Wednesday, 15 August 2012

-Selamat Hari Raya Aidilfitri-

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat hari raya Aidilfitri buat semua. maaf atas segala salah silap sama ada yang disengajakan ataupun yang tidak disengajakan. Jemputlah datang umah yek. Sila pm or sms dulu yek, riso xde kat umah. =)

Tuesday, 14 August 2012

-Alhamdulillah-

Assalamualaikum w.b.t.

Ni juz rentetan drpd apa yg aku tulis smlm. Alhamdulillah, hasil tuaian 1st session td dpt 9oz. Mmg aku perlu jaga makan balik. Alhamdulillah, selera makan dah kembali ok, so aku akan enjoy makan2 supaya leh hasilkan susu yg lemak dan berkrim disukai hadif. Hehehe...

Monday, 13 August 2012

- Berat dah turun-

Assalamualaikum w.b.t.

Berat normal: 53kg
Berat skrg: 49kg

2-3x naik turun weight scale nak check betul ke x. Siap betulkan / adjust lg, tp masih sama 49kg. So, penimbang tu x le rosak pun kan... hahahah. Ni gara2 demam, batuk & ulcer le ni. Kanda lak dr berat 75kg dah tggal 70kg.

So, utk bg ada selera makan semula, hari ni aku nak le bawa kanda, hasya & hadif berbuka kat luar... Pi Manhattan Fish Market je le pun. Senang & xde le bersesak.. Lg pun, dah tau apa favourite hasya. heheheh. Harapnya pasni boleh le aku makan semula dgn berselera selepas 1 week ilang selera makan. Badan susut, lesu & susu drop le. Tu yg nak kena jaga makan balik supaya susu maintain ok mcm biasa. Maaf, x perlu recommend milk booster kpd sy yek sbb selama ni semuanya ok je. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Hadif, skali pam blh dpt 8-13oz. Cuma skrg drop (dapat 3oz je) sbb sy lgsg xde selera nak makan. Kalo mama  pun x makan, camne nak hasilkan susu. So, paling penting adalah dgn jaga pemakanan semula. Yeaaay... Sy akan enjoy makan makan hari ni (hopefully)... Mulakan minggu dgn ceria. =)

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kurniakanlah kesihatan yang baik buatku, suamiku, anak-anakku, ibu bapaku, ahli keluargaku dan para muslimin muslimat supaya kami dapat beribadat kepadaMu.
Kau murahkanlah rezekiku, suamiku, anak-anakku, ibu bapaku, ahli keluargaku dan para muslimin muslimat supaya ketaatan dan ketaqwaan kami hanya kepadaMu.

Sunday, 12 August 2012

-Alhamdulillah kami selamat-

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam (11/8/2012) sekitar jam 12 lbh to kul 1 ptg camtu kami kuar menuju ke putrajaya... Nak amik baju raya yg anta gosok kat laundry ngan pi Alamanda. Kalo ikutkan aku rasa x larat sgt, kepala rasa berat, pening je & badan agak lesu. Tp kuar jg le.

Sepanjang perjalanan aku mmg x tido seperti kebiasaan. Xtau le nape. Hadif mmg tido sambil menyusu, hasya lak baru je lelapkan mata. Kanda lak agak serius je, mgkn penat kot. Skali skala mmg aku toleh tgk kanda, ok je. Cuma kanda mcm terlebih sandar lak. Kebiasaannya badan je bersandar tp kepala x, sedangkan kali ni dgn kepala pun dok bersandar. So aku mmg tgk2 jg le riso kanda tido.

Aku dok layan perasaan sorang2. Dok pikir pasal nk buka posa, pasal raya, mcm2 le. Tetiba.... Eh, kereta makin ke kanan. "kanda, kanda nk pegi mana ni?" kete dah panjat divider & depan mata aku mmg nmpk tiang lampu je. Aku pun x pasti sama ada mmg aku ada tlg tarik tangan / stereng x masa tu. Sib sempat ngelak tiang lampu pertama tp ada satu lg n jg sempat elak. Cuma base tiang lampu tu kan simen mmg terasa jg kete dok langgar, sagat abis le. Masa ngelak dan turun balik dr divider tu mmg rasa cam nak terbalik, tp sib le kanda kata dia pegang stereng kuat2. Kepala hadif terhantuk sket kat pintu, hasya lak nak terjatuh dr seat (dia tgh baring).

Pas selamat tu kanda trus drive. Aku rasa kete kancil kat belah depan lane kiri tu mesti perasan apa yg terjadi. "kanda tido ke?" "a'ah, tertido". "mgkn kete kanda teruk sket tp sib baik kita selamat. Alhamdulillah"... Nasib baik aku x tido. Kalo le aku tido mcm biasa tu mmg rasanya kami dah langgar tiang lampu tu. Kuasa Allah semuanya.

