Wednesday, 8 August 2012

-Demam-

Assalamualaikum w.b.t.

Sabtu
- pas settle fitting & amik baju yg tempah kat Mrs Fong ngan Dzull declassique, trus le anto ke Smart Laundry untuk digosok. Dulu kanda suka antor kat Moms Laundry, tp sejak diorg gosok baju macam xde tangan pastu baju dry clean lak sib x jahanam, bertukar le ke kedai yg lain. So far berpuas hati... 
- malam tu kanda sibuk dok sapu & mop lantai tingkat bawah. Biasanya mmg kanda settle tingkat bawah & aku lak kat tingkat atas. Walhal dah jauh malam tp gigih jg nak buat, badan dah penat.
- malam tu nampak kanda macam penat sgt2... asyik ngadu sakit tekak... Tido jam 2 pg.

Ahad 
- pepagi buta kanda asyik berulang pi toilet sbb muntah. Sian lak tgk kanda.
- sepanjang hari tu kanda hanya berselubung dan terbaring je. So, mama le yg kena jaga hero & heroin tu.. Hasya lak sibuk dok sapu balm seluruh badan, stress dibuatnya. Maaflah kanda sbb x dapat jaga kanda dgn baik masa demam. Cuma kanda ni bila demam 1 yg payah nak ubah tang makan. Kanda mmg x kan makan langsung, alasannya tekak pahit or x nak muntah. So, kesudahannya badan mmg flat le xde energy.
- petang tu bawa kanda pi klinik. Klinik area salak tinggi sume tutup. Pi area salak, pun tutup. Try pi nilai, ada le 1 yg buka..gigih le aku drive, dah le xtau jalan, hadif lak nangis nak tido, so kanda le pujuk bg tido.
- malam tu lak family aku dtg jap, singgah jap b4 pagi esoknya diorg nak naik Genting Highlands.

Isnin
- pepagi bangun sahur gigih jg le aku settle kan bubur hadif, susu... Sib le barang2 hadif & hasya aku dah siapkan hari sabtu lagi. Aku dah siapkan barang2 diorg utk 2 hari.. Aku kan outstation.
- Kanda bangun jap makan semangkuk kecik nasi campur sup ayam dan trus sambung tido balik.
- kul 6.30 gerak anta aku ke airport. Aku minta tlg family follow sbb nak minta kak by (my 2nd sis) tlg pegangkan hadif. Riso dia nangis sepanjang perjalanan. Dah le kanda demam, stress lak nanti. So, pas anta aku, trus le diorg bergerak anta hasya & hadif ke nursery. Kanda trus gerak ke umah kak ida (my sis in law), sb aku mmg cadangkan kanda tido umah kak ida je sbb nak handle 2 org anak dgn demam, agak mencabar le. Thanks to kak ida & my family in law sbb tlg jagakan kanda, hasya & hadif.
- pagi masa bangun saur, aku sndiri lak dah rasa badan cam seram sejuk. Rasa cam menyucuk2 je dalam badan ni. kaki start rasa lemah.
- sampai kuching, trus le masuk miting. Badan dah start panas, sakit kepala & dah start batuk. rasa x larat sgt, tp gagahkan diri jg. Masa tgh hari tu minta nak pi check in hotel dulu sbb nak rest n marmet. 
- petang tu lak ikutkan x nak join buka posa sbb badan x larat sgt. Tp, demi memnuhi jemputan pi jg le. |Sib le kul 4.30 dah balik bilik dapat le marmet & tido rehatkan diri. 6.30 petang dah gerak pi hotel apa ntah, buka posa 6.59 kot. Lupa lak. Masa tu mmg x lalu makan sbb rasa nak muntah. Kalo aku sihat, rasanya byk yg aku nak makan sbb mcm2 ada. So, aku start minum air bandung, air apa ntah ngan air kosong. Pastu amik rojak buah sbb nak ada rasa masam2. Pastu amik tomyam lak semangkuk.Bila dah ok, nak bg kurankan panas, aku pi belasah amik ABc lak. Pastu aku pi amik aiskrim n sepiring kecik char kuew tiaw. Alhamdulillah, cukup le kot. Pastu dok tunggu le nak balik, tp depa leh lepak borak le pula. Sampai aku leh tertido kat meja sbb dah x larat sgt. At last dapat gak balik, tu pun dah kul 9.
- pi 7E jap beli panadol ngan ubat batuk + makanan n minuman utk sahur.. Ala, beli susu coklat, biskut ngan coklat je pun.
- balik bilik marmet dulu, gosok baju, baru le tido.

Selasa
- terjaga kul 4lbh, marmet n trus sahur sb imsak kul 5.12. Makan ubat lg. Pastu sambung tido, mmg berselubung...
- kul 6 lbh baru le rasa berpeluh, alhamdulillah, dah nak ok kot.
- masa nak pi miting hari ujan.. kena aircond trus menggigil, start balik demam. Ye le, dalam bilik hotel mmg aku lgsg x on aircond, tu pun dah rasa sejuk, ni kan pulak bila dok dlm aircond. Sepanjang miting tu mmg menggigil kesejukan walaupun dah pakai shawl. Sampaikan aku terpaksa pi toilet dok kat pengering tangan tu sbb nak haba panas.
- balik bilik tghari tu kemas barang n check out.
- naik flight kul 3.45 sbb flight gerak kul 4.05.
- sampai KLIA, aku turn on hp dapat sms drpd cikgu hadif "assalam, akak, hadif demam sket, dia meragam, ptg ni tlg amik cepat sket yek". sms tu jam 3.55, masa tu aku dah off hp pun. huhuhu..
- sms kanda gtau pasal hadif, kanda pi amik dulu le sbb nak tggu aku lg lambat sbb aku smpi pun jam 5.45 kat KLIA, nak gerak ke sana je dah 6lbh.
- bila susukan hadif mmg terasa badan dia panas, melepek je... sampai umah, dia menyusu kali ke-2, kuasa Allah, hadif berpeluh dan suhu turun. Hebatnya susu ibu... Ni kes demam rindu kat mama le yek hadif. Aku monitor hadif jg sepanjang malam & mmg x demam lgsg dah. Alhamdulilalh. 
- malam td lak kanda baru le berpeluh, alhamdulillah, kebah jg demamnya.

mmg kali ni pakat2 demam, sib baik hasya sihat. Alhamdulilalh, syukur kepada Allah yg telah krniakan kesihatan yg baik kepada kami. Demam ni sekadar ujian utk menghapuskan dosa2 kecil. Wallahua'lam...




No comments: