Assalamualaikum w.b.t.
Berat normal: 53kg
Berat skrg: 49kg
2-3x naik turun weight scale nak check betul ke x. Siap betulkan / adjust lg, tp masih sama 49kg. So, penimbang tu x le rosak pun kan... hahahah. Ni gara2 demam, batuk & ulcer le ni. Kanda lak dr berat 75kg dah tggal 70kg.
So, utk bg ada selera makan semula, hari ni aku nak le bawa kanda, hasya & hadif berbuka kat luar... Pi Manhattan Fish Market je le pun. Senang & xde le bersesak.. Lg pun, dah tau apa favourite hasya. heheheh. Harapnya pasni boleh le aku makan semula dgn berselera selepas 1 week ilang selera makan. Badan susut, lesu & susu drop le. Tu yg nak kena jaga makan balik supaya susu maintain ok mcm biasa. Maaf, x perlu recommend milk booster kpd sy yek sbb selama ni semuanya ok je. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Hadif, skali pam blh dpt 8-13oz. Cuma skrg drop (dapat 3oz je) sbb sy lgsg xde selera nak makan. Kalo mama pun x makan, camne nak hasilkan susu. So, paling penting adalah dgn jaga pemakanan semula. Yeaaay... Sy akan enjoy makan makan hari ni (hopefully)... Mulakan minggu dgn ceria. =)
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kurniakanlah kesihatan yang baik buatku, suamiku, anak-anakku, ibu bapaku, ahli keluargaku dan para muslimin muslimat supaya kami dapat beribadat kepadaMu.
Kau murahkanlah rezekiku, suamiku, anak-anakku, ibu bapaku, ahli keluargaku dan para muslimin muslimat supaya ketaatan dan ketaqwaan kami hanya kepadaMu.
No comments:
Post a Comment