Kalo tgk area tu pun mgkn penah accident kot kat situ sbb tiang lampu pertama dan kedua yg kami berjaya elak tu pun tggal suku tiang je. Area desa pinggiran putra... Kat situ kan jalan terus je xde belok2, xde traffic light, mmg mata ngantuk je le. Kanda trus drive amik baju, pi alamanda booking buka posa kat Garden & kami balik umah. Hari yg sgt panas. Ptg tu ke alamanda naik kete aku je. Kanda kata kalo le td tu bawa kete aku, mgkn terbalik kot sbb kete aku kan kecik & ringan. Mmmm...

Pagi td dok tgk kete kanda rupanya bumper / spoiler tepi tercabut. Sport rim depan mmg calar & rosak le. Tayar depan lak terkopak sket & belakang pancit trus. Kanda kata mmg dia nak tukar tayar dah, so nanti tukar trus le. Xde le teruk sgt sbb kami selamat, alhamdulillah. Syukur sbb kami masih diberikan kesempatan untuk terus menghirup udara pada masa ini. Syukur kerana Allah masih panjangkan umur kami. Syukur ya Allah kerana berikan pelindungan dan keselamatan kepada kami. Alhamdulillah...

Update: kelmarin (8/9/2012) kanda baru je buka tayar belakang. Ingatkan pancit je, rupanya sport rim tu dah kemik & retak.. Nampak gaya mmg kena tukar jg le sport rim tu, 2 bijik gak... Bukan tayar je kopak, poket pun abis terkopak. heheheh...


Wednesday, 8 August 2012

-Demam-

Assalamualaikum w.b.t.

Sabtu
- pas settle fitting & amik baju yg tempah kat Mrs Fong ngan Dzull declassique, trus le anto ke Smart Laundry untuk digosok. Dulu kanda suka antor kat Moms Laundry, tp sejak diorg gosok baju macam xde tangan pastu baju dry clean lak sib x jahanam, bertukar le ke kedai yg lain. So far berpuas hati... 
- malam tu kanda sibuk dok sapu & mop lantai tingkat bawah. Biasanya mmg kanda settle tingkat bawah & aku lak kat tingkat atas. Walhal dah jauh malam tp gigih jg nak buat, badan dah penat.
- malam tu nampak kanda macam penat sgt2... asyik ngadu sakit tekak... Tido jam 2 pg.

Ahad 
- pepagi buta kanda asyik berulang pi toilet sbb muntah. Sian lak tgk kanda.
- sepanjang hari tu kanda hanya berselubung dan terbaring je. So, mama le yg kena jaga hero & heroin tu.. Hasya lak sibuk dok sapu balm seluruh badan, stress dibuatnya. Maaflah kanda sbb x dapat jaga kanda dgn baik masa demam. Cuma kanda ni bila demam 1 yg payah nak ubah tang makan. Kanda mmg x kan makan langsung, alasannya tekak pahit or x nak muntah. So, kesudahannya badan mmg flat le xde energy.
- petang tu bawa kanda pi klinik. Klinik area salak tinggi sume tutup. Pi area salak, pun tutup. Try pi nilai, ada le 1 yg buka..gigih le aku drive, dah le xtau jalan, hadif lak nangis nak tido, so kanda le pujuk bg tido.
- malam tu lak family aku dtg jap, singgah jap b4 pagi esoknya diorg nak naik Genting Highlands.

Isnin
- pepagi bangun sahur gigih jg le aku settle kan bubur hadif, susu... Sib le barang2 hadif & hasya aku dah siapkan hari sabtu lagi. Aku dah siapkan barang2 diorg utk 2 hari.. Aku kan outstation.
- Kanda bangun jap makan semangkuk kecik nasi campur sup ayam dan trus sambung tido balik.
- kul 6.30 gerak anta aku ke airport. Aku minta tlg family follow sbb nak minta kak by (my 2nd sis) tlg pegangkan hadif. Riso dia nangis sepanjang perjalanan. Dah le kanda demam, stress lak nanti. So, pas anta aku, trus le diorg bergerak anta hasya & hadif ke nursery. Kanda trus gerak ke umah kak ida (my sis in law), sb aku mmg cadangkan kanda tido umah kak ida je sbb nak handle 2 org anak dgn demam, agak mencabar le. Thanks to kak ida & my family in law sbb tlg jagakan kanda, hasya & hadif.
- pagi masa bangun saur, aku sndiri lak dah rasa badan cam seram sejuk. Rasa cam menyucuk2 je dalam badan ni. kaki start rasa lemah.
- sampai kuching, trus le masuk miting. Badan dah start panas, sakit kepala & dah start batuk. rasa x larat sgt, tp gagahkan diri jg. Masa tgh hari tu minta nak pi check in hotel dulu sbb nak rest n marmet. 
- petang tu lak ikutkan x nak join buka posa sbb badan x larat sgt. Tp, demi memnuhi jemputan pi jg le. |Sib le kul 4.30 dah balik bilik dapat le marmet & tido rehatkan diri. 6.30 petang dah gerak pi hotel apa ntah, buka posa 6.59 kot. Lupa lak. Masa tu mmg x lalu makan sbb rasa nak muntah. Kalo aku sihat, rasanya byk yg aku nak makan sbb mcm2 ada. So, aku start minum air bandung, air apa ntah ngan air kosong. Pastu amik rojak buah sbb nak ada rasa masam2. Pastu amik tomyam lak semangkuk.Bila dah ok, nak bg kurankan panas, aku pi belasah amik ABc lak. Pastu aku pi amik aiskrim n sepiring kecik char kuew tiaw. Alhamdulillah, cukup le kot. Pastu dok tunggu le nak balik, tp depa leh lepak borak le pula. Sampai aku leh tertido kat meja sbb dah x larat sgt. At last dapat gak balik, tu pun dah kul 9.
- pi 7E jap beli panadol ngan ubat batuk + makanan n minuman utk sahur.. Ala, beli susu coklat, biskut ngan coklat je pun.
- balik bilik marmet dulu, gosok baju, baru le tido.

