Monday, 9 May 2011

-Kelas memasak-

Assalamualaikum w.b.t.

Erm, asal terfikir nak mencoret, malas lak. Tp, bila dah rajin, idea terbang ntah kemana. Isk isk isk... Juz nak share sesuatu yg menarik (bg aku le kan).... Last friday aku telah join kelas masak memasak, baking membaking kek dgn Puan K, Puan N @ Y, Cik E yg bertempat di umah Cik E le... hehehe... Sejujurnya, aku mmg x reti buat kek. So, memandangkan kat umah baru nanti akan ada oven, maka dr skrg le aku kena blaja kan... hik hik hik... Ni le resipi yg telah diturunkan oleh sifu, Puan K...

Cheese Marble Chocolate Cake

Adunan cheese:

250g creame cheese
65g or 1/3 cawan gula (cawan hasya ni... cawan ikea yg warna warni tu...)
1 biji telur
1 sudu vanilla
1 sudu besar lemon / limau kasturi
Cara: gula dan creame cheese di mix until smooth. Then, masukkan sebiji telur dan mix smpai sebati. Pastu masukkan pula vanilla dan perahan lemon / limau kasturi tu...

Adunan coklat:

1/2 cawan serbuk coklat
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
cara: bahan2 diayak

1/2 cawan susu cair (susu pekat or creamer x leh)
1/2 cawan minyak jagung or minyak masak or butter yg dicairkan
1 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan air mendidih / panas (masuk sikit2)
cara: telur dan vanilla dipukul dulu. Then, masukkan semua bahan2 ke dalam bahan2 yg telah diayak dan mix... x guna mixer pun boleh, kacau guna tangan (senduk) je.

- panaskan oven 10 minit lbh awal pada suhu 120-180 (average 150) depends kepada jenis oven.
- loyang disapu dgn margerin / butter. Then, taburkan sikit tepung supaya mudah nak kuarkan kek nanti (x melekat).
- tuangkan adunan coklat dulu, pastu tuangkan adunan cheese.. (yg ni ikut sesuka rasa le nak design camne). last skali buat le corak yg cantek2 kat atas skali tu & taburkan coklat chip.
- bake dlm 40-45 minit.



Bila dah siap, terpulang le nak makan panas2 or simpan bagi sejuk dulu... Citarasa memasing kan.. kek ter"crack" le pulak sbb x biasa dgn jenis oven ni.. hahaha, alasan yg telah diberikan... oh ye, kek yg sama jg penah diberikan oleh Puan K masa besday aku n kanda, cuma masa tu kek tersebut telah diganggu-gugat oleh En. Nazif (anak Puan K yg comey)... Gambar as kat atas le yek... Selamat mencuba.

Wednesday, 4 May 2011

-kepahitan itu-

Nak ku kongsi bersama
Aku tak mampu
Nak ku luahkan
Sudah pasti tidak
Habis, apa yg perlu kulakukan?
Telan sahaja semua kepahitan itu
Kerna, itulah yg akan lebih mematangkanmu
Kepahitan itulah yg menjadi tonggak kekuatanmu
Kepahitan itulah yg mengingatkan dikau kepadaNya...
Hanya kpd Allah aku berserah
Agar kepahitan itu akan menjadi manis jua...

Tuesday, 19 April 2011

-semoga cepat sembuh-

Assalamualaikum w.b.t.

Sbnarnya dah lama aku nak tulis dlm blog pasal ni. Tp riso jg sbb tgk kanda sndiri x tulis dlm blog dia. So, simple je kot aku nyer post ni. Erm, actually my MIL skrg kat spital, baru pas operate sbb diabetis. Rasa sedih, simpati sume ada, bercampur baur. Cuma yg mampu aku lakukan berdoa agar mak cepat sembuh n sihat seperti biasa. Betapa berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya. Sama2 le kita doakan yek kwn2...

Monday, 18 April 2011

-sekadar coretan-

Assalamualaikum w.b.t.

Uiks, x tercapai jg KPI nak menulis blog at least once a week. hehehe. Kdg2, fb pun x sempat view kalo ter'bz'. Lately ni mcm penat sket kot. Mau x nyer, hasya kalo kat umah memanjang je nak berdukung. X kira le time tu mama nak masak ke, nak bersolek ke, nak buat apa saje le. Adui, sakit belakang dibuatnya sbb berat pun dlm 10kg. Mgkn bg certain people hasya tu masih ringan, tp bg aku yg nak pulak tgh preggy ni, sgt le memenatkan. Sib le kanda byk jg tolong pujuk hasya supaya jgn bg mama dukung dia je. Kdg2 kalo dia terjaga tgh malam pun, nak kat mama jg...nak mama peluk, riba. Papa? lagi kuat dia menangis ada le. Kdg2 rasa cam kiut miut sgt le hasya ni dgn perangai dia yg makin mcm2 ni. =) Apa2 pun, mama sayangkan hasya. Nanti be a good big sister ok.

Friday, 1 April 2011

- Semoga selamat semuanya-

Assalamualaikum w.b.t.

Td aku ikut family pi anta atuk n nenek aku kat KLIA sbb depa nak pi umrah. Semoga selamat pergi dan pulang, selamat kat sana, kesihatan dalam keadaan baik dan beroleh ibadah yg sempurna.

-PTPTIPU-

Assalamualaikum w.b.t.

Rasa terpanggil pulak nak bg respond kepada entry Mawar tentang Surat pelepasan PTPTN. Nampaknya kita mengalami nasib yang sama. Actually aku ada utang dgn PTPTN x banyak pun (1 sem), sbb pastu aku dapat scholarship JPA masa study dulu. Kronologi pembayaran dan nak dapatkan surat:

- 19 Mei 2010: Call PTPTN pasal nak tau baki terkini sbb nak settle abis utang + nak tukar alamat. Diorg suh anta borang, download borang kat website ptptn. Tp, sbb xleh download, aku email ptptn minta tlg emelkan borang2 tu.

- 20 Mei 2010: ptptn email kan borang dan minta faks semula pas dah isi lengkap. So, aku dah lengkapkan borang pertukaran alamat dan penyelesaian penuh (baki pinjaman).

- 2 Jun 2010: alamat aku masih silap. so, aku email semula minta ptptn tu betulkan. Tp, ptptn kata mengikut rekod 20 mei semua dah update. (Leh percaya ke?!!!). pastu aku terpaksa faks semula.

- 3 Jun 2010: aku bayar abis. Punya le gile,dalam penyata website tu baki hanya RM1,843.84 tapi setelah ptptn kira semula aku kena bayar RM1,848.45, lebih RM4.61 ok...

- 8 Jun 2010: alamat masih x betul. (Makan gaji buta ke ptptn ni?) Aku email dan faks semula borang.

-17 Jun 2010: alamat masih lg salah. Sah depa mmg x update maklumat. So, aku terhegeh2 le email dan faks semula borang. Dalam email tu mmg aku siap warning diorg jgn memandang remeh perkara ni sbb ia akan menyukarkan urusan surat menyurat.

- 21 Jun 2010: ptptn email pohon maaf dan baru update maklumat. Sgt efficient le ye ?

- 14 Julai 2010: aku email ptptn tanya bila aku leh dapat surat pelepasan.

- 26 Julai 2010: person in charge baru forward kan email aku tu kpd Siti Zubaidah bt ramlee (pegawai ke staff ptptn ke, aku x tau le). Selepas 12 hari baru forward ke? Bukan ke kalo email aduan perlu disemak setiap hari dan perlu dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja kalo kat kementerian aku ni dan kalo BPA lak dalam tempoh 7 hari bekerja. Then, Amiliyah binti Ahmad lak yg tlg jawabkan email tu "semakan akan dibuat dan maklumat selanjutnya akan dimaklumkan dalam waktu terdekat".

- 2 September 2010: aku email lg folow up pasal surat ni. tp, mmg hampeh le kan. lgsg x jawab.

-13 Mac 2011: aku terima Surat pelepasan Pinjaman Pendidikan PTPTN yg bercop 11 Mac 2011. tarikh surat tu kononnya 28 Februari 2011 (taip ok, bukan tulis tangan, walhal bukan computer generated nyer, siap ada sign kat bawah). Skali bila tgk salinan penyata kira2...... Ceh, ptptn print dr website je. Pulak tu kalo print dr internet confirm le ada tarikh bila ko print kan? nak tau tarikhnya bile? 1 Mac 2011. Sepatutnya ko print lampiran n atach skali dgn surat baru bg pegawai ko sign. Tarikh tu biar dikosongkan ruang tu supaya org yg sign boleh tulis tarikh sebenar dia sign... Jgn nak tipu org le yek. pastu setakat salinan penyata kira-kira yg aku sendiri leh download kat internet baik xyah le ko attach. Aku ingatkan ko nak bg salinan penyata yg mmg ada dlm rekod korang tu. Mmg hampeh! Yg lg menyakitkan hati, bila kena tggu tempoh 6 bulan dan sekiranya tiada apa2 tuntutan drpd ptptn baru surat pelepasan ni dianggap muktamad. Hampir setahun aku tggu, skang nak kena tggu lg 6 bulan? Mmg hebat sgt PTPTN ni or layak kot panggil PTPTIPU? Aku dah bayar lebih pun masih x cukup2 lg ke?

