda kena bagi taklimat pasal NKRA kat sana. Asalnya patut hari Ahad telah diawalkan kepada Sabtu. Kitorg sampai kat Permai Inn Hotel lbh kurang jam 11 malam. Sampai hotel je mmg nak rest je le kan. Sib mmg dah bawa Domino's Pizza siap2 dr Putrajaya, kalo x, harus le berlapar sbb ah x larat nak pi kuar.
Next day (Sabtu), pagi tu kanda gi gym... pastu kanda gi le program tu & aku wif hasya lepak2 je le kat bilik. Pagi b4 kanda nyer program, kitorg pi bekfes kat luar. Alamak, mmg haru le sbb Terengganu baru nak implement jalan sehala, baru 2 bulan. Mmg giler le dok berpusing2 kat situ. Kete yg salah jalan pun ada. Bayangkan le, kalo empat lane kat situ sume kete jalan terus ke depan termasuk kitorg, tetiba datang kete dr arah depan pi hon kete kitorg. Korg rasa salah kitorg ke salah kete tu? Silapnya yg aku nampak, signage masih x ubah, arrow atas jalan raya masih x padam & signage jalan sehala hanya leh dilihat dr 1 arah (meant dilarang masuk tu xde). Payah gak le... Bak kata kakak kat kedai makan tu, "Terengganu ni dah jadik bandaraya, tp orangnya masih belum tahap bandaraya".. Isk isk isk, kak.... Aku senyum je le, no komen... Tengah hari tu terpaksa check out hotel sbb hotel tu penuh. So, pi la check in kat Tanjung Vista Hotel lak. Tenkiu kpd En. iskandar dr Jabatan Penerangan Terengganu yg banyak membantu. pas check in, trus pi Pasar Payang n shpping time... Balik dlm kul 5 lbh kot n trus order makan room service, lapar n yg penting hasya leh makan b4 tido. Kul 6 lbh lak hasya pas mandi dah ngantok, tidokan je le & kanda sebok nak pi swimming. Alih2 kul 7 kanda naik dia kata xleh swimming sbb xde yg jaga pool utk bg towel. Ye le, towel bilik kan xleh guna kat pool. Pas maghrib, kanda kata nak kuar makan kat tepi pantai, tp b4 tu nak rest lelap mata jap dan...... mmg lelap trus smpi kul 10 mlm. hahaha. Len kali je le kite makan2 kat tepi pantai or gerai2 yg meriah tu ekk.
Ahad pagi pas bekfes trus check out & meneruskan misi shopping sbb my sister pesan tolong belikan kain. Mmg kepenatan dan kepanasan. Dlm kul 11 lbh kot mmg dah kuar dr pasar, x larat dah n gerak slow2 dr KT dlm kul 12 kot. So, memulakan perjalanan balik ke Putrajaya. hasya dah lelap dulu dalam kete. Singgah kat Chukai, Kemaman beli kepok lekor je le.. Smpi umah dlm kul 6 camtu n pas maghrib trus kuar makan ngan family kanda... Hasya xde selera nak makan mgkn sb penat kot.
Isnin kitorg cuti ...Pagi tu rasa badan hasya cam suam-suam je. Demam ke pun... Cek suhu masih ok lg tp sb nak settle banyak keje (bank dsb) hantar jg le hasya ke nursery. Sampai nursery hasya nangis n peluk kuat2 xmo pi nursery. Sian lak kat dia. N..... muntah le pulak depan pintu nursery. Bukan takat baju hasya, ngan baju mama abis kena. Cuci2 hasya sket n pas kat cikgu, balik umah tukar baju n trus ke bank.. Ptg tu pas amik hasya suap dia makan tetap x berselera. Badan makin panas le pulak. So bukak baju hasya bg mandi n bg makan ubat. Mmg tido malam tu sebok nak jaram badan dia, dia ngamok. X bg mama ngan papa letak towel basah / lembab kat badan. So, aku terpaksa basahkan rambut / kepala hasya x guna towel, basahkan gitu je le sepanjang dia tido. Sian xmo tido dia terganggu. Tp, kena jg basahkan kepala dan badan hasya sbb nak suhu cepat turun. Hasya nak mama peluk n riba je le dan mama terpaksa le tersengguk2 tido duduk. Bila dah pening sgt sbb x cukup tido, baru le baring, tu pun xleh lena. Siannya kat anak mama demam... Nak cek suhu pun dia x bg, ngamok jg.
Selasa pagi, mmg dah buat keputusan x gi opis. Saja tanya kanda camne sbb kanda mcm bz je. Rupa2nya kanda pun amik EL sb sian kat hasya n aku le. Dok bersandar dlm pelukan je le. Mandikan, pujuk makan n bg makan ubat. walaupun hasya ni xde selera nak makan, ubat ok je dia nak makan. Hasya ni mmg berani makan ubat, senang le sket. Alhamdulillah dlm tengah hari tu badan dah beransur kurang panasnya. Tp, masih xde selera makan. Smpi le nak makan malam camtu gak. Sib le masak sup ayam, so papa letak le nasi dalm sup tu n suap, ok jg le dia nak makan sket walaupun x banyak. Alhamdulillah, x banyak ragam hasya... Alhamdulillah jg hasya dah makin sihat.
Hari ni dah pun masuk opis setelah sekian lama bercuti dan xde kat opis. Ikutkan esok kena gi gerik ganti bos tp sbb xde transport opis yg leh bawa + x larat nak drive sendiri jauh2, maka bos yg baik hati pun sanggup le gi ke sana sbb kebetulan mesyuarat yg bos terpaksa pi tu tunda... Tp, sbg timbal balik aku kena le ganti dia pi seminar kat SACC... mmmm, kul 830 pg dah start.
No comments:
Post a Comment