Selasa
- terjaga kul 4lbh, marmet n trus sahur sb imsak kul 5.12. Makan ubat lg. Pastu sambung tido, mmg berselubung...
- kul 6 lbh baru le rasa berpeluh, alhamdulillah, dah nak ok kot.
- masa nak pi miting hari ujan.. kena aircond trus menggigil, start balik demam. Ye le, dalam bilik hotel mmg aku lgsg x on aircond, tu pun dah rasa sejuk, ni kan pulak bila dok dlm aircond. Sepanjang miting tu mmg menggigil kesejukan walaupun dah pakai shawl. Sampaikan aku terpaksa pi toilet dok kat pengering tangan tu sbb nak haba panas.
- balik bilik tghari tu kemas barang n check out.
- naik flight kul 3.45 sbb flight gerak kul 4.05.
- sampai KLIA, aku turn on hp dapat sms drpd cikgu hadif "assalam, akak, hadif demam sket, dia meragam, ptg ni tlg amik cepat sket yek". sms tu jam 3.55, masa tu aku dah off hp pun. huhuhu..
- sms kanda gtau pasal hadif, kanda pi amik dulu le sbb nak tggu aku lg lambat sbb aku smpi pun jam 5.45 kat KLIA, nak gerak ke sana je dah 6lbh.
- bila susukan hadif mmg terasa badan dia panas, melepek je... sampai umah, dia menyusu kali ke-2, kuasa Allah, hadif berpeluh dan suhu turun. Hebatnya susu ibu... Ni kes demam rindu kat mama le yek hadif. Aku monitor hadif jg sepanjang malam & mmg x demam lgsg dah. Alhamdulilalh. 
- malam td lak kanda baru le berpeluh, alhamdulillah, kebah jg demamnya.

mmg kali ni pakat2 demam, sib baik hasya sihat. Alhamdulilalh, syukur kepada Allah yg telah krniakan kesihatan yg baik kepada kami. Demam ni sekadar ujian utk menghapuskan dosa2 kecil. Wallahua'lam...




Friday, 3 August 2012

-Outstation-

Assalamualaikum w.b.t.

Isnin n selasa ni 1st time le aku outstation sepanjang hadif lahir kat dunia ni. Huhuhu... Camne le nanti, sedih kot gamaknya. Tingat masa 1st time aku outstation masa hasya dulu, siap nangis lagi. Rindu le kat budak2 comel n masyam ni. :(

Part paling aku riso camne le memalam nanti. Harap sgt le hadif x nangis cari mama dia ni. Masa hasya dulu kanda berjaya handle. Hope masa hadif ni pun sama le. Cuma agak berat sket sbb nak kena handle 2 org + bulan posa lak. Camne le kanda nak berbuka ngan sahur nanti. Aku tau kanda mesti boleh punya, cuma kesian le. Mesti penat giler sbb aku sndiri kalo handle bebudak tu sorang2, letih gak cuma terhibur dgn telatah mereka ber2.

Actually, miting tu start kul 8.30 pg. Ahli miting lain amik flight hari ahad. Aku minta excuse le utk masuk lewat sket. Aku amik 1st flight hari isnin tu.Miting hari isnin tu sepajang hari dan selasa tu cuma pagi je. Cukup le kot 2 hari 1 malam berbanding 3 hari 2 malam. huhuhu. Kang bukan hadif yg nangis, aku lak yg nangis beriya. *sob sob sob*

-Salam perkenalan-

Assalamualaikum w.b.t.

Silent follower? Mcm x caya je ada jg yg follow blog ni dalam diam. Terima kasih yg x terhingga aku ucapkan...

Drpd silent follower, akhirnya perkenal diri. Terima kasih puan gereenlove sbb sudi berkenalan dgn sy. =)

Maaf sgt2 kepada kwn2 yg sudi singgah blog yg berhabuk ni sbb memanjang je x ber update. Nak berkawan dlm fb pun blh jg tau. Juz add sy.. http://www.facebook.com/intanyus