Sori le kalo sapa2 keje kat PTPTN ni baca. Aku mmg cuma leh nasihatkan korang buat le keje dgn lebih efficient. Jgn le seperti melepaskan batuk di tangga. Sori le kalo aku katakan sgt GELI bile tgk iklan ptptn pasal kacang lupakan kulit tu. Nak tau sbb apa? Aku sgt yakin sebenarnya ramai yg dah bayar tp ptptn sendiri x penah or lembab nak update maklumat. Kalo kita bayar lambat bukan main lg kita kena ligan, tp kalo depa buat keje lambat camne plak? Aku mmg tggu setahun if xde respond mmg nak buat aduan kat BPA. Sib depa anta surat tu b4 setahun. Sori again sbb sgt emosional lak dgn entry ni.

Wednesday, 23 March 2011

-sekadar coretan-

Assalamualaikum w.b.t.

Makin berhabuk lak laman sesawang nan satu ni... hehehe. x tercapai jg target nak menulis dgn kerap setiap minggu. x tersempat nak buat, cuma sempat fikir je. =)

Alhamdulillah, dah 9 minggu ++ preggy. So far masih ok mcm 1st preggy dulu. Cuma, ptg smlm 1st time muntah, skali je. Tu pun mgkn sbb mlm sblm tu pi melantak jeruk yg beli kat stall alamanda tu. Perut pun smlm rasa x sedap je. Lain2 ok je. Setiap mggu sama je je. Yg berbeza 2nd ngan 1st dulu cuma rasanya tahap lapar & penat je kot. Skang ni selang 2 jam perut misti lapar yg teramat sgt, smpi pedih perut kalo x makan. So, kena ada makanan sentiasa kat sisi. Sbb, xde alah le makin kuat makan kan... Pastu skang ni terasa cepat penat berbanding masa peknen kan hasya. Mgkn sbb dah balik keje kena layan hasya lg, x sempat nak rest, tu yg terasa penat kot. Tp, redah je le. Slagi leh bertahan, ok je le. Thanks jg le kat kanda sbb byk membantu kan... =)

Apa lg? Erm, target nak gi kursus awal2 sket le. Kang riso x cukup 7 hari berkursus setahun. Smlm dah bg nama kat EO utk pi kursus Risk Mangement. mcm x best je tajuk kursus tu, tp redah je le. mana le tau kot2 pengisian kursus tu best ke kan. Belasah je le. Lg pun, EO kata masih xde org yg bg nama utk wakil BI. X yah susah2 nak compete kan.

Lg? Erm, last week baru perasan yg hasya baru tumbuh gigi geraham. So, leh le makan yg keras2 dah pasni. Gigi depan pun tumbuh mcm nak penuh dah gigi bawah tu. Tu yg keje dia menggigit mama dia je.. Abis lebam2 tangan, kaki kena gigit dek hasya. Tu blum kira bab mencakar. Walaupun kuku pendek tp tajam le jg. Layan je le. hehehe.

K le, tetiba idea yg dok fikir2 sblm ni melayang ntah mana. so, terpaksa stop le dulu. =)

Friday, 4 March 2011

-Baby walker-

Salam...

Dah lama sbnarnya aku nak tulis pasal ni. Cuma x berkesempatan. Ni pun xde le sempat mana, tu yg aku nak link kan je. hehehe... Juz sbb terbaca post Mimi kat fb pasal x selamat penggunaannya. Alhamdulillah, Hasya mmg lgsg x menggunakannya. Aku mmg xmo hasya dipaksa duduk dan berjalan sebelum masanya. Malahan bg aku, bila hasya dibiarkan bergolek, berguling, merangkak, kita sbnarnya menggalakkan lg perkembangan mental dan fizikal baby & dia trus blaja dan blaja mengikut kemampuan sndiri. Walaupun, ramai ibu2 di luar sana yg mungkin x sependapat dgn aku, maaf le, tp aku mmg say NO TO BABY WALKER. Biar le ramai yg dok ckp mcm2 kat aku, aku hanya pekakkan telinga sbb aku tau apa yg terbaik utk anak aku. Hasya adalah anak aku & biarkan aku mendidik dan membesarkannya ikut cara aku. Biar pun mereka akan kata, mereka lbh dulu makan garam, tp belum tentu yg makan garam tu slalu betulkan? X slalunya yg lebih dulu makan garam tu utk kebaikan, tu yg ramai kena darah tinggi. Isk, melalut lak aku ni.

Bukan nak mendabik dada, hasya x pakai walker pun, tp cepat je jalan... =) Ramai jg yg bertanya bile atau sapa yg sebenarnya sesuai pakai walker? Bg pendapat aku le, baby2 yg mmg agak lambat perkembangannya dan telah dirujuk kepada doc serta mendapat nasihat doc utk masuk gym pi buat fisio, then baru le bleh guna walker. Tu pun kalo x silap aku bukan walker yug bulat ada tempat duduk tu. Tp, lbh kepada walker yg ada handle utk berdiri... Apa2 pun, sila le surf internet, jumpa doc, rajin2 berforum, etc...
X elok sbb per?
- baby kurang berkembang drpd segi mental & fizikal
- kaki x lurus, gaya berjalan pun x brape cantik
- berjalan menggunakan hujung jari kaki
- mudah cedera, x selamat
- bukan mempercepatkan baby berjalan, tp mgkn akan lbh melambatkan pergerakan
- dsb

Nak tahu lbh lanjut nape le baby walker ni x selamat / elok digunakan, kwn2 le le klik kat link berikut ekk.

http://drzubaidi.com/blog/?p=548
http://drmuna.wordpress.com/2009/12/12/441/

-Lunch hour-

Salam....

Td masa lunch hour yg mmg panjang giler, Jumaat le katakan... Aku telah di"kidnapped" oleh Puan K... Aku sndiri xtau nak kemana sbnarnye & dgn izin kanda join je le Puan K. Rupa2 nyer dah ada le Cik E dan Puan N dlm kete. Masuk je kete baru le Puan K kata nak ke Subang. Mak aih, jauhnya nak pi makan. Tp, sbb Jumaat kan, no hal le.

So, kitorg pun menuju le ke Empire Subang. 1st time kot aku masuk sini. Parking punya le susah. Bersimpang siur gituh. Blasah je le Puan K, kite parking tepi fire extinguisher. hehehe... Tgk jam masa tu dh 1.20 ptg, trus le menuju ke tempat makan. Punya le byk pilihan tp full house. Adeh! At last masuk le Tarbush, Lebanese Cuisene. Not bad. Aku amik Spring Chicken ngan air epal. Diorg bertiga lak amik Chicken Beriyani (Lunch Set). Spring Chicken tu pun kiranya share bersama Cik E & Puan K le sbb mcm besar lak ayamnya. Alamak, xde gambo le plak. Utk kanda aku tapau Chicken Beriyani je le sbb pagi td kanda x bekfes nasi kan, so, lunch leh le makan nasi. Jgn riso, x gemuknya k. Bak kata Puan K, nasi ni kurang kanji. =)

Apa lg yg menarik? Erm, masa ni le buka mcm2 citer n baru le tau byk perkara. Kdg2 kite ni mcm "katak bawah teko". Nampak dunia luar tp x betul2 keluar, so, xtau apa2. Ye le, katak bawah tempurung tu macam dah ketinggalan zaman lak...Cikgu aku yg cakap, aku pinjam je ayat dia. heheheh... Tp, pengajaran yg aku dapat dr sesi borak2 kitorg ni, pesanan dr Cik E "silap kita ni apabila kita terus membiarkan org membuat kesalahan pertama tanpa ada teguran atau tindakan". Betul jg bile pikir. Sbb org tu akan terus dan terus lakukan kesalahan yg sama or yg lbh teruk sbb dia tahu xde sapa2 akan amik tindakan dan xde sapa nak tegur. Cuma, yg kita ni asyik pikir malas nak besar2 kan isu, tu yg senyap je. Mmmm... Tp bile ingat2 balik, my boss pun penah pesan benda yg lbh kurang sama "kalo kite dah tau benda tu salah, kita kena betulkan. Jgn biarkan yg salah tu trus camtu je".

Isk, apa le yg aku merepek ptg2 Jumaat ni. Tp, sekadar gatal tgn nak mencoret sesuatu. =)

Thursday, 3 March 2011

-Good news-

Salam...

Rasanya ramai yg dah tau n ada jg yg masih tertanya2. Yg sebok2 dok tanya sana sini pun ada. Kan lbh baik tanya aku sndiri, confirm aku "iya" kan. Benda betul xkan nak tipu. Ni A tanya kat B, B lak tanya kat aku n aku ngaku n saja tanya A tu sape. Leh ke jwpn "ntah le, td ada org tanya". Aik, xkan le bersembang xkenal sape kot. Ckp je le, xde nyer aku marah. Ni dok main sembunyi2 lak.

Actually, gerak hati aku dr awal lg mcm kata ya. Tp 1st aku test dulu -ve. So, aku tggu another week & last friday gigih masa lunch gi beli kat watson n lik opis trus test. X tunggu lik umah tu... Taraaa...



Alhamdulillah... Kiranya due akan lbh kurang mcm hasya le, bulan 10. Bukan aku nak merahsiakan sgt, cuma malas nak heboh2 sbb masih awal lg, 6 weeks... Sape yg dah tau, tau le kan. =)

X kisah le baby lelaki ke pompuan. Janji sihat dan selamat sume nyer. Doakan yek.